Harga cermin tingkap kereta. Kebanyakkan kita mengalami isu cermin tingkap kereta pecah adalah disebabkan beberapa faktor.
Antara faktornya adalah risiko semasa memandu di jalan raya. Kita ikuti faktor lain yang mengakibatkan perkara ini terjadi dan bagaimana cara nak handle jika berlaku pada kita.
Jika cermin kereta hanya retak, kita masih boleh keluarkan harga repair cermin tingkap kereta yang jauh lebih murah.
Manakala, jika keadaan lebih teruk seperti pecah, anda perlulah menggantikan cermin kereta yang baru dan memerlukan rujukan harga cermin kereta.
Faktor cermin tingkap kereta pecah
Ada banyak faktor yang menyebabkan cermin tingkap kereta pecah. Perkara ini merupakan faktor besar yang terjadi kepada kebanyakkan orang di luar sana.
1. Terkena serpihan batu dari kerja-kerja mesin rumput
Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan di jalan raya adalah termasuk mesin rumput yang sudah panjang dan mengemas setelah kerja ini selesai.
Sering kali pekerja mesin rumput akan alert dengan persekitaran jika kenderaan anda berhenti di trafik light menunggu lampu hijau, mereka tidak akan meneruskan kerja itu buat seketika. Hal ini akan menambah risiko untuk berlaku kemalangan cermin tingkap kereta pecah.
Jika berlaku terkena serpihan batu semasa anda memandu pada kenderaan anda sedang bergerak, anda boleh membuat claim cermin tingkap kereta pecah dengan bertanyakan kepada pihak kerja mesin rumput tersebut.
Setiap kerja-kerja ini akan dicover dengan insurans yang melindungi kenderaan sekeliling.
2. Pecah kenderaan cermin tingkap kereta perlu diganti baru
Hal ini sering kali menjadi target kepada orang yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk mengambil sesuatu di dalam kereta anda. Takkan mereka nak pecahkan cermin depan kereta pula kan?
Sesiapa tidak akan dapat tahu kerjadian ini berlaku. Untuk membaiki cermin tingkap kereta pecah tersebut, anda perlu mengeluarkan duit sendiri. Atau jika anda mempunyai claim insurans cermin, anda boleh berbuat demikian dan claim pada syarikat insurans.
Jika tidak, anda sendiri perlu membayar sendiri harga cermin tingkap kereta myvi anda itu.
Perkara yang kita perlu alert mengenai faktor di atas
Setiap yang berlaku ada sebabnya. Untuk perkara kerja-kerja mesin rumput itu, anda tidak boleh berbuat apa-apa melainkan membuat claim ke atas syarikat yang membuat kerja-kerja tersebut. Tiada orang yang akan melakukan kerja-kerja mesin rumput pada malam hari untuk mengelak risiko ini.
Manakala, bagi risiko pecah kenderaan itu, jika anda mempunyai barangan penting, sila simpan di dalam bonet kereta. Walaupun, hanya beg kosong di letakkan di dalam kereta, ia akan menjadi target kepada orang tidak bertanggungjawab tersebut.
Yang penting ianya beg. Jika anda merasakan tidak rugi apa-apa, bagaimana jika anda perlu mengeluarkan duit bagi mengganti cermin tingkap kereta pecah itu? bagaimana dengan masa yang perlu anda luangkan bagi menukar cermin tingkap yang baru?
Harga cermin tingkap kereta yang pecah
1. Harga cermin tingkap kereta viva
Harga cermin tingkap bagi kereta viva adalah murah di bawah RM500 (bagi 4 bahagian pintu). Ia adalah tergantung juga kepada stok sedia ada pada kedai.
Jika memerlukan order, mungkin harga ini akan dinaikkan sedikit. Anda sebagai pemilik tak perlu risau kerana stok cermin tingkap kereta viva mudah di dapati.
2. Harga cermin tingkap kereta alza
Kereta jenis keluarga seperti alza mempunyai tingkap cermin yang agak panjang sedikit dibandingkan kereta sedan biasa. Ia juga mempunyai tambahan cermin kecil pada pintu bahagian belakang.
Jika anda ingin claim insurans, untuk menggantikan cermin yang pecah pada bahagian tingkap majoritinya bukan keseluruhan pada bahagian tingkap.
Jadi, ia akan merugikan anda dianggarkan satu bahagian dari harga cermin tingkap alza dalam rm200 sahaja.
3. Harga cermin tingkap kereta wira
Kereta wira menjadi pilihan orang muda yang ingin bebas dalam berbelanja tanpa berhutang. Yang untungnya, jika berlaku sebarang kejadian pecah pada bahagian cermin tingkap kereta wira ini anda mudah untuk mendapatkan stok.
Kos harga tingkap adalah dianggarkan di bawah rm500 sahaja jika anda rajin membuat survey.
4. Harga cermin tingkap kereta bezza
Kebanyakkan masa sekarang ini kereta bezza dianggap kereta baru dan semestinya anda membuat cover cermin bagi kereta ini.
Jika berlaku pecah pada mana-mana bahagian cermin tingkap, harga bagi sekeping cermin tingkap bezza ini adalah agak tinggi sedikit.
Tidaklah terlalu tinggi, dianggarkan dalam rm200 bagi sekeping tingkap belum termasuk kos upah bengkel jika anda buat diluar tanpa claim insuran.
5. Harga cermin tingkap kereta saga blm
Pilihan bagi model saga ini adalah banyak. Model saga blm adalah sama seperti cermin tingkap kereta saga fl dan juga saga flx.
Jadi, harga aftermarket lebih murah dan mudah anda dapati lebih-lebih lagi sudah banyak apps sparepart kereta di internet.
Harga cermin tingkap kereta bagi keseluruhan keempat-empat pintu lebih kurang rm600 sahaja.
6. Harga cermin tingkap kereta waja
Kereta waja yang kini dianggap seperti sudah rare ini agak susah sedikit nak dapat sparepart cermin tingkapnya.
Namun, kalau nak murah anda boleh cuba cari di facebook group kereta waja.
Budget yang perlu anda sediakan bagi satu pintu tingkap cermin ini adalah rm200 hingga rm250.
7. Harga cermin tingkap kereta vios
Model bagi kereta vios ini adalah berlainan dari beberapa tahun ke beberapa tahun. Jadi, model ini agak susah untuk anda cari dan harganya pun agak mahal.
Jika anda mempunyai cover insurans, lebih baik anda gunakan bagi membuat claim. Daripada anda rugi banyak, baik anda gunakan sebaikknya claim windscreen tersebut.
Mengikut pengalaman, bagi 2 cermin tingkap kereta vios ini memakan kos sehingga rm900.
8. Harga cermin tingkap kereta kelisa
Bagi anda pengguna kereta antara yang paling tahan dan lasak dari segi enjinnya ini, anda perlukan beberapa budget emergency bagi kes jika berlaku cermin pecah ini.
Kereta yang agak lama ini kemungkinan besar tidak lagi menggunakan 1st party justera tidak lagi dilindungi cover windscreen.
Budget yang perlu anda keluarkan adalah dari rm400 hingga rm500 bagi keempat-empat tingkap pintu kereta.
9. Harga cermin tingkap persona
Kereta jenis sedan antara yang popular ini kita anggarkan bagi cermin tingkapnya adalah rm500-rm600 untuk model lama.
Jika model baharu, harga cermin tingkap kereta persona ini agak lebih sedikit dan dianggarkan di bawah rm1000 sahaja.
Anda boleh claim insurans cermin kereta jika anda membeli cover windscreen biasa. Kedai cermin panel akan membuat order dulu sebelum memasang cermin tingkap yang baru.
10. Harga cermin tingkap kereta axia
Bagi kereta antara jenama yang terlaris dijual di dalam negara kita ini, harga cermin tingkap axia tidaklah terlalu mahal.
Antara sebabnya adalah model ini juga terdapat banyak digunakan di atas jalan raya. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mendapatkan stok tersebut.
Harga cermin tingkap kereta axia hanyalah berjumlah RM120 hingga RM150 bagi setiap pintu. Ia akan menjadi semakin murah sedikit sekiranya anda menggantikan lebih dari 1 unit tingkap.
11. Harga cermin tingkap kereta honda city
Harga cermin tingkap kereta honda city adalah agak tinggi. Namun, anda mempunyai pilihan untuk dapatkan yang baru ataupun aftermarket.
Bagaimana nak dapatkan yang secondhand? Anda boleh beli secara online ataupun contact saja kedai cermin kereta.
Ada kedai memberikan 2 pilihan harga cermin tingkap kereta honda city. Satu yang baru, manakala satu lagi jenis murah sedikit tetapi agak kurang dari segi kualitinya.
Untuk dapatkan harga cermin kereta honda city yang baru, budget adalah dalam anggaran sebanyak RM300 untuk sekeping cermin.
Harga ini adalah tidak tetap mengikut tempat dan juga stok di sesebuah kedai cermin.
12. Harga cermin tingkap kereta Exora
Sebuah kereta keluar berjenama tempatan proton Exora merupakan antara kereta pilihan bagi sesebuah keluarga yang menginginkan keselesaan dan ruang yang besar untuk perjalanan yang jauh.
Jika ruang kereta ini besar, maka harga cermin tingkap kereta exora ini melibatkan cermin tingkap bersaiz sedikit besar.
Untuk harga cermin tingkap kereta exora ini berharga RM250 hingga RM280 siap dipasang bagi setiap tingkap yang terlibat.
Namun, anda boleh meminta sedikit tawar menawar sekiranya di sesebuah kedai cermin kereta mempunyai stok sedia ada (ready stock) tanpa perlu anda menunggu lama.
13. Harga cermin tingkap kereta Iriz
Lagi keluaran sebuah kereta proton Iriz yang merupakan jenis hatchback ramai yang memilikinya bagi tujuan ke tempat kerja dan melakukan aktiviti harian.
Proton Iriz yang bersaiz kompak ini mempunyai harga cermin tingkap kereta iriz yang agak sederhana. Tidak terlalu mahal dan juga tidak terlalu murah.
Hal ini kerana proton iriz ini merupakan kereta yang jarang menjadi pilihan dibandingkan kereta sama hatchback dengannya.
Jadi, harga cermin tingkap kereta iriz adalah berjumlah RM180 hingga RM200 sahaja untuk satu buah pintu tidak termasuk tingkap kecil di hujung tingkap cermin depan.
14. Harga cermin tingkap kereta proton iswara
Model kereta proton iswara ini pastinya masih gagah berada di atas jalan raya. Ada saja yang masih menjaga proton iswara ini dengan baik.
Namun, bila perkara tak disangka berlaku contohnya seperti tingkap kereta pecah, tentunya anda nak tahu berapakah harganya.
Bagi pendapat aku, harga cermin tingkap kereta iswara ini agak mahal sedikit iaitu RM200 untuk sekeping tingkap.
Hal ini kerana, model proton iswara ini sudah tidak banyak sparepart di pasaran.
15. Harga cermin tingkap kereta Kancil
Sejak dari dahulu pilihan memiliki sebuah kereta kancil antara sebabnya adalah kereta yang sangat jimat minyak.
Boleh ke tempat kerja walaupun dalam keadaan hujan dengan penjimatan minyak yang sangatlah bagus. Seminggu pergi balik rumah ke tempat kerja baru RM30.
Namun, sekiranya anda ingin bertanyakan tentang harga cermin tingkap kereta kancil berapa, ia masih lagi harga yang sangat murah serta mudah di dapati di setiap kedai cermin kereta tertentu.
Jika anda nak tukar kepada cermin tingkap baru, harga cermin tingkap kereta kancil bagi satu pintu adalah hanya RM110 siap pasang.
Namun juga, ia terpulang juga kepada stok sesebuah kedai cermin kereta.
16. Harga cermin tingkap kereta Myvi
Terdapat dua jenis model myvi iaitu myvi lama serta myvi paling terbaru merupakan design terbaru dan tidak sama dengan model myvi yang lama.
Harga cermin myvi untuk tingkap kereta model lama adalah boleh dikatakan senang didapati dan agak murah iaitu sebanyak RM100 hingga RM150 bagi sebuah tingkap kereta.
Manakala, harga cermin tingkap kereta myvi model paling terbaru agak berbeza dan sedikit mahal iaitu berjumlah RM200 hingga RM250 bagi 1 tingkap kereta myvi.
17. Harga cermin kereta preve
Kereta jenis proton Preve juga tidak terlepas sekiranya berlaku retak atau pecah pada bahagian cermin tingkap kereta.
Model kereta proton preve juga menjadi pilihan rakyat di negara kita lebih-lebih bagi ianya sangat sesuai untuk perjalanan jarak jauh.
Sekiranya berlaku pecah pada bahagian tingkap kereta preve, harga cermin tingkap kereta preve bagi satu bahagian pintu adalah sebanyak RM250 hingga RM280 sahaja.
18. Harga cermin tingkap kereta saga flx
Bagi kereta proton saga flx, harga cermin tingkap kereta saga flx ini tidaklah begitu tinggi. Hal ini kerana, pasaran peralatan kereta ini amat banyak dan mudah didapati.
Anggaran bagi harga cermin tingkap kereta saga flx adalah RM150 bagi sebiji.
Harga cermin tingkap kereta yang dipamerkan di atas merupakan anggaran bagi kemudan rujukan anda. Ianya adalah tertakluk kepada perubahan semasa, kos upah, tempat dan juga servis caj yang dikenakan.
Harga repair cermin tingkap kereta
Harga repair cermin tingkap kereta. Pengalaman cermin tingkap bermasalah ini bukan satu masalah yang kecil bagi kita yang selalu menggunakan kereta ke sana ke mari.
Kadang-kadang kita turunkan cermin tingkap sebab nak ambil tiket kupon bayar parking. Atau nak bayar kat tol secara touch & go.
Dalam mindset bila dah tahu cermin tingkap kereta sangkut bila diturunkan dan kemudian tak boleh naik semula untuk tutup, kita dah siap sedia untuk buka pintu semasa buat pembayaran mana-mana tempat yang perlukan scan kad di tol.
Cermin tingkap kereta tak boleh naik
Teringat bila berlaku satu kejadian, aku dah terlewat untuk menaiki bas ke satu destinasi jauh. Jadi, aku parking kereta aku di kawasan tempat letak kereta berbayar di stesen bas berikut.
Lihat pada jam tangan, aku hanya ada masa 5 minit sahaja lagi sebelum bas bergerak. Masuk sahaja kawasan parking aku turunkan cermin tingkap kereta separuh untuk ambil kad parking.
Dalam fikiran aku dah kelam kabut berharap cermin tu boleh naik semula sebab memang terlupa dari awal lagi sebab cermin tingkap kereta aku bermasalah.
Aku dapatkan parking kemudian aku naikkan tingkap kereta tersebut. Tarik pada power window untuk naikkan cermin, tak respon langsung. Dalam hati aku, alamak habis la tertinggal bas.
Dalam masa sama terfikir nak biarkan saja kereta tingkap terbuka begitu tetapi kawasan parking tu tidak berbumbung pula. Sudahh..
Aku cuba juga sedaya upaya pelahan-pelahan tarik power window itu sampai berdoa dalam hati. Akhirnya dapat juga ia beri respon dan terus aku kunci kereta dan bergegas naik bas. Nasib baik sempat.
Maklumlah, kereta pun dah lama. Sebelum ini power window kereta aku yang original dah memang problem, jadi aku beli lah yang local sahaja.
Bila pakai local ni rasa dia macam tak boleh tahan lama. Masih lagi jadi masalah pada waktu aku nak naik bas itu.
Berapa harga repair cermin tingkap kereta sangkut itu?
Harga aku beli 1 set power window untuk myvi lama kereta aku tu dalam rm40. Kalau original lagi mahal la. Sebab cermin tingkap kereta aku tu sangkut kerana masalah pada power window yang utama.
Kalau yang kat 3 pintu kereta lain tu dia cuma guna power window yang kecil. Ia murah sikit nak bandingkan power window utama.
Rm90 itu tak termasuk upah lagi. Aku beli sendiri di kedai sparepart dan pasang sendiri. Mudah sahaja nak ganti sebab ia fuse yang power window lama boleh ditanggalkan dan gantikan kepada fuse power window baru. Macam plug and play terus.
Harga repair cermin tingkap kereta berbunyi
Kes cermin tingkap berbunyi ni pun aku pernah berlaku pada kereta myvi aku tu. Kereta myvi itu aku beli sebelum ini secondhand.
Orang di kedai kereta tersebut nak cepat jadi dia tanggalkan tinted lama secara tak kemas. Jadi, terdapat gam tinted berbaki terkena pada cermin.
Bila cermin tingkap kereta kerap naik dan turun, jadi getah cermin tingkap kereta itu telah melekat pada gam tinted.
Kadang-kadang ia menghasilkan bunyi yang kurang enak. Lebih teruk boleh merosakkan getah pada cermin tingkap kereta anda. Lebih baik bersihkan gam tinted itu sebaiknya sebelum memberi kesan buruk lain.
Berapa harga nak baiki untuk tingkap kereta berbunyi ini di kedai repair tingkap kereta ? Ia mengikut kepada jenis kerosakan pada cermin kereta anda.
Macam aku, bayar 1 tingkap kereta dalam rm80 juga sebab dia akan bersihkan cermin tu semula dan gantikan getah tepi tingkap kereta dengan yang baru.
Cermin tingkap kereta jatuh
Bagi situasi anda yang menghadapi cermin tingkap kereta jatuh, kebanyakkan kereta jarang mempunyai masalah ini.
Namun, adalah digalakkan untuk anda terus ke kedai repair tingkap kereta dan elakkan supaya repair sendiri.
Hal ini kerana, cermin tingkap kereta jatuh melibatkan sistem yang terdapat dalam pintu kereta anda. Mengikut pengalaman aku pernah buka sendiri segala skru pada pintu kereta.
Walaupun hanya kereta kancil, bagi kes cermin tingkap kereta jatuh ianya akan menjadi lebih complicated untuk selesaikan perkara ini.
Apakan lagi untuk kereta-kereta yang terbaru yang mempunyai pelbagai teknologi jika salah langkah, takut masalah cermin tingkap kereta jatuh tak selesai dan perlukan lebih banyak duit untuk repair.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.