Renew roadtax kereta ada saman

Renew roadtax kereta ada saman. Sebelum anda nak buat roadtax kereta, anda perlulah membuat semakan saman sama ada saman PDRM ataupun jpj.

Kalau anda tak check sekalipun, kemudian hari bila nak buat roadtax kereta, ia tidak boleh diteruskan atas sebab tertentu.

Saman pdrm terbahagi kepada dua iaitu saman trafik atau saman polis. Jika termasuk saman jpj, terdapat 3 jenis saman yang ada jika anda melakukan kesalahan di atas jalan raya.

Kategori dan jenis saman PDRM dan JPJ

Kedua saman yang dikeluarkan oleh PDRM dan JPJ kebanyakkan adalah cara yang sama. Jika anda terkena speedtrap atau perangkap kelajuan di kawasan highway dalam negeri, saman akan dikeluarkan oleh pihak trafik.

Jadi, cara nak selesaikan saman ini adalah dengan pergi ke balai polis trafik daerah terdekat anda. Jangan silap antara balai polis biasa dengan balai polis trafik ya.

Buat traffic saman check di balai polis trafik terdekat anda.

Jika saman speedtrap anda melebihi kelajuan di highway plus (antara negeri), saman yang dikeluarkan adalah oleh pihak JPJ.

Apa itu saman blacklist ?

Saman blacklist dikeluarkan oleh pihak PDRM kepada pemandu yang lewat membuat bayaran saman. Walhal saman telah dapat terlebih awal, anda lengah-lengahkan untuk menyelesaikannya.

Jadi, saman ini akan bertukar status kepada blacklist. Kesan dari saman blacklist atau saman senarai hitam ini adalah tidak boleh membuat roadtax kereta.

Cara selesaikan saman senarai hitam (blacklist) PDRM

Ianya tidaklah susah. Anda hanya perlu membayar seperti biasa. Kemudian saman tersebut dikira selesai. Ikuti cara di bawah.

Yang penting anda tidak menggunakan cara belakang. Biarlah anda bayar secara penuh sekalipun, yang penting saman tersebut selesai, dan anda boleh terus membuat roadtax kereta.

Jika anda mempunyai banyak saman contohnya 10 saman, 4 daripadanya dikategorikan sebagai blacklist (BL), anda boleh selesaikan 4 saman blacklist itu sahaja dulu.

Kalau nak terus bayar 10 saman pun tidak menjadi masalah. Cuma untuk melepaskan syarat renew roadtax kereta ada saman blacklist adalah keutamaan buat masa itu.

Kemudian, anda dah boleh merancang membayar satu demi satu saman yang berbaki. Jangan dibiarkan, kelak akan bertukar kepada saman blacklist juga.

Bayar saman polis pdrm online

Pembayaran saman boleh dibuat secara online. Masuk sahaja ke portal myeg di bahagian saman untuk melihat senarai saman di bawah kad pengenalan anda.

Cara kedua adalah untuk yang mempunyai saman PDRM, boleh bayar secara online. Gunakan web atau apps MyBayar bagi selesaikan saman PDRM.

Manakala, untuk saman JPJ boleh rujuk gambar dibawah ada ditulis laman web portal untuk kes saman kompaun kecuali saman kes mahkamah tidak boleh dibayar disitu.

Sekarang zaman dah maju, nak check dan bayar saman pun boleh guna online. Tetapi ingat, pastikan anda dapatkan resit pembayaran setelah selesai melakukan transaksi.

renew roadtax kereta ada saman

Buat semakan awal jika mempunyai saman

Semakan saman PDRM atau JPJ secara awal membantu anda tidaklah terlalu tertekan nak selesaikan saman-saman tertunggak.

Lagipun saman nak selesaikan perlu ambil masa juga. Jika ambil masa lama, ia boleh merugikan masa insuran anda jika dah buat insurans terlebih dahulu.

Ikuti diskaun-diskaun yang ditawarkan oleh pihak PDRM atau JPJ atau saman polis trafik dari semasa ke semasa untuk menjimatkan wang anda secara tidak langsung.

Boleh renew roadtax kereta jika masih ada saman

Saman yang di maksudkan adalah saman-saman selain dari blacklist. Tempoh yang diberikan oleh pihak JPJ atau PDRM adalah berpada.

Selesai sahaja saman itu dibayar, tunggu masa dalam sehari untuk ia clear dalam sistem. Kemudian, teruskan membuat roadtax kereta anda tanpa tangguh lagi.

Baca juga : Kenapa tak boleh renew roadtax


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Renew roadtax kereta ada saman”

  1. […] Baca juga : Renew roadtax kereta ada saman […]