Apa itu PA insurans kenderaan?

Personal Accident atau orang panggil pelan PA ialah insurans tambahan. Jika bahasa mudahnya adalah insurans kemalangan melindungi diri. Oleh itu, ia boleh dibuat secara menambah baik dalam menghidupkan insurans premium kenderaan biasa.

Insurans tambahan ni dia macam sebaris dengan insurans cermin kereta. Justeru, kalau kita tambah insurans pa ini, harga dia turut berlainan banding insurans tambahan cermin atau windscreen insurance kereta. Maksudnya cara kiraan dia turut lain.

Personal accident insurans ni untuk apa?

Ada orang tanya apa itu insurans pa. Kadang ada yang tak endahkan sebab tak tahu kegunaannya. Yang penting dapat harga murah sudah mencukupi.

Maksud pa insurans bila nak cakap dari segi harga memang akan keluarkan duit lebih sikit. Tapi tak perlu kita bayar tiap-tiap bulan.

Macam insurans premium kereta biasa atau car insurance. Bayar sekali untuk setahun.

Tambahan pula, pelan insurans ni macam insurans hayat kita. Bukan untuk seorang saja, untuk semua penumpang. Ikut pada bilangan penumpang kereta. Kalau MPV 7-seater, insurans PA ni akan cover setiap dari penumpang.

Harga PA insurans ni berapa?

Tiap syarikat insurans menyediakan harga personal accident yang berbeza-beza. Pelan yang diberikan mengikut tawaran yang syarikat insurans berikan.

Oleh itu, sebelum setuju harga insurans penuh, anda boleh bertanyakan harga sudah termasuk dalam pelan insurans pa ini atau belum termasuk.

Contoh harga PA insurans seperti berikut:

Kereta Proton Saga ada 5-seater. Pelan yang ditawarkan syarikat insurans etiqa takaful car insurance menawarkan penambahan harga rm78 sahaja.

Dengan kelebihan sebanyak rm10,000 nilai pampasan untuk kematian bagi setiap penumpang. Manakala kos hospital bernilai rm500.

Manakala, syarikat allianz car insurance menawarkan pelan harga rm98 untuk kelebihan pampasan sebanyak rm15,000. Paling penting kos hospital yang berupa rm1,000.

Ini adalah contoh mudah, lebih baik kita buat perbandingan sebelum menambah pelan PA ini. Siapa yang kurang budget boleh beli pelan yang minimum berdasarkan tawaran syarikat insurans.

Siapa yang rasa boleh keluarkan budget lebih sikit, boleh beli pelan yang lebih berbaloi. Anda tak rugi pun sebab hanya bayar hanya satu kali untuk setahun.

Adakah Pa insurans disedikan untuk pemilik kereta sahaja?

Pa insuran ini disediakan juga kepada pemilik motosikal. Paling tidak, jika berlaku kemalangan anda boleh membuat claim kos hospital (medical) kepada insurans.

Seratus dua ratus juga duit juga. Tapi untuk kos ini anda perlu keluarkan duit anda dulu. Kemudian gunakan resit bagi membuat claim Pa insurans.

Tambahan pula, waris kepada penunggang motosikal juga boleh membuat claim pampasan jika berlaku kematian ke atas penunggang. Ingat, hanya bagi kes kemalangan sahaja ya.

Ikut jadual di bawah bagi memudahkan kefahaman anda :

Pa insurans untuk keretaPa insurans untuk motosikal
1st party insurans??
3rd party insurans??
3rd party fire
& theft insurans
?Tiada Cover ini untuk motor
Insurans PA

Boleh ke jika beli insurans 3rd party, tambah Pa insuran ?

Syarat bagi anda yang nak beli Pa insurans adalah dengan membeli insurans 1st party (komprehensif). Kepada anda yang membeli insurans 3rd party, anda tidak boleh membeli tambahan ini.

Ini juga adalah terpulang kepada sesebuah syarikat insurans juga. Ada juga syarikat insurans mewajibkan pembeli insurans 3rd third party membeli PA insurans.

Mengapa begitu?

Kerana jika berlaku sebarang kemalangan paling kurang pun ia melindungi anda dan juga penumpang jika berlaku kecederaan ataupun kematian.

Contoh polisi PA insuran yang anda akan dapat

insurans pa
Insurans PA

Contoh di atas merupakan sijil yang bakal anda dapat setelah membeli PA insuran. Pastikan ahli keluarga anda tahu mengenai kehadiran sijil ini.

Hal ini kerana, jika berlaku sebarang perkara kepada anda dan berlaku kematian, paling kurang waris anda boleh membuat claim kepada syarikat insurans dan mendapatkan pampasan mengikut nilai yang anda beli.

Sijil ini merupakan bukti yang sangat kukuh yang anda telah membeli dan membuat perlindungan personal accident ini.

Apa kelebihan lain jika anda beli Personal Accident insurans ini ?

Ramai yang tertanya selain mendapat pampasan walaupun nilainya sedikit, apa kelebihan yang orang akan dapat jika beli pa insuran ini?

Tahukah anda, kelebihan lain anda akan dapat adalah free towing service daripada syarikat insuran itu sendiri. Malah ada juga yang memberikan towing unlimited.

Ini adalah bonus kepada pengguna jalan raya dikala berlaku sebarang kerosakan atau kemalangan lebih-lebih lagi outstation ke luar negeri.

Towing kereta ini hanya diberikan kepada pengguna kereta sahaja. Untuk pengguna motorsikal tiada disedikan towing jika berlaku sebarang kerosakan atau kemalangan.

Namun, tidak semua syarikat insurans memberikan free towing secara tambahan ini. Anda kena pandai buat survey.

Maksud towing tambahan itu adalah, jika anda telah diberikan 150km free towing, kemudian anda beli pa insuran ini, anda akan diberikan tambahan kilometer pada jarak towing free anda.

Adakah PA insurans sama seperti insurans medical card?

Mari kita lihat perbezaan pa insurans vs medical card

PA insuransMedical Card
Renew setahun sekali pembayaranPembayaran perlu dibuat sebulan sekali
Hanya melindungi pemandu dan
penumpang jika berlaku kemalangan
Melindungi diri anda jika mendapat penyakit
kronik dan juga jika berlaku kemalangan
Beli berdasarkan insurans
kenderaan dan pampasan
jika terlibat dalam kemalangan
Beli berdasarkan keinginan
seseorang melindungi diri
dari penyakit
Kos rawatan hospital terhad
kepada jumlah pelan yang dipilih
Tak perlu risau kos rawatan hospital
akan ditanggung insurans

Tempoh tuntutan insurans kemalangan diri

Seperti yang kita tahu, setiap insurans mempunyai tempoh matang dari setiap pembelian atau daftar masuk insurans.

Jadi, adakah terdapat sebarang tempoh matang bagi tuntuan insurans kemalangan diri?

Jawapannya adalah tiada. Selepas sahaja anda menhidupkan insurans kemalangan bersama insurans Pa, jika keesokkannya berlaku sesuatu kepada anda, anda sudah boleh membuat tuntutan/claim.

Ia tidak sama seperti medical card yang mempunyai jarak tempoh kematangan.

Kelebihan ini justeru memudahkan urusan claim dibuat sebaik sahaja dokumen anda sudah lengkap.

Adakah jika buat PA insurans, NCD akan jadi 0% ?

Persoalan ini semestinya akan terbayang di minda anda. Pentingnya NCD yang kita kumpul itu adakah akan terbuang begitu sahaja selepas buat claim?

Pa insuran merupakan insurans yang diasingkan dari insurans premiumnya. Harga premium itu maksudnya harga untuk claim kemalangan sahaja.

Ia tidak termasuk sebagai penyebab NCD akan jadi reset/terjejas disebabkan anda buat claim pa insuran.

Melainkan dengan beberapa faktor :

1. Anda melakukan claim jika kemalangan sendiri

Kemalangan ini terjadi disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pihak anda sendiri tanpa melibatkan pihak lain atau kenderaan lain.

Jadi, semestinya anda ingin membuat claim pa insurans berkenaan kos rawatan hospital bersama claim repair kereta anda.

Justeru, NCD akan ditolak disebabkan claim kemalangan yang anda buat. Bukan ia disebabkan claim pa insurans.

2. Claim kemalangan pihak ketiga

Perkara ini sudah tentunya akan menjejaskan NCD kereta anda kerana pihak yang tidak bersalah akan membuat claim terhadap anda yang bersalah dalam sesuatu kemalangan.

Disini anda boleh saja meneruskan claim pa insurans jika mendapati anda sebagai pemandu atau penumpang anda mengalami kecederaan.

DUa perkara di atas kerap terjadi dan jika anda mempunyai pa insurans, maka bonus untuk anda buat claim kecederaan.

Jika tidak buat claim, NCD kereta anda akan tetap menjadi 0% disebabkan claim kemalangan. Kes ini adalah tidak sama bagi kes claim windscreen dan juga banjir.

Pemandu E-hailing boleh ambil Pa insurans

Bagi sesebuah organization ehailing menerapkan perlindungan kepada pemandu dan juga penumpangnya. Jika anda seorang pemandu ehailing, adalah sangat digalakkan untuk mengambil personal accident ini.

Walaupun setiap daripada customer e hailing mempunyai perlindungannya dari pihak ehailing itu sendiri, penambahan ini tampak standard keselamatan yang lebih bagus.

Namun, ia bergantung juga kepada seseorang pemandu ehailing itu sendiri ingin menambah pa insurans ini atau pun tidak.

Jika tambah, anda tak perlu lagi mengeluarkan kos perubatan kepada customer kerana claim boleh dibuat. Namun perlu diingat, duit harus dikeluarkan terlebih dahulu selepas itu baru boleh anda mendapatkan ganti rugi.

Boleh ke beli insurans kereta syarikat lain, tambahan Pa guna syarikat insuran lain?

Persoalan di atas ini merupakan soalan yang bagus. Maksud disebalik ayat di atas adalah anda beli insurans premium 1st party syarikat liberty insurans, kemudian nak beli Pa insurans guna etiqa takaful disebabkan ia memberikan unlimited towing free sewaktu itu.

Perkara ini adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pa insurans merupakan pakej yang diberikan sesuatu syarikat insurans premium itu sendiri.

Jadi, anda tidak boleh melakukan pembelian secara berasingan antara syarikat insurans premium dan syarikat pa insurans.

Di mana nak buat tuntutan claim personal accident / kemalangan peribadi ini ?

Tuntutan atau claim boleh di buat di branch syarikat insurans yang anda ambil sewaktu menghidupkan insurans dan pa atau pelan perlindungan kemalangan peribadi.

Sediakan segala dokumen yang perlu di kemukakan bagi memudahkan urusan pihak syarikat insurans.

Macam mana nak tahu branch insurans yang terdekat dengan rumah anda?

Branch syarikat insurans boleh di google di telefon anda. Tetapi anda jangan salah faham dengan papan tanda insurans.

Ada juga agent berdaftar mempunyai signboard yang sama seperti branch syarikatt insurans anda. Tetapi ia bukan branch syarikat insurans, ia merupakan agent yang telah berdaftar bagi urusan buat insurans sahaja.

Jika branch insurans, ia tidak banyak di sesebuah negeri. Paling kurang mempunyai 1 branch bagi memudahkan urusan claim, batal insurans, tambah pa insurans, tambah cover cermin dan lain-lain yang tidak boleh dibuat oleh pihak agent yang berdaftar.

Dokumen yang diperlukan untuk claim PA insurans

  1. Salinan Laporan polis
  2. Salinan sijil Pa insurans (bagi mneyemak certificate number)
  3. Segala resit atau bil-bil yang dikeluarkan pihak klinik /hospital
  4. Salinan sijil kematian (bagi urusan pampasan jika berlaku kematian)
  5. Salinan penyata akaun (urusan transfer duit kepada anda /waris)

Jangan salah sangka mengenai PA insuran

Perlu diingatkan insurans PA ni untuk jika berlaku kemalangan sahaja. Ada orang salah sangka boleh claim untuk sakit biasa.

Agak melucukan tapi percaya ada juga kes ini berlaku.

Kesimpulannya, lebih banyak yang kita tahu, lebih mudah kita menguruskan sesuatu perkara mengenai insurans kenderaan.

pa insurans

Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Apa itu PA insurans kenderaan?”