Renew Roadtax Kereta Bagi Pemilik Meninggal ?

renew roadtax roadtax pemilik meninggal

Renew roadtax kereta pemilik meninggal. Insurans dan roadtax kereta (cukai jalan) boleh diperbaharui jika pemilik sudah meninggal dunia 5 tahun dan ke bawah sahaja.

Setelah 5 tahun, waris terdekat perlu menukar nama pemilik kenderaan yang baru.

Namun digalakkan urusan penukaran nama pemilik kenderaan ini diuruskan dengan secepat mungkin.

Secepat mungkin bermaksud, waris pemilik meninggal perlu uruskan penukaran nama di bawah 3 tahun.

Ini agar tidak menyukarkan urusan waris bagi renew roadtax owner meninggal kelak.

Waris kepada pemilik meninggal bolehkah buat cukai jalan raya?

Bagi yang masih belum menukar nama pemilik kepada waris terdekat, waris boleh menghidupkan insuran kereta jika pemilik meninggal selama 1 tahun,namun roadtax (cukai jalan) hanya 6 bulan sekali.

Ada juga kes bagi tahun pertama masih lagi boleh dihidupkan kerana masih lagi belum di update dalam sistem Jpj.

Ini bermakna dalam 1 tahun, cukai jalan perlu diperbaharui 2 kali di Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) berdekatan.

Jika pemilik yang sudah meninggal dunia 5 tahun ke bawah, waris terdekat boleh perbaharui cukai jalan di kaunter JPJ seperti biasa.

Manakala bagi 5 tahun dan ke atas, waris terdekat masih lagi boleh perbaharui cukai jalan.

Namun waris terdekat perlu mendapatkan persetujuan dan tandatangan Pengarah JPJ di cawangan berhampiran setiap 6 bulan sekali. Rumit bukan? Cara ini agak menyukarkan pihak waris terdekat.

Boleh ke renew roadtax pemilik meninggal di pejabat pos?

Anda sebagai wakil atau waris boleh ke pejabat pos bagi menghidupkan roadtax kereta atau motor seperti biasa.

Tetapi perlu diingatkan, hanya pemilik yang meninggal di bawah 3 tahun sahaja dibolehkan buat roadtax di pejabat pos.

Datang saja bawa polisi insurans yang telah dihidupkan, dan tunjuk pada orang kaunter pejabat pos sebagai bukti insurans telah dibuat.

Walaupun anda tidak beritahu owner sudah meninggal kepada orang di kaunter, dalam sistem tetap akan print roadtax hanya untuk 6 bulan sahaja.

Boleh ke buat insurans pemilik meninggal di pejabat pos?

Untuk anda yang ingin mudah sekali jalan, anda boleh buat insurans pemilik meninggal di pejabat pos.

Bawa dokumen penting seperti geran kereta atau geran motor atau bawa saja polisi insurans tahun sebelumnya.

Mudah bagi orang kaunter pejabat pos membuat rujukan untuk mengira harga insurans.

Boleh ke guna agent untuk renew roadtax pemilik meninggal?

Anda boleh wakil kan agent insurans roadtax yang berdaftar untuk membuat renew roadtax owner meninggal.

Namun, wakil agent hanya akan buatkan roadtax tersebut di bawah 3 tahun dari waktu owner meninggal sahaja.

Jalannya sama seperti anda buat sendiri sebagai waris. Bezanya anda tidak naik turun pejabat pos atau pun Jpj pada waktu di bawah 3 tahun itu.

Boleh ke guna myeg untuk renew roadtax owner meninggal?

Jika anda ingin menggunakan sistem secara online membuat roadtax pemilik meninggal, anda sudah tentu akan memilih sistem myeg.

Untuk pengetahuan, setakat ini jika anda ingin membuat roadtax pemilik meninggal menggunakan myeg, urusan ini tidak dibolehkan.

Ada beberapa kes menjadi faktor anda boleh lepas membuat roadtax owner meninggal di myeg.

Jika baru-baru saja owner meninggal, dalam sistem belum update mengenai pemilik sudah meninggal, anda masih boleh buat roadtax tersebut menggunakan sistem myeg.

Selalunya bagi kes 6 bulan ke atas, sudah tidak lepas untuk teruskan buat roadtax kat myeg online.

Dokumen yang yang diperlukan bagi menukar nama geran kepada pewaris jika pemilik sudah meninggal dunia

1. Geran asal atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Tak semestinya perlu geran asal. Jika kereta masih dalam loan, geran dipegang oleh bank. Salinan VOC sudah memadai.

2. Waris yang hadir di Amanah Raya Berhad perlu bawa surat beranak original (anak) atau pun isteri waris perlu membawa sijil nikah.

3. Surat Perintah Mahkamah.

4. Surat Geran Probet (Grant Letter of Probet. (Jika ada amanah raya wasiat, proses yang lebih cepat)

5. Surat Akaun / Arahan oleh Amanah Raya Berhad.

6. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil. (Jika tiada wasiat, proses ambil sedikit masa)

7. Keputusan pemeriksaan tukar hak milik daripada pihak PUSPAKOM yang masih sah (Laporan B5).

8. Pemohon / waris perlu hadir ke JPJ untuk urusan pertukaran hak milik ini.

Berapa lama proses tukar nama geran kenderaan pemilik meninggal?

Terdapat dua cara sama ada waris mempunyai surat wasiat dan juga tidak mempunyai sebarang wasiat yang ditinggalkan.

1. Surat wasiat yang ditinggalkan pemilik meninggal

Surat wasiat yang sah melalui peguam boleh mempercepatkan urusan menukar nama dalam geran pemilik yang telah meninggal.

Jika tiada sebarang masalah, hanya lebih kurang 1 bulan boleh ditukar nama geran kepada waris mengikut wasiat.

Jika urusan dokumen dan puspakom lewat dibuat, walaupun anda mempunyai wasiat, maka lewat juga proses penukaran nama geran ini.

2. Tiada sebarang surat wasiat oleh pemilik meninggal

Proses bagi menukar nama waris terdekat akan mengambil masa dalam 1 tahun. Waktu ini adalah kebiasaan yang dialami oleh waris jika tiada wasiat oleh pemilik meninggal.

Sebab itu, disarankan supaya tidak menangguhkan proses tukar nama ini sehingga mencecah 5 tahun dan ke atas.

Hal ini akan merumitkan lagi keadaan lebih-lebih lagi jika waris menggunkan kereta atau motor tersebut untuk kegunaan harian.

Ada ke runner tukar nama kereta owner meninggal?

Kerja-kerja naik turun yang sering kali kita panggil runner bagi menguruskan penukaran nama owner meninggal ini boleh diberikan kepada mereka yang menyediakan khidmat ini.

Namun, dengan urusan yang memerlukan banyak perjumpaan dengan waris pemilik kenderaan menjadi faktor kerja-kerja runner bagi kes ini sudah berkurangan.

Ianya ada tetapi sudah tidak ramai yang menyediakan servis runner ini.

Perlu pandai cari orang yang betul-betul dipercayai.

Jika ia berbaloi dengan nilai kenderaan, anda boleh menggunakan runner bagi memudahkan urusan anda.

Kerana bukan murah untuk mengupah runner tukar nama owner meninggal kerana ia mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Carta mudah yang perlu tahu sebelum cukai jalan dihidupkan bagi waris kepada pemilik yang sudah meninggal

cukai jalan pemilik meninggal
Carta bagi tukar nama kereta owner meninggal

Amanah raya wasiat online

Bagi anda yang ingin memudahkan urusan keluarga akan datang, sekarang dah boleh muat turun borong di laman web amanah raya wasiat dengan mudah.

Anda juga boleh membuat semakan amanah raya di laman web dan segala pertanyaan boleh saja terus telefon direct di talian amanah raya tersebut.

Portal ini memudahkan anda jika anda ingin membuat checklist apa yang perlu dilakukan untuk menukar nama dalam geran jika mempunyai wasiat.

Baca ini bagi mengelakkan hutang kereta anda dibebani oleh waris jika anda sudah meninggal :

https://roadtaxkeretaanda.blog/2019/02/06/apa-itu-autolife-insurans-bagi-pemilik-kereta/

Bagaimana ingin membuat insuran kereta jika pemilik meninggal?

Jika pemilik kereta meninggal dunia, anda sebagai waris boleh membuat insurans kereta seperti biasa. Nak tunggu proses amanah raya mungkin akan mengambil masa setahun untuk selesai.

Jadi, tiada masalah jika anda menghidupkan insuran kereta jika pemilik meninggal, sementara menunggu proses tukar nama kereta orang meninggal dunia dilakukan sepenuhnya.

Waris boleh buat insurans kereta atau motor di pejabat pos, agent-agent insurans ataupun di branch syarikat insurans secara terus.

Bolehkah membuat claim kemalangan jalan raya jika kita bukan pemilik dalam geran kenderaan?

Semestinya pengguna kereta atau motor yang masih belum ditukar nama dalam geran bagi kes owner meninggal adalah waris ahli keluarga pemilik.

Semasa anda membeli insuran kereta atau motor, ada orang cakap tak boleh buat claim kemalangan disebabkan pemilik kenderaan sudah meninggal dan tidak boleh tandatangan untuk claim.

Itu betul. Tetapi itu adalah prosedur syarikat insurans waktu dulu.

Sekarang sudah dibolehkan untuk waris membuat claim kemalangan jalan raya jika berlaku sebarang kecelakaan pada kenderaan tersebut.

Syarikat-syarikat insurans dalam Malaysia sudah membaikpulih bagi menyelesaikan kes ini bagi mengelakkan kerugian kepada pembeli insurans.

Bolehkah menjual kereta belum tukar nama kepada waris pemilik meninggal?

Bagi isu ini, adalah sangat berisiko untuk anda menjual kereta atau motor tersebut. Walaupun ianya masih dalam proses untuk Amanah Raya menguruskan penukaran nama dalam geran.

Antara risiko yang anda perlu hadapi adalah :

1. Ncd ke atas owner meninggal menjadi 0%

Jika sebarang kemalangan yang berlaku jika orang lain (selain waris) menggunakan kenderaan tersebut, maka claim akan dibuat dan Ncd menjadi 0%.

Isunya disini adalah jika proses penukaran nama belum selesai, insurans akan menjadi lebih mahal untuk dihidupkan.

Maka, potensi untuk owner baru yang masih belum menukar nama itu untuk pulangkan kereta dan ingin mendapatkan refund duit tersebut adalah tinggi.

2. Saman speedtrap ke atas nama owner meninggal

Sepanjang penggunaan owner baru yang belum lagi menukar nama, tidak akan bertanggungjawab dalam segala saman speedtrap yang dikenakan.

Hal ini adalah perkara kecil. Isu akan menjadi lebih besar semasa anda sebagai waris menyelesaikan proses tukar nama pemilik meninggal iaitu ahli keluarga anda, anda perlu menyelesaikan segala saman-saman tersebut terlebih dahulu.

Jika saman tidak diselesaikan, maka proses akhir penukaran nama akan tergantung.

3. Kes langgar lari guna kenderaan nama owner meninggal

Malah lebih teruk jika sebarang kemalangan yang melibatkan nyawa orang lain dan kereta atau motor tersebut terlibat, anda sebagai waris perlu bertanggungjawab dan menjawab dalam siasatan polis.

Kita tak minta kes-kes ini berlaku, cuma kita perlu hindari dari awal supaya tidak menyusahkan kita sebagai waris kepada pemilik meninggal.

Bolehkah tukar nama waris yang tiada lesen memandu bagi owner meninggal?

Waris kepada pemilik meninggal yang tiada lesen boleh menjadi pemilik baru. Tiada syarat mempunyai lesen memandu untuk menjadi owner dalam geran kenderaan.

Namun, adalah tidak dibenarkan untuk waris tersebut memandu di jalan raya sehingga ia mempunyai lesen memandu yang sah di sisi undang-undang.

Kesimpulannya, renew roadtax pemilik meninggal tidak menjadi masalah kepada waris keluarga malah dibolehkan menghantar wakil seperti agent insurans roadtax. Namun, ada beberapa tahap masa yang diberikan supaya proses tukar nama ini selesai dan boleh buat roadtax ke atas pemilik baru iaitu waris.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Renew Roadtax Kereta Bagi Pemilik Meninggal ?”

  1. […] jika pemilik meninggal, roadtax kereta pemilik meninggal hanya boleh dibuat 6 bulan […]

Leave a Reply