Apa Itu Insurans Komprehensif (1st Party) ?

insurans komprehensif
Insurans komprehensif

Insurans komprehensif atau dikenali sebagai insurance 1st party adalah melindungi pemegang polisi (pemilik kenderaan) jika berlakunya sebarang kemalangan. Ini bermaksud, jika pemegang polisi membuat insurans komprehensif, pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan (claim) terhadap pihak syarikat insurans.

Terdapat 2 jenis tuntutan (claim) insurans komprehensif yang boleh dibuat oleh pemegang polisi iaitu

1. Tuntutan ke atas syarikat insurans pemegang polisi. Kategori ini selalunya jjka pemegang polisi terlibat dalam kemalangan tanpa melibatkan kenderaan lain contohnya kereta yang dipandu melanggar tembok rumah.

Pemegang polisi boleh membuat tuntutan (claim) untuk membaiki kenderaan tersebut di bengkel panel syarikat insurans yang berdaftar atau di pusat servis kereta (jika kereta bawah 5 tahun).

Kategori lain selain perkara di atas adalah pemegang polisi didapati bersalah oleh pihak polis jika berlaku kemalangan yang melibatkan dua kenderaan atau lebih.

Ini bermaksud pemegang polisi perlu membuat tuntutan (claim) keatas syarikat insurans sahaja. Kedua kategori ini akan me”reset” semula NCD pemegang polisi kepada 0% setelah tuntutan dibuat.

2. Tuntutan keatas pemegang polisi kenderaan yang didapati melakukan kesalahan. Ini bermaksud, jika kereta A dilanggar oleh kereta B, pemegang polisi kereta A boleh membuat tuntutan insurans terhadap syarikat insurans pemegang polisi kereta B.

Selepas tuntutan (claim) selesai dibuat, NCD kereta A tidak akan di”reset”, manakala NCD kereta B akan di”reset” kepada 0%.

Insurans komprehensif juga boleh membuat tuntutan jika berlakunya kecurian kenderaan. Pemegang polisi perlu membuat laporan polis bagi menyerahkan kuasa kepada pihak bertanggungjawab membuat siasatan dan pemeriksaan secara terperinci.

Harga premium yang dibayar oleh pemegang polisi turut boleh membuat tuntutan (claim) jika berlakunya kebakaran pada kenderaan.

Kelebihan bagi komprehensif ini adalah pemegang polisi boleh membuat tambahan perlindungan contohnya seperti :

Manakala kekurangan bagi komprehensif ini adalah terhad kepada umur kenderaan 15 tahun (max) sahaja bergantung kepada syarikat insurans. Kebayakkan syarikat insurans menghadkan 15 tahun namun terdapat juga syarikat insurans yang masih lagi menawarkan insurans komprehensif sehingga 25 tahun(max).

Harga insuran kereta first party

Harga 1st party insurance pada setiap syarikat adalah berbeza. Dapatkan harga melalui agent atau anda boleh walk in sendiri di branch insurans terdekat.

Quotation insurance perlu anda survey dulu. Kerana setiap syarikat insurans menawarkan kelebihan yang berbeza mengikut keperluan dan kesesuaian dengan nilai harga insuran kereta first party yang ditawarkan.

Contohnya allianz insurans memberikan harga jauh lebih murah dibandingkan dengan aia insurans.Namun, bagi urusan claim pihak aia insurans lebih memudahkan.

Jika Membuat Komprehensif, Boleh Membuat Tuntutan (Claim) 100% ?

Pemegang polisi (pemilik kenderaan) yang menggunakan insurans komprehensif (1st party) membayar harga premium mengikut nilai “market value” semasa pada hari menghidupkan insurans. Contohnya “market value” kenderaan pemegang polisi adalah rm50,000 , maka harga premium adalah rm1,700.

Jika sesuatu kemalangan berlaku, adjuster insurans akan membuat anggaran nilai kerosakan dan harga pembaikan kenderaan pemegang polisi.

Contohnya, nilai pembaikan adalah rm30,000, manakala “market value” yang telah pemegang polisi beli bernilai rm50,000 ,maka 100% tuntutan akan diuruskan oleh pihak insurans. Ini bermakna nilai rm30,000 akan dibayar oleh syarikat insurans untuk membaiki kenderaan pemegang polisi.

Hal ini juga tidak bermaksud syarikat insurans akan membayar rm50,000 kepada pemegang polisi, ia adalah mengikut kadar nilai kerosakan sahaja.

insurans 1st party
insurans 1st party

Macam mana nak tahu insurans komprehensif first party ?

Lepas kita beli insurans kereta atau pun insurans motor, kita akan dapat satu dokumen yang menyatakan keseluruhan polisi.

Perkara yang wajib kita perhatikan dalam polisi insuran tersebut adalah jenis insurans yang telah kita beli.

Kalau beli insurans 1st party, kita cari di muka surat yang menyatakan harga insurans keseluruhan. Kat situ, tak ditulis 1st party, tetapi ia ditulis Comprehensive.

Comprehensive merupakan istilah pengganti sebagai 1st party insurans dalam dokumen polisi insurans.

Perkara lain selain perkataan comprehensive adalah nilai market. Nilai market yang tertera dalam polisi insurans adalah sebagai tanda anda sudah membeli insurans 1st party.

Contohnya nilai market Rm3,000 untuk motosikal. Manakala, kereta contohnya Rm20,000. NIlai market ini tidak tetap. Namun, ia merupakan salah satu cara senang kita nak lihat ia merupakan insurans komprehensif.

Syarat insuran 1st party

Ada beberapa syarat yang harus dilepasi oleh anda sebagai pemilik kereta atau motor untuk membuat insuran 1st party.

Antaranya adalah :

1. Umur kenderaan

Kereta atau motosikal yang baru akan sentiasa boleh diberikan insurans 1st party. Namun, bagi kenderaan yang berumur bermula 15 tahun ke atas, sudah tidak boleh membuat insurans 1st party ini.

Mengapa tidak boleh buat insuran 1st party jika umur di atas 15 tahun?

Ianya tidak semestinya 15 tahun, ada juga bermula 20 tahun. Kesemuanya tergantung kepada terma dan syarat sesebuah syarikat insurans di Malaysia.

Diingatkan juga, syarat dan terma ini berubah dari tahun ke tahun. Contohnya, jika syarikat Etiqa takaful tidak menerima insurans 1st party kereta anda yang sudah berumur 17 tahun, maka tahun depan ada kemungkinan ia memberi peluang kepada anda.

Baca juga : Insuran first party kereta lama

2. Kesetiaan anda dalam menggunakan 1 jenis syarikat insurans

Peluang yang dimaksudkan di atas adalah peluang yang diberikan kepada anda kerana anda mempunyai rekod baik semasa menggunakan Etiqa takaful insurans.

Jika anda suka tukar syarikat insurans, anda tidak akan diberikan peluang dalam menghidupkan insurans 1st party untuk kereta yang lama umurnya.

3. Rekod baik menggunakan 1 jenis syarikat insurans

Setiap syarikat insurans akan menyimpan data anda sebagai pengguna insurans. Rekod yang baik antaranya adalah anda tidak mempunyai sebarang claim kemalangan selama 2 tahun berturut.

Tiada sebarang unsur trick yang digunakan bagi hanya membuat claim kemalangan juga antara faktor rekod anda baik.

Contohnya, claim kemalangan dibuat sebaik sahaja insurans dihidupkan di bawah 1 bulan.

Malang tidak berbau siapa saja mahu berlakunya kemalangan bukan?

Namun, jika anda tidak percaya, terdapat banyak kes begini terjadi lalu merugikan pihak syarikat insurans. Atas sebab inilah, trick ini sudah tidak dipercayai oleh syarikat insurans jika berlakunya kemalangan di bawah 1 bulan setelah insurans dihidupkan.

Beza insuran first party dan 3rd party motosikal dan kereta

1st Party Insurans3rd Party Insurans
Terhad kepada kenderaan baru dan di bawah 15 tahun sahajaTerbuka kepada kenderaan tahun ke 2 hingga 30 tahun ke atas (Tertakluk kepada terma dan syarat syarikat insurans)
Harga lebih tinggiHarga jauh lebih murah
Boleh claim untuk kemalanganTidak boleh claim untuk kemalangan
Boleh claim jika berlaku kehilangan atau kecurianTidak boleh claim jika kereta atau motor dicuri
Boleh claim jika mengalami kebakaranTidak boleh claim jika berlaku kebakaran
Boleh mengambil insurans tambahan cover windscreenTidak boleh menambah cover insuran cermin
Boleh mengambil tambahan PA insuransBoleh mengambil insurans tambahan PA (jika mahu atau mengikut kepada tawaran syarikat insurans)
Boleh mengambil tambahan insurans kereta bencana alamTidak boleh mengambil insurans tambahan bencana alam

Adakah boleh insurans komprehensif 1st party claim untuk bencana alam ke atas kereta ?

Insurans bagi kes bencana alam contohnya seperti berlaku banjir mahupun pokok tumbang menimpa kereta.

Namun, insurans ini adalah dikategorikan sebagai insurans tambahan.

Jika anda tidak mengambil insurans tambahan bencana alam, tetapi anda membeli insurans 1st party, adakah boleh buat claim kerosakan bencana alam terhadap kenderaan anda?

Jawapannya adalah tidak boleh.

Anda wajib mengambil insurans tambahan bencana alam bagi membuat claim ke atas kerosakan kereta anda sama ada kes banjir ataupun terhempap pokok.

Cara lain adalah anda perlu mengeluarkan duit dari poket anda sendiri untuk membaiki kenderaan tersebut.

Minta dijauhkan, makin banyak elektronik sesebuah kenderaan, makin banyak kos yang perlu dikeluarkan.

Claim insurans 1st party langgar binatang

Bagi anda yang mengalami kemalangan motor mahupun kereta akibat langgar binatang, anda boleh membuat claim kemalangan seperti biasa.

Claim bagi kemalangan ini agak merugikan bagi anda kerana anda akan kehilangan NCD pada tahun depannya.

Kesannya, harga insurans akan menjadi tinggi kerana NCD (no claim discount) anda sudah menjadi 0%.

Kes ini adalah sama jika anda mengalami kemalangan sendiri tak kira melanggar dinding, langgar tiang ataupun langgar pagar rumah.

Selagi ia tidak melibatkan kenderaan lain, anda boleh claim insurans ke atas insurans anda sendiri.

Claim insuran kemalangan kecil

Ada beberapa ciri-ciri dan konteks bagi anda yang mengalami kemalangan kecil dan ingin membuat claim insurans.

1. Kemalangan kecil tidak melibatkan kenderaan lain

Bagi kes ini, claim kemalangan yang dikira sebagai kecil contohnya claim dibuat dibawah Rm3,000. Namun dibandingkan anda membeli insurans dengan market value sebanyak Rm30,000.

Anda masih boleh membuat claim yang lain pada tahun yang sama jika berlaku lagi kemalangan kerana anda mempunyai baki nilai market value.

Namun, anda tidak digalakkan untuk mengira baki yang selebihnya kerana ini adalah budi bicara antara anda dan bahagian claim syarikat insurans.

Sama ada anda membuat claim kemalangan yang lain atau pun tidak, harus diingatkan NCD kereta anda tetap akan menjadi kepada 0% pada tahun hadapannya.

2. Kemalangan kecil melibatkan kenderaan lain jika anda dipihak tidak bersalah mahupun bersalah.

(i) Pihak tidak bersalah dalam kemalangan kecil

Kereta anda telah dilanggar dari belakang, namun, pihak bersalah ingin selesaikan kes di luar dari kes polis. Pastikan gambar kereta yang melanggar anda dan bukti-bukti telah di ambil.

Jika pihak bersalah ingin memberi duit, pastikan ia sekadar mencukup untuk membaiki kereta anda. Jika pihak pihak bersalah melengahkan membayar melebihi 12jam, anda perlu segera membuat laporan polis bagi membuat claim ke atas insurans pihak bersalah.

Jaga-jaga, laporan polis perlu di buat dalam masa 24jam bagi memudahkan urusakan anda membuat claim.

(ii) Pihak bersalah kemalangan kecil

Jika anda di pihak bersalah, anda boleh cuba menyelesaikan hal ini tanpa membuat laporan polis kerana NCD anda akan terjejas jika pihak mangsa membuat claim ke atas anda.

Berbincanglah dengan cara yang baik. Cuba bantu pihak mangsa dengan memberikan kos pembaikpulihan kereta tersebut.

Jangan cuba mengelak. Ini akan menyusahkan diri anda kelak.

claim insuran kemalangan kecil

Posted

in

by

Tags:

Comments

8 responses to “Apa Itu Insurans Komprehensif (1st Party) ?”

  1. Jaafar Nordin avatar
    Jaafar Nordin

    Jika terdapat kecurian pada part motosikal cth hilang handle termasuk clutch tangan dan brake tangan. Adakah insurans komprehensif cover.

    1. roadtaxinsuransanda avatar

      Berdasarkan pengetahuan kami, kecurian motor adalah berdasarkan kehilangan sebuah motosikal (sebiji). Untuk kes kecurian sparepart adalah tidak dibolehkan untuk urusan claim.

  2. […] Insurans 1st party atau dikenali sebagai komprehensif mempunyai kelebihan berbanding insurans 3rd party. Ikuti di link tersebut bagi mengetahui makna yang lebih teliti. […]

  3. […] memilih 3rd party sebagai pilihan lain selain insurans1st party yang harganya jauh lebih […]

  4. […] bagi anda yang nak beli Pa insurans adalah dengan membeli insurans 1st party (komprehensif). Kepada anda yang membeli insurans 3rd party, anda tidak boleh membeli tambahan […]

  5. […] first party kereta lama. Bolehkah sekiranya anda nak buat insurans komprehensif atau insuran first party untuk kereta yang dah lama dari segi usianya […]

Leave a Reply