Harga roadtax motor y15zr. Berapakah harga roadtax motor yang perlu dibayar untuk setiap tahun jika anda memiliki motosikal yamaha y15 ini?
Memiliki motosikal kegemaran seperti yamaha y15zr sudah pasti tidak terlepas dari tanggungjawab dalam menghidupkan cukai jalan raya.
Cukai jalan raya perlulah direnew setiap tahun sebagai tanda anda boleh menggunakan jalan raya secara sah tanpa sebarang kesalahan.
Roadtax motor y15zr sangatlah penting untuk diketahui sebelum ianya diperbaharui agar budget dapat disediakan dari awal.

Jumlah cc enjin motosikal yamaha y15zr
Sebelum nak tahu harga roadtax motor y15 ini, ianya ditentukan berdasarkan jumlah cc secara penuh.
Anda hanya tahu nama motor ini y15 bermakna itu adalah 150cc?Ianya adalah kurang tepat sebab itu hanya nama motor sahaja.
Jumlah cc motor yamaha y15zr sejak ianya dikeluarkan dari v1 (2015-2019) dan disambung v2 (2019-kini) menggunakan enjin yang sama iaitu 149.7cc .
Berapakah harga roadtax motor y15zr ?
Memadangkan jumlah cc motor yamaha y15zr adalah masih di bawah cc 150 ke bawah untuk mendapatkan harga roadtax motor yang lebih murah.
Harga roadtax motor yamaha y15zr hanyalah berjumlah RM2 sahaja untuk 1 tahun atau 12 bulan.
Walaupun motor ini agak berkuasa, jumlah cc dalam geran telah menyelamatkan poket anda bakal atau pemilik motor y15zr agar lebih jimat terhadap cukai jalan.
Untuk menghidupkan roadtax motor y15 bagi tempoh 6 bulan juga perlu membayar jumlah sebanyak RM2 juga.
Ada ke harga roadtax y15 third party ?
Jawapannya adalah tiada. Secara asasnya harga roadtax motor y15 adalah tetap dan tidak boleh berubah iaitu bernilai RM2 sahaja untuk setiap tahun.
Manakala, third party itu adalah mengenai jenis insurans motor y15 yang digunakan dan ianya merupakan nilai yang lain perlu dibayar juga.
Untuk harga roadtax y15 tidak ada kategori first atau third melainkan untuk insuran sahaja.
Jadi, jumlah roadtax dan insurans motor y15 adalah jumlah yang berlainan dan tidak sama sekali.
Oleh itu, roadtax motor y15 perlu dibayar di tempat lain dan insurans motor y15 pula di tempat lain.