Harga roadtax kereta Proton Waja 1.6

Harga roadtax kereta Proton Waja 1.6 . Berapa harga roadtax kereta proton waja yang sepatutnya dibelanjakan bagi setiap tahun khasnya yang membeli proton waja 1.6 ?

Memiliki sebuah kereta dengan pelbagai tujuan adalah satu perkara yang sukar diungkapkan oleh kata-kata.

Dengan keseronokkan membeli kereta seharusnya anda perlu juga mengambil kira tentang kos-kos yang perlu didahulukan sepanjang tahun menggunakan kereta ini.

Antara kos yang penting perlu diketengahkan adalah seperti roadtax kereta atau dikenali sebagai cukai jalan raya.

Cukai jalan raya bukan sekadar nak elak dari terkena saman. Malah lebih penting dari itu adalah satu tanggungjawab bersama ketika berada di atas jalan raya.

Bayangkan semua kereta atau kenderaan merupakan pembayar roadtax kereta, sudah semestinya mempunyai perlindungan insurans kereta.

Ianya sangat berkait rapat dan sudah pasti memberikan rasa kelegaan ketika memandu. Ianya membawa dari satu tempat ke tempat yang lain disebabkan mempunyai perlindungan kemalangan.

Bukan bermakna nak kata ianya adalah jaminan keselamatan, paling tidak pun dengan kehadiran roadtax kereta ini memberikan satu peringatan kepada semua pemandu agar terus berhati-hati di atas jalan raya.

Hal ini kerana, roadtax kereta merupakan syarat utama bagi setiap perlindungan insurans kereta untuk melakukan tuntutan atau claim kemalangan di negara kita.

Di artikel kali ini, kita akan fokus kepada roadtax kereta proton waja 1.6 yang merupakan sebuah kereta sedan terkemuka sejak dari dahulu lagi.

Artikel berkaitan : Harga roadtax kereta 1.6 cc

Jumlah cc enjin kereta Proton Waja 1.6

Perkara utama yang dirujuk oleh pihak berkuasa bagi menentukan roadtax kereta adalah menerusi nilai yang dinyatakan pada keupayaan enjin.

Keupayaan enjin atau dikenali sebagai cc enjin kereta akan ditulis dalam geran kereta yang didapati oleh setiap pemilik kereta sebaik sahaja berjaya membeli kereta ini.

harga roadtax kereta proton waja 1.6

Untuk kereta proton waja 1.6 , terdapat 2 varian enjin kereta yang digunakan. Tetapi ianya masih dalam kategori cc enjin 1.6cc.

Dua varian enjin kereta waja 1.6 tersebut adalah bernilai 1597cc dan juga 1584cc. Untuk proton waja 1.6 atau 1584cc untuk varian MMC dan Campro untuk proton waja 1.6 atau 1597cc.

Berapakah harga roadtax kereta Proton Waja 1.6 ?

Roadtax waja 1.6 sebenarnya boleh dihidupkan dengan 2 tempoh berbeza mengikut kehendak pemilik kereta.

Sama anda nak buat roadtax proton waja 1.6 bagi selama 12 bulan bagi setiap tahun atau 6 bulan untuk 2 kali dalam setahun.

Harga roadtax kereta proton waja 1.6 berdasarkan varian mmc dan juga campro adalah sama iaitu berjumlah sebanyak RM90 sahaja untuk selama 12 bulan.

Manakala, harga roadtax proton waja 1.6 bagi kedua varian yang tersebut jika dibuat untuk 6 bulan berharga RM45 sahaja.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga roadtax kereta Proton Waja 1.6”

  1. […] Artikel lanjut : Harga roadtax kereta proton waja 1.6 […]

  2. […] Harga roadtax kereta Proton Waja 1.6 […]