Harga tukar nama geran kereta

harga tukar nama geran kereta
Harga tukar nama geran kereta

Harga tukar nama geran kereta. Proses bagi sesebuah penukaran nama dalam geran kereta memerlukan pembayaran bagi menyempurnakan sesuatu tukar nama geran kepada pemilik baru.

Jika tidak membuat pembayaran, pasti ada kesannya yang tidak kita inginkan. Kesannya bukan sekadar sedikit, malah akan berlarutan kepada faktor yang lain.

Jadi, adalah penting untuk anda ketahui terlebih dahulu harga tukar nama geran kereta ini sebelum membuat keputusan meneruskan proses ini.

Anda yang sedia tahu tentang perkara ini, akan menjadikan kerja-kerja tukar nama kereta jauh lebih mudah dan sistematik.

Siapakah yang perlu membayar harga tukar nama geran kereta ini ?

Sebenarnya bergantung kepada 2 orang iaitu pemilik lama kereta dan juga pemilik baru kereta. Harga tukar nama geran kereta seharusnya dibincangkan terlebih dahulu.

Ianya boleh dimasukkan ke dalam harga jualan kereta jika penjual kereta mahukan. Atau jika anda sebagai pemilik baru boleh tawarkan diri untuk membayar harga tukar nama geran kereta ini jika anda inginkan harga lebih murah.

Berapakah harga tukar nama geran kereta sebenarnya ?

Harga tukar nama geran kereta adalah bermula dari RM200 hingga RM250 sahaja. Siap sediakan wang ini dari awal supaya anda tidak terkejut dengan harga ini.

Pembayaran adalah bergantung kepada tempat dimana anda membuat tukar nama kereta. Contoh tempat tukar nama kereta adalah di JPJ.

Atau anda boleh menggunakan khidmat agent yang berdaftar seperti myeg dan lain-lain lagi seumpamanya dalam perkhidmatan tukar nama kereta.

Baca juga : Tukar nama kereta tanpa ke Jpj

Adakah boleh untuk anda membayar ansuran harga tukar nama kereta ?

Proses bagi tukar nama kereta terutamanya pembayaran harga tukar nama geran kereta adalah tidak boleh dibuat secara ansuran sama sekali.

Ianya adalah pembayaran secara one-off iaitu secara penuh bagi setiap proses tukar nama kereta dilakukan oleh semua.

Apa berlaku sekiranya anda tidak membuat pembayaran bagi harga tukar nama kereta ?

Terdapat kesan sekiranya anda tiba-tiba kekurangan budget dalam mengeluarkan budget harga tukar nama geran kereta.

Antaranya adalah tempoh tukar nama kereta anda akan berakhir sekiranya terlewat melakukan pembayaran.

Malah, inspection puspakom kereta anda turut mempunyai tempoh akhirnya. Jadi, anda perlu mengulangi proses ini dari awal sekiranya anda terlewat membayar harga tukar nama geran kereta.

One comment

Leave a Reply