Tukar nama kereta tanpa ke Jpj

Tukar nama kereta tanpa ke Jpj. Adakah benar dibolehkan untuk anda tukar nama kereta menggunakan cara ini terutamanya tanpa hadirkan diri ke Jpj ?

Kisah ini merupakan dari kisah rakan aku sendiri yang berpengalaman menjual keretanya kepada orang lain yang dijumpai melalui iklan.

Dalam masa yang sama aku turut meneman rakan aku tersebut bagi menjalani proses tukar nama kereta tanpa ke Jpj.

Proses tersebut telah dijalankan hanya di rumah rakan aku. Kereta yang dijual adalah secara tunai. Dan nilai tersebut hanyalah sebanyak RM10,000 sahaja.

Kereta yang dijual adalah berupa sebuah kereta kelisa yang masih cantik dan terjaga dalaman bonet enjinnya.

Dokumen yang diperlukan tukar nama kereta tanpa ke Jpj

Sebenarnya tidak banyak pun dokumen yang diperlukan bagi menjalani tukar nama kereta tanpa ke Jpj ini. Berikut merupakan dokumen yang wajib disertakan oleh anda sebagai penjual kereta iaitu rakan aku :

  • Geran original kereta
  • Resit puspakom
  • Kad pengenalan original

Kemudian, terdapat juga dokumen yang perlu disertakan oleh pihak pembeli kereta tersebut iaitu :

  • Kad pengenalan original
  • Wang tunai

Wang tunai sebenarnya bukan dokumen tetapi ianya adalah perlu dibawa bagi mewujudkan pembelian itu adalah lengkap.

Jika pembeli nak gunakan transfer secara online pun tiada sebarang masalah.

Apakah proses tukar nama kereta tanpa ke Jpj dari awal hingga akhir ?

Dari awal lagi pertemuan adalah bermula dengan pembeli kereta tersebut merupakan orang yang tidak jauh dari kawasan rumah rakan aku itu.

Bermakna ia merupakan satu negeri yang sama. Pada masa yang sama juga, pertemuan di buat juga turut serta wakil agent insuran yang merupakan rakan aku yang lain yang mempunyai mesin tukar nama myeg berdaftar secara sah.

Proses tukar nama kereta tanpa ke Jpj adalah hanya menggunakan khidmat rakan aku tersebut yang secara kemana sahaja boleh ia menjalankan proses tukar nama.

Ia bermula dengan membuat kenal pastian pada geran original kereta yang ingin dijual tersebut. Setelah semuanya tiada masalah, thumbprint atau cap jari pemilik lama dibuat terlebih dahulu tanda ia bersetuju menjual kereta.

Penyerahan duit dibuat dengan beberapa saksi antaranya adalah aku sendiri yang menjadi hanya pemerhati sambil-sambil dapat belajar perkara baru.

Baca juga : Harga tukar nama geran kereta

Seterusnya, thumbprint pemilik kereta yang baru diambil sebagai tanda ia bersetuju dengan kereta dan harga jualan yang telah ditetapkan.

Resit sementara dari pihak myeg tukar nama telah dikeluarkan sebaik sahaja rakan aku membuat submit tukar nama ke dalam sistem tukar nama myeg yang merupakan usahasama pihak Jpj yang sah.

Kereta kancil tersebut dibawa balik oleh pemilik baru dan urusan tukar nama kereta tanpa ke Jpj telah pun selesai dilakukan.

Baca juga : Cara tukar nama kereta secara online

Bagaimanakah untuk mendapatkan geran kereta original yang baru sebaik sahaja urusan tukar nama kereta tanpa ke Jpj itu selesai ?

Geran kereta yang baru akan diselesaikan oleh pihak agent tukar nama kereta tersebut. Agent tersebut akan menguruskan dengan menghantar runner ke Jpj untuk membuat geran kereta original yang baru.

Jadi, di sini, anda sebagai penjual sudah tidak ada kaitan lagi. Manakala, urusan mendapatkan geran kereta original adalah antara pihak agent dengan pemilik kereta yang baru.

Dalam 2 hingga 3 hari bekerja geran kereta tersebut sudah boleh diambil di kedai agent yang berdaftar tersebut.

tukar nama kereta tanpa ke jpj
Tukar nama kereta tanpa ke Jpj


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Tukar nama kereta tanpa ke Jpj”

  1. […] Baca juga : Tukar nama kereta tanpa ke Jpj […]

Leave a Reply