Denda lewat renew lesen memandu. Perkara yang kita cuba rungkaikan serba sedikit adalah mengenai denda yang bakal dikenakan jika anda melewat-lewatkan renew lesen memandu.
Sama ada ianya sengaja ataupun tidak disengajakan, denda bakal diterima kepada setiap dari pemegang lesen memandu yang terlewat renew lesen.
Namun, ia adalah bergantung kepada beberapa spesifikasi dan had masa yang ditetapkan oleh pihak JPJ sendiri.
Lambat renew lesen 2 bulan
Jika anda terlewat dan baru saja tersedar akan tarikh tamat lesen memandu anda, cepat-cepat anda membuat semakan.
Semakan ini sangat penting supaya anda tidak terburu-buru pergi membuat renew lesen memandu. Lihat semula lesen memandu dengan teliti.
Contohnya anda sudah lambat renew lesen 2 bulan dari tarikh expired sebenar, maka, anda boleh ke pejabat pos atau JPJ berhampiran untuk membuat lesen memandu yang baru.
Tiada sebarang denda bayaran lebihan bakal diterima kepada anda yang lewat renew lesen melebihi 2 bulan.
Akan tetapi, anda diwajibkan menghidupkan lesen memandu dalam tempoh 2 tahun dan ke atas. Kekurangannya adalah anda perlu mengeluarkan duit lebih sedikit untuk 2 tahun renew lesen.
Kalau buat renew lesen memandu setahun pasti lebih murah. Tetapi tidak untuk anda yang terlewat renew lesen 2 bulan.
Harga renew lesen memandu CDL (B2,D)
Tempoh | Harga |
1 tahun | RM30 |
2 tahun | RM60 |
3 tahun | RM90 |
4 tahun | RM120 |
5 tahun | RM150 |
Lambat renew lesen setahun
Di sini anda perlu perhatikan apakah jenis lesen memandu yang sedang anda gunakan. Jika lesen memandu CDL(full), anda wajib ketahui limit maximum dari tarikh tamat lesen memandu sebelumnya.
Sudah pasti anda kerugian masa dan perlu membayar untuk 1 tahun tersebut. Ia dikira sebagai denda lewat renew lesen memandu dalam masa yang sama tempoh setahun itu anda perlu mengeluarkan duit.
Jenis denda lambat renew lesen p dan lambat renew lesen cdl (full) dan lambat renew lesen l
Jenis lambat renew lesen | Tempoh maximum akan dikenakan denda |
---|---|
Lambat renew lesen P | Melebihi 1 tahun selepas lesen P dikeluarkan |
Lambat renew lesen CDL | Melebihi 3 tahun dari tarikh akhir renew lesen |
Lambat renew lesen L | Melebihi 2 tahun tempoh masa LDL |
Tindakan denda diambil bukan dari segi bayaran yang perlu dibayar. Ia adalah pembatalan pemilikan lesen memandu seseorang itu.
Jadi, untuk mengelakkan lesen memandu ditarik balik, anda wajib membuat renew lesen mengikut tempoh waktu denda lambat renew lesen ini ditetapkan.
Atau lebih buruk, anda perlu menjalani semula ujian latihan memandu sama seperti dahulu kala.

Hidupkan lesen kereta online
Kebanyakkan tempat untuk anda nak hidupkan lesen kereta online mempunyai ciri-ciri tertentu. Antaranya adalah membuat lesen memandu di awal waktu.
Namun, ada juga tempat yang boleh anda rujuk untuk hidupkan lesen kereta online. Anda cuma perlu rajin merujuk portal dan membuat survey secara online.
Salah satu cara untuk anda hidupkan lesen kereta online adalah dengan menggunakan portal myeg dan juga di portal JPJ.
Lesen memandu hilang
Bagaimanakah jika anda mengalami lesen memandu hilang ? Apa yang sewajarnya cara renew lesen memandu hilang yang perlu anda lakukan? Berapakah denda yang perlu dibayar sekiranya lesen memandu anda hilang ?
Ikuti cara buat lesen memandu hilang bagi memudahkan untuk anda merujuk secara lebih mendalam.
Lesen P tamat tempoh
Berikut merupakan jadual yang boleh anda rujuk adakah lesen P anda masih boleh diperbaharui ataupun tidak.
Mari kita lihati lesen p tamat tempoh berapa lama :
Jangka masa Lesen P tamat tempoh | Masih boleh diperbaharui/tidak |
Lesen P tamat tempoh lebih sebulan | Masih boleh diperbaharui |
Lesen P tamat tempoh setahun | Masih boleh diperbaharui jika masih dalam tempoh setahun dari tarikh tamat lesen P |
Lesen memandu P tamat tempoh lebih setahun | Tidak boleh diperbaharui |
Lesen P tamat tempoh lebih 2 tahun | Tidak boleh diperbaharui |
Lesen P tamat tempoh lebih 3 tahun | Tidak boleh diperbaharui |
Lesen P motor tamat tempoh lebih setahun | Tidak boleh diperbaharui |
Lesen L tamat tempoh
Bagi yang sedang memegang lesen L atau dikenali sebagai Lesen Belajar Memandu (LDL), berapa lama untuk lesen L tamat tempoh jika tidak diperbaharui ?
Rujuk jadual di bawah bagi memudahkan anda untuk faham.
Jangka Masa Lesen L tamat tempoh | Masih boleh diperbaharui/tidak |
Lesen L tamat lebih setahun | Masih boleh diperbaharui sekiranya di bawah 2 tahun dari tarikh mula |
Lesen L tamat lebih 2 tahun | Tidak boleh diperbaharui dan perlu mengikuti kelas lesen LDL semula |
Jika anda mengalami masalah tidak boleh perbaharui lesen memandu, maka anda adalah wajib untuk menduduki semula soalan peperiksaan lesen memandu.
Lesen L boleh renew berapa kali ?
Bagi sesiapa yang ingin tahu lesen L boleh renew berapa kali. Sebenarnya lesen L anda perlulah dihidupkan 3 bulan sekali dalam jangka masa 2 tahun ianya hidup.
Kata mudahnya, dapat saja lesen L, maka bermula lah tempoh lesen L anda sehingga 2 tahun ianya tamat. Dalam tempoh itulah setiap 3 bulan perlu anda renew lesen L tersebut.
Jadi, dalam tempoh 2 tahun tersebut, walaupun anda terlewat nak hidupkan lesen L yang telah tamat setiap 3 bulan itu, anda masih boleh renew lagi lesen L.
Jika anda setiap 3 bulan menghidupkan lesen L, dalam 2 tahun tersebut, maka 8 kali lesen L anda boleh dihidupkan sehingga ianya tamat dalam masa 2 tahun.
Namun, tidak semestinya perlu lesen L boleh renew berapa kali untuk 8 kali. Bergantung juga kepada diri anda sendiri.
Hal ini kerana, jika anda dah lulus lesen P, walaupun baru 3 bulan gunakan lesen L, maka anda tak perlukan lagi lesen L tersebut.
Comments
2 responses to “Denda lewat renew lesen memandu”
[…] Bayar kompaun / denda lewat renew lesen memandu. […]
[…] P tamat tempoh. Adakah terdapat denda lewat renew lesen memandu sekiranya lesen p tamat tempoh melebihi jangka waktu yang ditetapkan […]