Cara tukar nama kereta secara online. Secara jujurnya ini adalah pengalaman aku sendiri sebagai pembeli sebuah kereta.
Aku cuba kongsikan sedikit proses tukar nama kereta yang mungkin membantu anda sebelum melakukannya.
Aku membeli sebuah kereta honda city yang tahunnya tidak lah terlalu baru, dan tidaklah begitu terlalu lama. Lebih kurang tahun 2009 kereta tersebut.
Kereta ini aku beli sebab minat. Tetapi dinasihatkan kepada sesiapa yang berminat nak beli kereta secondhand, anda patut ada kereta lain dahulu.
Bukan apa, kita jadikan kereta yang kita minat ni sebagai kereta pertama untuk jalan jauh memandangkan kita sudah mempunyai kereta yang baru sedikit untuk kegunaan harian.
Tukar nama kereta tanpa ke JPJ
Zaman pun dah maju, aku memilih untuk menukar nama secara online. Aku ceritakan serba sedikit mengenai proses semasa memilih kereta.
Sebenarnya tak pilih sangat pun, kereta tersebut merupakan kereta rakan aku sendiri. Dia berhasrat menjualnya disebabkan desakan untuk guna duit.
Kereta tu pun dia jaga baik dan keadaan pun masih lagi baik luar dan dalam. Tambahan pula, dalamannya sudah siap sekali sistem sound dan speaker yang telah diubah baik.
Dia bersetuju menjualnya kepada aku dengan harga rm25,000 sahaja. Aku pun membeli dengan duit simpanan aku.
Rakan aku itu kemudian memberi cadangan untuk menukar nama pada tempatnya membuat roadtax dan insurans. Ia merupakan kedai agent dalam masa sama memberikan khidmat servis tukar nama secara online tanpa ke JPJ.
Agent tersebut menggunakan khidmat syarikat myeg dan ia mempunyai sistem dan peralatan tukar nama (link dengan JPJ).
Baca juga : Tukar nama kereta tanpa ke Jpj
Runner tukar nama kereta secara online
Kalau dulunya kita boleh juga gunakan runner tukar nama kereta. Upah sahaja mereka untuk selesaikan segala puspakom dan bila tiba masanya, pemilik lama dan baru datang saja ke JPJ untuk buat thumbprint.
Tapi kali ini, rakan aku sendiri membuat temujanji puspakom tukar nama online dan membawa kereta tersebut untuk buat inpspection puspakom tukar nama.
Selesai dan lulus sahaja ujian inspection di puspakom, aku dan rakan pergi ke kedai di mana agent tersebut memberi khidmat tukar nama online.
Bayaran tukar nama kereta
Thumbprint atau cap jari rakan aku terlebih dahulu dibuat sebagai permulaan proses tukar nama. Kemudian, aku membuat thumbprint sebagai pemilik baru dan terkini.
Bayaran tukar nama kereta yang perlu aku keluarkan pada agent ini hanyalah rm170 sahaja. At least, ia dibawah rm200 kita ok bagi aku untuk tukar nama kereta.
Pihak agent ini menawarkan untuk menghidupkan insurans dan roadtax sekali di kedainya. Jadi, aku pun tak tangguh lagi berikan mereka saja untuk selesaikan kerja ini sekaligus.
Dapat geran dari agent tukar nama kereta online
Sebaik sahaja thumbprint dan pembayaran telah dibuat, aku telah diberi salinan resit secara dalam telefon atau softcopy yang menyatakan nama telah ditukar.
Pada keesokannya, pihak agent menghubungi aku menyatakan geran dan roadtax kereta aku telah pun siap keduanya. Mudah begitu sahaja?
Ya. Tak perlu aku hadirkan diri ke JPJ. Sekarang cara secara online sangat mudah walaupun untuk tukar kereta nama.
Tukar nama kereta tanpa lesen
Ada yang bertanyakan, kalau tiada lesen, boleh ke buat tukar nama kereta? Ikut pengalaman aku, proses tukar nama tiada kaitan dengan lesen ke atas pemilik baru.
Habis tu kenapa bila nak beli kereta, akan diminta lesen? Lesen kerap kali diminta jika anda membeli kereta dibawah loan. Bank-bank atau syarikat pinjaman kereta memerlukan lesen sebagai satu syarat anda mampu memiliki sesebuah kereta.
Jika anda beli secara tunai, ia tidak melibatkan lesen kenderaan. Namun demikian, lesen wajib dimiliki setiap dari kita yang ingin memandu di atas jalan raya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.