Apa Itu Autolife Insurans Bagi Pemilik Kereta ?

Autolife insurans adalah melindungi pemilik kereta jika berlakunya kematian. Ini bermaksud, jika pemegang polisi meninggal dunia, pelan ini akan menanggung hutang (auto life insurance for car loan) kereta selebihnya tanpa membebankan ahli keluarga pemegang polisi.

Pemilik kenderaan amat digalakkan melakukan perkara baik ini.

auto life insurance

Autolife insurans adalah penambahan dimana pemegang polisi boleh memilih untuk menambah atau tidak sekali seumur hidup sahaja. Dalam kata lain ini merupakan insurans loan kereta yang melindungi sepanjang loan ditermeterai.

Auto life insurance untuk kereta boleh diambil semasa membeli kereta baru (diuruskan oleh pihak bank yang pemegang polisi buat loan kereta).

Bagaimana jika sudah 2 tahun beli kereta, tetapi baru nak beli insuran autolife?

Pemegang polisi boleh membuat insuran autolife kereta semasa menghidupkan insurans am dan cukai jalan (car insurance) di bank pemilik polisi membuat loan sewa-beli kereta tersebut. Setiap bank yang pemilik polisi buat loan sewa-beli mempunyai syarat dan terma masing-masing.

Oleh itu, pemilik polisi insurans autolife perlu bertanya secara mendalam (detail) sebelum membeli autolife insurans.

Menariknya harga quoatation autolife yang bakal anda dapat adalah berdasarkan market kereta anda pada tahun itu.

Pihak bank akan mengira baki loan vs baki waktu loan yang anda buat. Perkiraan ini adalah berbeza setiap bank mengikut kadar interest yang ditetapkan.

Beli Kereta Loan Selain Daripada Bank Tapi Pemilik Kereta Nak Buat Insuran Autolife

Insuran autolife kereta telah diperkenalkan dan ditawarkan oleh agensi pihak bank. Autolife ini penting bagi perlindungan waris jika berlaku kematian pemilik kenderaan

Ia sangat berbaloi kereta hanya perlu sekali sahaja membuat pembayaran autolife kepada pihak bank. Setakat tahun 2019, hanya pihak bank sahaja yang menawarkan insurans autolife ini

Agensi loan kenderaan seperti Aeon, Toyota Capital dan lain-lain tidak menawarkan autolife insurance ini. Namun, akan datang berkemungkinan pihak-pihak ini akan menawarkan insurans autolife kepada peminjam loan kenderaan mereka.

Bagi yang keliru, adakah insurans kereta sama dengan insurans autolife?

Jawapannya tidak

Insurans kereta (car insurance) dibayar setiap tahun, manakala insurans autolife hanya sekali sahaja. Insurans kereta adalah untuk perlindungan kereta anda jika berlaku kemalangan, kebakaran mahupun kecurian.

Manakala, insurans autolife adalah untuk melindungi waris daripada perlu meneruskan pembayaran loan kereta yang dibuat oleh pemilik dengan cara menyelesaikan segala loan yang tertunggak

Boleh ke guna syarikat insurans kereta tu lain berbeza dengan insurans autolife?

Contohnya, insurans kereta adalah Etiqa Takaful, insurans autolife pula guna Maybank

Jawapannya adalah boleh dan tiada sebarang masalah.

autolife pemilik kereta

Tips Kepada Yang Nak Buat Penambahan Insuran Autolife Pada Kereta Anda

Autolife kereta bertujuan melindungi waris daripada terus melakukan pembayaran bulanan jika berlaku kematian kepada pemilik kenderaan

Maksud mudah, segala hutang yang berbaki telah dilindungi sepenuhnya (mengikut kadar quotation yang dilindungi) oleh pihak bank

Autolife insurance jarang sekali di ambil oleh orang ramai

Hanya pemilik kenderaan yang tahu dan sedar akan kelebihan perlindungan ini akan menambah insuran autolife ini

Justeru, saya ingin kongsikan beberapa cara ataupun tips untuk anda menambah insurans ini

1. Pergi ke bank

Luangkan masa anda untuk pergi ke bank dimana anda mengambil loan. Jumpa dengan orang yang bertanggungjawab menguruskan hal ini. Kebiasaan jika di bank, anda perlu rujuk di bahagian ofis bank tersebut, bukan di kaunter.

2. Bawa dokumen

Dokumen yang diperlukan adalah kad pengenalan anda sebagai pemilik. Manakala geran salinan juga perlu dibawa untuk bank mengira semula quotation dan menganggar harga market(bagi kes selain tahun pertama selepas kenderaan dibeli)

3. Dapatkan quotation

Setelah harga quotation diberikan, anda perlu kenalpasti semula nama, nombor kad pengenalan dan market value pada tahun itu adalah betul. Harga autolife insurance kereta yang diberikan perlu dibayar hanya sekali sahaja sepanjang loan kenderaan dipersetujui

Selesai saja anda membayar, pihak bank akan memproses permohonan anda

Apakah potensi jika autolife insurans kereta tidak boleh dibuat?

Perlindungan ini adalah diberikan kepada mereka yang hanya membuat loan dengan pihak bank sahaja. Jadi, kepada mereka yang menggunakan pinjaman selain bank, anda digalakkan membuat insurans setiap tahun dengan cara membuat agreed value.

Walaupun begitu, autolife insurans adalah lebih mudah digunakan dibandingkan agreed value. Kalau agreed value ni setiap tahun perlu bayar lebih kepada syarikat insurans.

Jika 9 tahun loan, maka perlu buat sepanjang waktu loan itu dibuat. Makna 9 kali ganda perlu anda bayar dibandingkan auto life insuran ini perlu bayar sekali sahaja.

Mudah bukan?

Baca untuk rujukan : https://roadtaxkeretaanda.blog/2020/10/10/autolife-insurance-maybank/

Boleh ke kereta yang dah habis bayar / beli cash buat autolife?

Bagi pemilik-pemilik kenderaan yang telah membeli kereta secara cash ataupun telah habis bayar dengan pihak bank, autolife insurans tidak boleh dibuat.

Mengapa?

Keutamaan autolife insurans ini adalah bagi melindungi para pembeli kereta secara pinjaman /loan dengan bank jika berlaku kematian pemilik.

Jadi, tiada lagi keperluan autolife insuran sebaik sahaja baki loan telah diselesaikan mahupun beli kereta secara tunai.

Cara kira autolife insurance

Untuk pengetahuan anda, pembayaran autolife ini boleh dibuat secara one-off. Anda boleh beli semasa membeli kereta anda mahupun selepas anda menandatangani perjanjian sewa beli kereta.

Itu bagi isu jika anda baru saja tahu fungsi sebenar autolife insuran ini. Ia tidak terikat kepada sesebuah perjanjian di awal semasa membeli kereta.

Anda boleh buat tambahan autolife ini bila-bila masa selagi mana kereta anda masih mempunyai loan /hutang dengan pihak bank walaupun hanya berbaki 1 tahun lagi sebelum anda habis bayar kereta tersebut.

Cara kira setiap bank adalah berbeza. Namun, sebelum anda hadir ke bank, anda perlu tahu beberapa perkara ini.

Mengikut pengalaman, pihak bank akan mengira autolife insurans anda mengikut berapa baki tahun loan anda vs market value semasa anda pada tahun itu.

Contoh :

Baki loan kereta : 7 tahun

Market value kereta tahun ini : RM65,000

Kedua perkara di atas diambil kira bagi pihak bank memberikan harga autolife yang perlu anda bayar.

Yang membezakan antara bank anda dan bank lain adalah peratusan insurans yang dikenakan.

Kemudian, quoation dikeluarkan menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan, baki loan, market semasa dan juga harga yang perlu anda bayar.

Bayaran ini adalah hanya sekali sepanjang tempoh loan anda. Tiada lagi bayaran lain sehingga kereta anda tamat bayar pada bank.

Cara kiraan ini adalah tidak sama antara bank. Ia bergantung pada kadar yang ditetapkan setiap bank itu sendiri. Contohnya ambank autolife insurance berikan diskaun pada bulan 7, manakala tidak untuk autolife insurance public bank.

Anda tidak boleh mengubah dari autolife insurance cimb kepada auto life insurance rhb. Jika anda membuat loan bersama bank hong leong, maka hanya boleh membuat autolife insurance hong leong sahaja.

Wujud ke bayaran autolife di masukkan ke dalam agreement beli kereta dan sekali dikenakan interest?

Persoalan di atas pernah turut ditanyakan kepada kami. Sebelum tandatangan sewa-beli kereta, Cik A mahu menambah perlindungan autolife.

Kemudian, dia telah diterangkan bahawa nilai autolife itu akan dimasukkan sekali ke dalam loan dan juga dikenakan interest.

Perkara di atas adalah agak meragukan bagi Cik A. Cadangan yang boleh diberi adalah asingkan saja perjanjian sewa beli kereta dengan autolife insurans ini.

Bermaksud, agreement loan anda selesaikan terlebih dahulu. Kemudian, anda beli autolfe insurans dan bayar secara one-off menggunakan duit anda.

Paling tidak, ia tidak dimasukkan ke loan dan dikenakan interest lain seperti tadi. Ia adalah dibolehkan sama sekali.

Nilai bayarannya tidak lah mahal. Contoh kereta saga mempunyai baki loan 8 tahun, manakala market value semasa adalah RM35,000. Bayaran yang hanya anda perlu buat adalah sebanyak RM240 sahaja.

Murah bukan?

Jika berlaku kemalangan total loss melibatkan pemandu bukan pemilik kereta boleh ke claim autolife ?

Mengikut permasalahan di atas, apakah akan terjadi kepada kereta yang mengalami total loss (tidak boleh dibaiki lagi) tetapi pemandu itu pemilik atau bukan pemilik hanya mengalami cedera sahaja bukan kematian.

Keadaan ini adalah tidak melibatkan sebarang urusan berkenaan autolife insurans. Selagi tidak berlaku sebarang kematian ke atas pemilik (contoh) , insuran autolife ini tidak boleh digunapakai (not valid).

Macam mana nak buat? Kereta pun dah jadi total loss?

Hal ini berbalik kepada jenis insurans tahunan yang anda gunakan. Jika menggunakan market value, ia masih di tahap ok lagi.

Jika menggunakan insurans agreed value, maka pihak insurans akan menyelesaikan segala hutang termasuk baki interest sehingga kereta itu bertukar menjadi status selesai hutang. Tak perlu waris keluarkan duit dah.

Manakala, jika menggunakan undervalue market, maka baki loan perlu terus dibayar oleh pihak waris yang terlibat sehingga habis tamat loan.

Kalau loan ada lagi 5 tahun, agak sakit disini untuk selesaikan loan oleh pihak waris.

Jika buat claim autolife insurans adakah NCD akan ditolak ?

Seperti yang kita tahu, No Claim Discount atau NCD sangat penting bagi seseorang pemilik kereta. Jika tidak menggunakan sebarang claim, maka harga insurans untuk setahun adalah murah dibandingkan jika tiada NCD.

Katakan claim autolife telah digunakan. Maka, NCD adalah tidak ditolak sama sekali. NCD bekerja menurut dari claim kemalangan.

Jika anda tidak membuat claim kemalangan, maka NCD itu akan terus meningkat atau di tahap yang maximum pada tahun seterusnya.

Kes claim autolife semestinya melibatkan pemilik kereta yang telah meninggal akibat kemalangan mahupun bukan disebabkan kemalangan.

Maka, waris pada tahun hadapan boleh menghidupkan insurans dengan NCD yang penuh jika tiada sebarang claim kemalangan dibuat.

Beza autolife insurans vs Insurans kereta

Autolife insuranInsurans kereta (general)
Cover baki loan jika pemilik meninggal
semasa kereta masih dalam loan bank
Cover hanya jika berlaku kemalangan sahaja
kecuali jika berlaku total loss kereta dikira
habis bayar jika ambil agreed value
Bayar hanya sekali selama mana loan dibuatBayar setiap tahun
Pemilik meninggal disebabkan penyakit biasa,
kronik mahupun kemalangan boleh claim autolife.
Kematian pemilik hanya sebab kemalangan sahaja.
Mengikut cover insurans yang dibuat. Under value,
Market value, mahupun Agreed value.
NCD tidak ditolak setelah guna claim autolifeNCD akan ditolak selepas guna insurans

Adakah wujud autolife bagi kenderaan motosikal ?

Bagi pemilik motor yang membuat loan bagi membeli sesebuah motorsikal, kemudahan bagi autolife ini adalah tidak disediakan.

Kebanyakkan jika anda ingin membeli motor, anda boleh membuat loan dengan kedai itu sendiri. Manakala, jika anda meletakkan deposit yang rendah, loan hanya boleh dibuat menggunakan Aeon Credit mahupun Parkson.

Pihak bank tidak membolehkan anda menggunakan loan bagi kelulusan membeli motosikal.

Jadi, tiada sebarang kelebihan autolife yang boleh digunakan semasa membuat loan membeli motor ini.

Jika ada sebarang pengalaman boleh dikongsikan di komen bawah. Share artikel ini jika bermanfaat ya

auto life insurance maybank

17 comments

  1. Pihak insurance manakah yang boleh buat jika pihak bank tidak menyediakan skim auto life insurace ini?.

    1. Buat masa sekarang dan dalam pengetahuan kami, tiada sebarang syarikat insurans yang memberikan khidmat auto life insurans kereta. Malah syarikat Aeon yang memberikan loan kenderaan kepada orang ramai tidak menyediakan autolife insurans ini.

  2. Assalamualaikum nak tanya tentang situasi saya. Ayah saya baru saja meninggal dunia dan arwah ada kereta yang belum habis dibayar. Arwah tak pernah bagitahu pernah ambik insurans autolife atau pun tak. Macam mana saya nak tahu kalau arwah pernah ambik insurans ni??

    1. Waalaikumussalam. Boleh rujuk terus ke bank dimana arwah buat loan kereta tu ya. Contoh loan dengan maybank, jadi boleh ke pejabat di maybank terdekat untuk tanyakan sama ada ada cover untuk autolife ini.

  3. Saya nak tanya, autolife insurance ni. Boleh tak dibayar secara one-off? Atau nilai insurance mmg dimasukkan di dalam loan, dan ditolak bulanan? Sebab saya ada minta nak bayar cash utk insurance. Wktu prjnjian sewabeli. Tp dia ckp dia dh msukkn dlm loan. Dimana nilai insurance pun akn tmsuk dlm % interest

    1. Cara pembayaran autolife insurans adalah secara one off. Jika anda tidak berapa pasti, boleh tangguhkan dulu niat untuk buat autolife insurans. Kemudian, setelah selesai agreement loan, hadirkan diri semula ke bank dimana anda buat loan untuk dapatkan quotation. Setelah pembayaran dibuat, anda akan dapat sijil berkenaan perlindungan autolife insurans ini selama mana loan anda dibuat.

  4. Assalam… Saya beli kenderaan secara loan dengan bank pada mula dan dah membuat bayaran one-off insurans semasa sign aggrement. Kemudian saya membuat full settlement utk kenderaan itu,Adakah saya boleh menuntut semula baki wang insurans itu sebab insurans autolife tersebut cover untuk 9 tahun. Dan bagaimana cara untuk menuntut wang tersebut? Berurusan dengan pihak Maybank.

    1. Waalaikumussalam. Perkara ini kami tidak begitu pasti. Jika batal insurans tahunan boleh buat refund, jadi ada kemungkinan anda boleh membuat refund bagi kes autolife insurans ini. Ia adalah tertakluk kepada terma dan syarat setiap bank itu sendiri. Jadi, selepas anda buat full settlement di maybank, boleh terus bertanyakan terus hal ini kepada pegawai maybank.

Leave a Reply