Cara buat geran motor yang hilang

Cara buat geran motor yang hilang. Geran motor merupakan satu surat yang menandakan siapakah pemilik disebalik sesebuah kenderaan motosikal.

Geran motorsikal atau dikenali sebagai sijil kenderaan ini akan dikeluarkan sebaik sahaja kita selesai membuat pembelian motor sama ada secara cash mahupun masih lagi dalam pinjaman bank atau aeon (loan).

Kalau dulu geran motor asal akan dipegang oleh tempat kita beli motor secara loan. Itu geran lama. bahkan jika anda nak renew roadtax motor tanpa geran pun sudah dibolehkan.

Sekarang setiap geran akan dikeluarkan terus yang diperkenalkan dengan nama Sijil VoC (Pemilikan kenderaan) . Dengan versi yang lebih kecil dari dulu yang saiznya seperti A4.

Kalau anda nak tukar dari geran motor lama kepada voc motor baru ini pun boleh dengan pergi ke JPJ berdekatan rumah anda.

Geran motor baru

Geran yang baru VoC boleh dimiliki jika anda mempunyai faktor faktor di bawah :

1. Geran motor lama belum ditukar

Jika anda masih memiliki geran yang lama, anda boleh hadirkan diri ke Jpj berdekatan bagi menukar jenis sijil VoC yang baru.

2. Geran motor sudah hilang

Bagi anda yang tidak menjumpai geran motorsikal tersebut, anda boleh hadirkan diri ke Jpj bagi mendapatkan geran yang baru.

Syarat wajib jika geran motor hilang

Setiap dari pemilik motor yang ingin mendapatkan geran baru perlu hadirkan diri ke Jpj dengan membawa kad pengenalan original bagi urusan thumbprint.

Malah, jika anda hendak tukar nama geran motor turut terlebih dahulu mendapatkan geran motor original tersebut.

Tetapi berbeza pula bagi urusan renew roadtax motor tanpa geran adalah dibolehkan. Yang penting anda mempunyai geran salinan atau polisi insurans.

Adakah dibenarkan wakil selain pemilik untuk membuat geran yang hilang ?

Jawapannya adalah tidak boleh. Walau jauh mana pemilik motor berada, Jpj hanya akan melayan pemilik motor sahaja bagi urusan ini. Tiada cara dapatkan geran motor selain dari pemilik itu sendiri yang hadir ke JPJ kecuali disebabkan kematian.

Ahli keluarga termasuk ibu dan bapa juga tidak boleh menjadi wakil untuk mendapatkan geran motor yang baru akibat kes hilang.

Walaupun anda sebagai ahli keluarga mempunyai salinan geran sekalipun tidak membenarkan untuk dapatkan geran moto original.

Cara buat geran motor yang hilang

Cara mudah bagi buat geran motor yang hilang

Cara dahulu

  1. Anda sebagai pemilik motor wajib hadirkan diri ke Jpj berdekatan.
  2. Thumbprint akan dibuat bagi pengesahan anda sebagai pemilik sebenar
  3. Jpj akan mengeluarkan geran motor yang baru
  4. Cara ini anda boleh buat di kaunter Jpj dan juga boleh dibuat di mesin print geran Jpj yang telah disediakan di setiap branch Jpj.

Dapat saja geran motor baru, alang-alang anda bolehlah buat roadtax motor di situ sekali.

Adakah renew insurans motosikal online memerlukan geran motor ?

Bagi anda yang ingin renew insurans motorsikal online, anda tidak memerlukan geran motor. Namun, maklumat di dalam geran motor yang hilang tersebut amatlah penting.

Anda sebagai pemilik sahaja yang mempunyai privasi tentang geran motor. Jadi, untuk anda yang telah hilang geran motor, bila nak renew insurans motosikal online akan menjadi masalah.

Justeru, anda perlulah membuat geran motor yang hilang kepada baru supaya maklumat motor anda boleh dimasukkan semasa nak renew insurans motosikal online.

Berapakah harga tukar geran motor lama kepada baru ?

Sekiranya geran original motor anda dipulangkan, maka proses tukar geran VOC motor tersebut adalah percuma.

Manakala, kalau dulu sekiranya geran motor hilang, maka pembayaran RM30 perlu anda buat dan anda akan menerima VOC motor yang baru, tiada lagi geran versi lama bakal anda dapat.

Tetapi sekarang tiada isu lagi geran motor lama hilang sebab anda boleh dapatkan di aplikasi MyJpj tanpa perlu membayar apa-apa.

Salinan geran motor dari bank

Pada masa ini, bila selesai sahaja pembelian motor dibuat, anda akan terus mendapat salinan geran motor dari bank.

Walaupun ianya hanya sekadar salinan, ia amat penting bagi rujukan sekiranya anda menghadapi beberapa situasi contohnya seperti nak renew insurans motor.

Yang membezakan salinan geran motor dari bank yang baru dengan lama adalah melalui saiz geran motor tersebut.

Geran motor lama ianya bersaiz besar seakan akan bersaiz a4. Manakala, geran motor baru adalah bersaiz separuh dari a4 tadi dan ianya hanya terdapat maklumat motor anda serta anda sebagai pemilik sahaja.

Cara dapatkan geran motor aeon

Sekiranya anda menggunakan aeon credit sebagai tempat meminjam loan motosikal, cara bagi mendapatkan geran motor tidak perlu lagi ke aeon.

Hal ini kerana, anda boleh terus ke apps MyJpj dan boleh terus download seterusnya simpan dalam telefon secara softcopy atau nak print secara hardcopy.

Cara tukar geran motor lama kepada baru

Cara dahulu

Berikut merupakan tatacara mudah untuk anda tukar geran motor yang lama kepada yang baru :

  1. Hadirkan diri ke JPJ cawangan utama di negeri anda.
  2. Sertakan geran original lama serta kad pengenalan anda sebagai pemilik motor.
  3. Ambil nombor bagi berurusan di kaunter JPJ secara terus.
  4. Proses tukar geran lama kepada baru akan cepat dan mudah.
  5. Geran original lama akan dipulangkan kepada pihak JPJ.
  6. Geran VOC motor akan diberikan kepada anda.
  7. Selesai.

Cara terkini

Isu tukar geran motor lama ke baru pun tidak menjadi masalah dah sekarang sebab semuanya boleh rujuk di aplikasi MyJpj dan lihat geran motor baru disitu.

Tak perlu lagi tukar geran motor lama kepada geran baru sebab semuanya dah diberikan geran motor baru secara digital sepenuhnya.

Cuma ni contoh geran motor lama boleh dikongsikan oleh kami :

geran motor lama tukar baru
Geran lama depan
geran motor lama belakang
Geran lama belakang

Dan ini adalah contoh gambar geran motor yang baru (VoC) :

geran lama tukar baru

Posted

in

by

Tags:

Comments

4 responses to “Cara buat geran motor yang hilang”

  1. […] Ini adalah bagi pihak pejabat pos membuat rujukan jika anda tidak membawa geran atau pun geran motor sudah […]

  2. […] urusan di Jpj boleh dibuat termasuk jika geran motor hilang, anda boleh bayar roadtax tanpa geran original di bawa ke […]

  3. […] Salinan geran kereta ( jika tiada, boleh klik disini) […]

Leave a Reply