Autolife insurans adalah melindungi pemilik kereta jika berlakunya kematian. Ini bermaksud, jika pemegang polisi meninggal dunia, pelan ini akan menanggung hutang (auto life insurance for car loan) kereta selebihnya tanpa membebankan ahli keluarga pemegang polisi.
Pemilik kenderaan amat digalakkan melakukan perkara baik ini. Hal ini kerana, pinjaman kereta setelah peminjam meninggal akan selesai dan tiada lagi sebarang tunggakan pinjaman kereta bakal berlaku.
Bahkan ini juga boleh dikatakan sebagai pelan terbaik selesaikan hutang kereta awal bagi pemilik yang terlibat meninggal akibat kemalangan jalan raya tanpa melibatkan keluarga terdekat.
Objektifnya adalah mengurangkan risiko yang bakal ditanggung oleh ahli keluarga untuk membayar bulanan kereta lebih-lebih lagi jika untuk kemalangan kereta total loss.
Autolife insurans adalah penambahan dimana pemegang polisi boleh memilih untuk menambah atau tidak sekali seumur hidup sahaja. Dalam kata lain ini merupakan insurans loan kereta yang melindungi sepanjang loan ditermeterai.
Auto life insurance untuk kereta boleh diambil semasa membeli kereta baru (diuruskan oleh pihak bank yang pemegang polisi buat loan kereta). Gunakan tambahan tips beli kereta baru ini sebaik sahaja anda menandatangai perjanjian jual beli kereta.
Bagaimana jika sudah 2 tahun beli kereta, tetapi baru nak beli insuran autolife?
Pemegang polisi boleh membuat insuran autolife kereta semasa menghidupkan insurans am dan cukai jalan (car insurance) di bank pemilik polisi membuat loan sewa-beli kereta tersebut. Setiap bank yang pemilik polisi buat loan sewa-beli mempunyai syarat dan terma masing-masing.
Oleh itu, pemilik polisi insurans autolife perlu bertanya secara mendalam (detail) sebelum membeli autolife insurans.
Menariknya harga quoatation autolife yang bakal anda dapat adalah berdasarkan market kereta anda pada tahun itu.
Pihak bank akan mengira baki loan vs baki waktu loan yang anda buat. Perkiraan ini adalah berbeza setiap bank mengikut kadar interest yang ditetapkan.
Beli Kereta Loan Selain Daripada Bank Tapi Pemilik Kereta Nak Buat Insuran Autolife
Insuran autolife kereta telah diperkenalkan dan ditawarkan oleh agensi pihak bank. Autolife ini penting bagi perlindungan waris jika berlaku kematian pemilik kenderaan
Ia sangat berbaloi kereta hanya perlu sekali sahaja membuat pembayaran autolife kepada pihak bank. Setakat tahun 2019, hanya pihak bank sahaja yang menawarkan insurans autolife ini
Agensi loan kenderaan seperti Aeon, Toyota Capital dan lain-lain tidak menawarkan autolife insurance ini. Namun, akan datang berkemungkinan pihak-pihak ini akan menawarkan insurans autolife kepada peminjam loan kenderaan mereka.
Bagi yang keliru, adakah insurans kereta sama dengan insurans autolife?
Jawapannya tidak
Insurans kereta (car insurance) dibayar setiap tahun, manakala insurans autolife hanya sekali sahaja. Insurans kereta adalah untuk perlindungan kereta anda jika berlaku kemalangan, kebakaran mahupun kecurian.
Manakala, insurans autolife adalah untuk melindungi waris daripada perlu meneruskan pembayaran loan kereta yang dibuat oleh pemilik dengan cara menyelesaikan segala loan yang tertunggak
Boleh ke guna syarikat insurans kereta tu lain berbeza dengan insurans autolife?
Contohnya, insurans kereta adalah Etiqa Takaful, insurans autolife pula guna Maybank
Jawapannya adalah boleh dan tiada sebarang masalah.
Tips Kepada Yang Nak Buat Penambahan Insuran Autolife Pada Kereta Anda
Autolife kereta bertujuan melindungi waris daripada terus melakukan pembayaran bulanan jika berlaku kematian kepada pemilik kenderaan
Maksud mudah, segala hutang yang berbaki telah dilindungi sepenuhnya (mengikut kadar quotation yang dilindungi) oleh pihak bank
Autolife insurance jarang sekali di ambil oleh orang ramai.
Hanya pemilik kenderaan yang tahu dan sedar akan kelebihan perlindungan ini akan menambah insuran autolife ini
Justeru, saya ingin kongsikan beberapa cara ataupun tips untuk anda menambah insurans ini.
1. Pergi ke bank
Luangkan masa anda untuk pergi ke bank dimana anda mengambil loan. Jumpa dengan orang yang bertanggungjawab menguruskan hal ini. Kebiasaan jika di bank, anda perlu rujuk di bahagian ofis bank tersebut, bukan di kaunter.
Contohnya loan anda di bawah maybank. Jadi, pergi ke maybank bahagian pinjaman kereta di ofis bank tersebut.
2. Bawa dokumen
Dokumen yang diperlukan adalah kad pengenalan anda sebagai pemilik. Manakala geran salinan juga perlu dibawa untuk bank mengira semula quotation dan menganggar harga market(bagi kes selain tahun pertama selepas kenderaan dibeli)
3. Dapatkan quotation
Setelah harga quotation diberikan, anda perlu kenalpasti semula nama, nombor kad pengenalan dan market value pada tahun itu adalah betul. Harga autolife insurance kereta yang diberikan perlu dibayar hanya sekali sahaja sepanjang loan kenderaan dipersetujui.
Selesai saja anda membayar, pihak bank akan memproses permohonan anda.
Apakah potensi jika autolife insurans kereta tidak boleh dibuat?
Perlindungan ini adalah diberikan kepada mereka yang hanya membuat loan dengan pihak bank sahaja. Jadi, kepada mereka yang menggunakan pinjaman selain bank, anda digalakkan membuat insurans setiap tahun dengan cara membuat agreed value.
Walaupun begitu, autolife insurans adalah lebih mudah digunakan dibandingkan agreed value. Kalau agreed value ni setiap tahun perlu bayar lebih kepada syarikat insurans.
Jika 9 tahun loan, maka perlu buat sepanjang waktu loan itu dibuat. Makna 9 kali ganda perlu anda bayar dibandingkan auto life insuran ini perlu bayar sekali sahaja.
Mudah bukan?
Baca untuk rujukan : https://roadtaxkeretaanda.blog/2020/10/10/autolife-insurance-maybank/
Boleh ke kereta yang dah habis bayar / beli cash buat autolife?
Bagi pemilik-pemilik kenderaan yang telah membeli kereta secara cash ataupun telah habis bayar dengan pihak bank, autolife insurans tidak boleh dibuat.
Mengapa?
Keutamaan autolife insurans ini adalah bagi melindungi para pembeli kereta secara pinjaman /loan dengan bank jika berlaku kematian pemilik.
Jadi, tiada lagi keperluan autolife insuran sebaik sahaja baki loan telah diselesaikan mahupun beli kereta secara tunai.
Cara kira autolife insurance
Untuk pengetahuan anda, pembayaran autolife ini boleh dibuat secara one-off. Anda boleh beli semasa membeli kereta anda mahupun selepas anda menandatangani perjanjian sewa beli kereta.
Itu bagi isu jika anda baru saja tahu fungsi sebenar autolife insuran ini. Ia tidak terikat kepada sesebuah perjanjian di awal semasa membeli kereta.
Anda boleh buat tambahan autolife ini bila-bila masa selagi mana kereta anda masih mempunyai loan /hutang dengan pihak bank walaupun hanya berbaki 1 tahun lagi sebelum anda habis bayar kereta tersebut.
Cara kira setiap bank adalah berbeza. Namun, sebelum anda hadir ke bank, anda perlu tahu beberapa perkara ini.
Mengikut pengalaman, pihak bank akan mengira autolife insurans anda mengikut berapa baki tahun loan anda vs market value semasa anda pada tahun itu.
Contoh :
Baki loan kereta : 7 tahun
Market value kereta tahun ini : RM65,000
Kedua perkara di atas diambil kira bagi pihak bank memberikan harga autolife yang perlu anda bayar.
Yang membezakan antara bank anda dan bank lain adalah peratusan insurans yang dikenakan.
Kemudian, quoation dikeluarkan menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan, baki loan, market semasa dan juga harga yang perlu anda bayar.
Bayaran ini adalah hanya sekali sepanjang tempoh loan anda. Tiada lagi bayaran lain sehingga kereta anda tamat bayar pada bank.
Cara kiraan ini adalah tidak sama antara bank. Ia bergantung pada kadar yang ditetapkan setiap bank itu sendiri. Contohnya ambank autolife insurance berikan diskaun pada bulan 7, manakala tidak untuk autolife insurance public bank.
Anda tidak boleh mengubah dari autolife insurance cimb kepada auto life insurance rhb. Jika anda membuat loan bersama bank hong leong, maka hanya boleh membuat autolife insurance hong leong sahaja.
Wujud ke bayaran autolife di masukkan ke dalam agreement beli kereta dan sekali dikenakan interest?
Persoalan di atas pernah turut ditanyakan kepada kami. Sebelum tandatangan sewa-beli kereta, Cik A mahu menambah perlindungan autolife.
Kemudian, dia telah diterangkan bahawa nilai autolife itu akan dimasukkan sekali ke dalam loan dan juga dikenakan interest.
Perkara di atas adalah agak meragukan bagi Cik A. Cadangan yang boleh diberi adalah asingkan saja perjanjian sewa beli kereta dengan autolife insurans ini.
Bermaksud, agreement loan anda selesaikan terlebih dahulu. Kemudian, anda beli autolfe insurans dan bayar secara one-off menggunakan duit anda.
Paling tidak, ia tidak dimasukkan ke loan dan dikenakan interest lain seperti tadi. Ia adalah dibolehkan sama sekali.
Nilai bayarannya tidak lah mahal. Contoh kereta saga mempunyai baki loan 8 tahun, manakala market value semasa adalah RM35,000. Bayaran yang hanya anda perlu buat adalah sebanyak RM240 sahaja.
Murah bukan?
Jika berlaku kemalangan total loss melibatkan pemandu bukan pemilik kereta boleh ke claim autolife ?
Mengikut permasalahan di atas, apakah akan terjadi kepada kereta yang mengalami total loss (tidak boleh dibaiki lagi) tetapi pemandu itu pemilik atau bukan pemilik hanya mengalami cedera sahaja bukan kematian.
Keadaan ini adalah tidak melibatkan sebarang urusan berkenaan autolife insurans. Selagi tidak berlaku sebarang kematian ke atas pemilik (contoh) , insuran autolife ini tidak boleh digunapakai (not valid).
Macam mana nak buat? Kereta pun dah jadi total loss?
Hal ini berbalik kepada jenis insurans tahunan yang anda gunakan. Jika menggunakan market value, ia masih di tahap ok lagi.
Jika menggunakan insurans agreed value, maka pihak insurans akan menyelesaikan segala hutang termasuk baki interest sehingga kereta itu bertukar menjadi status selesai hutang. Tak perlu waris keluarkan duit dah.
Manakala, jika menggunakan undervalue market, maka baki loan perlu terus dibayar oleh pihak waris yang terlibat sehingga habis tamat loan.
Kalau loan ada lagi 5 tahun, agak sakit disini untuk selesaikan loan oleh pihak waris.
Jika buat claim autolife insurans adakah NCD akan ditolak ?
Seperti yang kita tahu, No Claim Discount atau NCD sangat penting bagi seseorang pemilik kereta. Jika tidak menggunakan sebarang claim, maka harga insurans untuk setahun adalah murah dibandingkan jika tiada NCD.
Katakan claim autolife telah digunakan. Maka, NCD adalah tidak ditolak sama sekali. NCD bekerja menurut dari claim kemalangan.
Jika anda tidak membuat claim kemalangan, maka NCD itu akan terus meningkat atau di tahap yang maximum pada tahun seterusnya.
Kes claim autolife semestinya melibatkan pemilik kereta yang telah meninggal akibat kemalangan mahupun bukan disebabkan kemalangan.
Maka, waris pada tahun hadapan boleh menghidupkan insurans dengan NCD yang penuh jika tiada sebarang claim kemalangan dibuat.
Beza autolife insurans vs Insurans kereta
Autolife insuran | Insurans kereta (general) |
---|---|
Cover baki loan jika pemilik meninggal semasa kereta masih dalam loan bank | Cover hanya jika berlaku kemalangan sahaja kecuali jika berlaku total loss kereta dikira habis bayar jika ambil agreed value |
Bayar hanya sekali selama mana loan dibuat | Bayar setiap tahun |
Pemilik meninggal disebabkan penyakit biasa, kronik mahupun kemalangan boleh claim autolife. | Kematian pemilik hanya sebab kemalangan sahaja. Mengikut cover insurans yang dibuat. Under value, Market value, mahupun Agreed value. |
NCD tidak ditolak setelah guna claim autolife | NCD akan ditolak selepas guna insurans |
Adakah wujud autolife bagi kenderaan motosikal ?
Bagi pemilik motor yang membuat loan bagi membeli sesebuah motorsikal, kemudahan bagi autolife ini adalah tidak disediakan.
Kebanyakkan jika anda ingin membeli motor, anda boleh membuat loan dengan kedai itu sendiri. Manakala, jika anda meletakkan deposit yang rendah, loan hanya boleh dibuat menggunakan Aeon Credit mahupun Parkson.
Pihak bank tidak membolehkan anda menggunakan loan bagi kelulusan membeli motosikal.
Jadi, tiada sebarang kelebihan autolife yang boleh digunakan semasa membuat loan membeli motor ini.
Insurans kereta cover kematian
Insurans kereta cover kematian. Dalam kata mudah kalau jadi apa-apa pada pemilik kereta, maka siapa yang akan terus membayar loan kereta yang masih lagi tertunggak?
Apakah ada jaminan apabila berlaku kematian pada keluarga mangsa?
Bagaimana jika isteri hanya suri rumah dan tidak bekerja perlu menanggung segala kos pembayaran loan kereta ini?
Adakah terdapat insuran kereta jika pemilik meninggal ?
Istilah lain kepada insurans ini
Untuk pengetahuan anda, insurans kereta cover kematian ini juga dikenali sebagai autolife insurans. Istilah lain juga ini dikenali lebih kepada kewajipan semasa membeli rumah.
Kali ini adalah lebih kepada isu apakah jaminan kepada waris keluarga pemilik kereta. Adakah cover kereta kepada kereta ini memberikan kelegaan kepada pewaris ?
Cover kematian
Maksud disini adalah diutamakan kepada kematian pemilik kereta bukan sahaja terlibat dalam kemalangan. Malah, jika berlaku segala apa yang terlibat mengenai kematian adalah dibolehkan.
Insurance kereta sekiranya owner meninggal memberikan sedikit kelegaan lebih-lebih lagi terdapat loan kereta yang berbaki akan dikira selesai oleh pihak bank.
Kelebihan insurans kereta cover kematian
Seratus peratus produk yang di sediakan ini disambut baik oleh pemilik kereta. Namun, hanya segelintir sahaja yang tahu mengenai produk insuran kereta cover kematian ini.
Percaya atau tidak, hanya lebih kurang 1-2% sahaja yang mengambil insuran kematian ini.
Yang selebihnya adalah tidak tahu, manakala mereka yang baru saja tahu, tidak menambah produk insurans ini di sebabkan tidak tahu jika ia boleh diambil walaupun selepas 4 tahun pembelian kereta dibuat.
Apakah syarikat loan selain bank menyediakan insurans kereta cover kematian ini?
Produk insurans ini hanya disediakan kepada pemilik kereta yang membuat loan bersama bank sahaja. Selain dari pihak bank, setakat ini tiada lagi yang menyediakan produk ini.
Ia adalah tertakluk kepada perubahan yang disediakanoleh pihak peminjam selain bank kepada pemilik kereta dari semasa ke semasa tentang insurance kereta pemilik meninggal dunia.
Bagaimana nak buat jika loan kereta sudah lama?
Caranya sangat mudah, luangkan waktu anda dengan menghadirkan diri ke bank terdekat. Bank itu hendaklah bank yang sama anda buat loan kereta itu.
Ia tidak kisah mana-mana branch bank. Namun ia perlulah sama. Tak kan beli loan kereta dengan Maybank, dan nak pergi ke Hong Leong bank pula kan? Mesti lah anda perlu datang ke branch Maybank terdekat dengan kawasan anda.
Jika ada sebarang pengalaman boleh dikongsikan di komen bawah. Share artikel ini jika bermanfaat ya
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.