Insuran first party kereta lama

insuran first party kereta lama
Insuran first party kereta lama

Insuran first party kereta lama. Bolehkah sekiranya anda nak buat insurans komprehensif atau insuran first party untuk kereta yang dah lama dari segi usianya ?

Di artikel ini aku akan kongsikan apakah masih boleh untuk kereta lama untuk dibuat insurans kereta 1st party supaya ianya kekal dilindungi terutamanya jika berlaku kemalangan jalan raya.

Ada beberapa kelebihan sekiranya anda setia dengan cover perlindungan insurans 1st party ini. Ianya bukan sahaja memberi manfaat perlindungan kemalangan sahaja, malah memberi perlindungan tambahan lain.

Iaitu seperti cermin kereta, personal accident atau PA dan juga perlindungan bencana alam seperti terkena banjir dan pokok tumbang.

Bagi anda yang memiliki kereta lama pastinya inginkan kelebihan-kelebihan ini supaya ianya terjaga bukan sahaja dari segi duit poket tidak perlu keluar sendiri. Malah juga merasa selamat walaupun kemana sahaja anda pergi.

Selamat dimaksudkan adalah darisegi ianya terjaga terutama kereta yang anda jaga dan nilai market di pasarannya masih tinggi dan ada permintaan sekiranya jika dijual.

Masih ada ke insuran first party kereta lama ?

Untuk pengetahuan anda, masih ada insuran first party kereta lama yang dibolehkan kepada anda sebagai pemilik kereta tersebut.

Namun, perlu diingatkan bahawa bukan semua syarikat insurans kereta yang memberikan insuran 1st party untuk kereta yang sudah dikira lagend ini.

Walaupun kereta anda tampak masih bergaya tak dimakan usia. Namun, bagi pihak syarikat insurans merupakan satu risiko yang perlu mereka pertimbangkan sewajarnya.

Insuran first party kereta lama bergantung kepada jenama kereta

Sebagai seorang pemilik kereta, anda sudah tentu tahu nilai bagi sesebuah kereta yang telah lama berada di atas jalan raya.

Keputusan untuk masih memiliki kereta tersebut masih berkait rapat dengan jenama kereta tersebut yang masih gah di pasaran.

Berdasarkan pengalaman, insuran first party kereta tidak terletak kepada jenama sesebuah kereta tersebut.

Walaupun ianya masih mempunyai permintaan tinggi di pasaran, ianya bukan penyebab kepada faktor masih diberikan insurans kereta 1st party.

Insuran first party kereta lama berdasarkan oleh sesebuah syarikat insurans kereta

Anda tidak perlu kecewa terlalu awal, hal ini kerana terdapat beberapa syarikat insurans kereta yang masih menyediakan insuran first party kereta lama ini.

Ianya perlu dicari dan ditanya kepada beberapa syarikat insurans itu sendiri. Untuk memudahkan anda, adalah lebih baik untuk merujuk kepada agent insurans yang memberikan khidmat insurans kereta.

Pada agent insurans, mereka pasti mempunyai dalam anggaran dua hingga lima buah syarikat insurans kereta yang didaftarkan segai agent sah.

Mereka pasti tahu dan boleh beri bimbingan syarikat insurans manakah masih menawarkan insuran first party kereta lama untuk anda yang masih tercari-cari.

Terdapat limit maksimum untuk insuran first party kereta lama

Bila anda dah jumpa syarikat insurans kereta yang tepat bagi cover insurans kereta anda, anda perlu tahu setiap syarikat insurans tersebut menetapkan limit tempoh tertentu.

Tempoh maksimum kebanyakkannya adalah 25 tahun sahaja untuk insuran first party kereta lama.

Bagi aku sendiri, tempoh tersebut merupakan waktu yang agak lama. Dan masih dibolehkan bagi syarikat insurans tersebut memberikan servis perkhimatan terbaik.

Walaupun kita tahu ianya merupakan satu risiko besar diambil pihak syarikat insurans kereta itu sendiri.

2 comments

Leave a Reply