Lesen L tamat tempoh 3 bulan

Lesen l tamat tempoh 3 bulan. Apakah yang akan terjadi sekiranya lesen L motor anda tamat setelah tempoh 3 bulan ?

Kebanyakkan dari kita yang baru belajar untuk mendapatkan lesen pasti akan tidak biasa dengan tempoh yang diberikan.

Ianya seperti satu tanggungjawab yang baru diberikan kepada setiap dari anda dan perlu mengingati sesuatu tempoh sekiranya sudah tamat.

Bagi anda yang sedang menghadapi lesen l tamat tempoh, berikut serba sedikit merupakan dari pengalaman aku sendiri ketika memegang lesen l.

Lesen l tamat tempoh boleh renew ke?

Pemegang lesen LDL atau lesen l dibolehkan untuk renew walaupun ianya telah tamat tempoh dari tarikh yang diberikan.

Bacaan berkait : Denda lewat renew lesen memandu

Lesen l tamat tempoh berapa lama?

Sekiranya anda bertanyakan tentang berapa lama lesen l tamat tempoh, ianya terdapat 2 tarikh yang perlu anda ketahui.

Pertama adalah tarikh lesen l tamat tempoh atau valid sehingga 2 tahun sahaja. Kedua, dalam tempoh 2 tahun tersebut, lesen l akan tamat tempoh bagi jangka masa 3 bulan sekali.

Ianya tidak terkecuali bagi anda yang memegang lesen l kereta mahupun motor perlu menghidupkan lesen l sekiranya ianya telah melepasti tempoh 3 bulan.

Berapakah bayaran lesen l tamat tempoh ?

Bayaran bagi anda menghidupkan lesen l tamat tempoh ada 2. Sekiranya anda ingin menghidupkan lesen l motor tamat tempoh lebih murah.

Manakala, untuk lesen l kereta tamat tempoh dengan harga yang lebih mahal. Sekiranya anda sudah memiliki lesen kereta, namun sedang mengambil lesen motor, maka bayaran lesen l motor tamat tempoh lebih tinggi.

Bacaan terkait : Renew lesen L di pejabat pos

lesen l tamat tempoh 3 bulan

Lesen l tamat tempoh sebelum test jpj

Untuk anda yang menghadapi lesen l tamat tempoh sebelum test jpj, adalah digalakkan untuk menghidupkan lesen l 3 bulan terlebih dahulu sekiranya masih dalam tempoh 2 tahun memegang lesen l.

Sekiranya lesen l sudah tamat tempoh lebih 2 tahun, maka anda tidak dibenarkan untuk menjalani ujian atau test jpj. Ini amat menitik beratkan penggunaan lesen l ketika ujian jpj dijalankan lebih-lebih lagi semasa ujian di jalan raya dilakukan.

Lesen l tamat tempoh lebih setahun

Walaupun lesen l anda sudah tamat tempoh lebih setahun, ianya masih mempunyai masa sebelum mencapai 2 tahun tempoh lesen l tamat.

Anda boleh renew untuk tempoh masa 3 bulan untuk menjalani sesi latihan dan menghabiskan sesi jpj sehingga berjaya.

Rayuan lesen memandu l tamat tempoh

Setiap rayuan lesen l tamat tempoh akan dipertimbangkan oleh pihak jpj sendiri. Ianya tidak semestinya akan diluluskan kerana tempoh 2 tahun amat mencukupi untuk anda menghabiskan sesi latihan serta ujian memandu jpj.

Namun, sekiranya anda menghadapi perkara yang lebih serius sehingga tidak dapat mengelakkan, maka cubaan bagi rayuan lesen memandu l tamat tempoh boleh dilakukan jika dibenarkan oleh pihak jpj sendiri.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Lesen L tamat tempoh 3 bulan”

  1. […] Bacaan berkait : Lesen L tamat tempoh 3 bulan […]

Leave a Reply