Tarikh roadtax dan insurans tak sama

Tarikh roadtax dan insurans tak sama. Bagaimanakah anda nak selesaikan masalah tarikh roadtax dan insurans kereta atau motor anda tidak sama ?

Kes-kes tarikh roadtax dan insurans tak sama ini antara kes yang kebiasaannya berlaku bagi sebab tertentu.

Anda tidak perlu khuatir kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Di akhir artikel ini, anda pasti dapat selesaikan perkara tarikh roadtax dan insurans tak sama ini.

Terlebih dahulu, perlu ditekankan bahawa pihak Jpj sebaiknya akan menyamakan atau telekan tarikh roadtax dan insurans sebaiknya.

Apa sebab tarikh roadtax dan insurans tak sama untuk pemilik kereta dan motor ?

Antara sebab utamanya adalah melakukan proses tukar nama geran. Sekiranya anda ingin membuat tukar nama geran, tetapi tarikh roadtax dan insurans masih lagi hidup, boleh terjadi kes ini.

Selesai sahaja proses tukar nama dalam geran kepada owner baru, owner baru pula ingin meneruskan roadtax yang masih lagi hidup atas nama pemilik lama.

Sedangkan, insurans baru telah pun dibuat ke atas nama pemilik baru. Jadi, pada awalnya pemilik baru terasa untung jika menggunakan roadtax tarikh yang masih berbaki.

Kesannya, bila dah tamat tarikh roadtax yang lama tersebut, baki insurans yang telah anda buat semasa tukar nama dalam geran telah pun menjadi singkat.

Bolehkah hidupkan roadtax sekiranya insurans tidak mencukupi ?

Minimum syarat bagi menghidupkan roadtax adalah mempunyai tarikh insurans yang mencukupi 6 bulan dan tidak boleh kurang dari seminggu dari ianya tamat 6 bulan sebelumnya.

Sekiranya anda tarikh insurans tidak mencukupi 6 bulan tersebut, maka proses membuat roadtax anda tidak boleh diteruskan.

Maka, beginilah terjadinya tarikh roadtax dan insurans tak sama akibat dari tukar nama geran dan dalam masa yang sama masih menggunakan roadtax pemilik lama.

Apakah cara terbaik bagi menyelesaikan masalah tarikh roadtax dan insurans tak sama ?

Memandangkan insurans kereta anda telah pun anda buat sebelum ini, gunakan sebaiknya baik insurans tersebut bagi membuat roadtax seterusnya.

Sudah pasti roadtax anda hanya akan boleh dibuat untuk 6 bulan sahaja. Bagi 6 bulan seterusnya, anda adalah diwajibkan untuk menambah tarikh insurans bagi menyamakan dan mencukupkan tempoh roadtax dan insurans bagi 6 bulan berikutnya. Ianya dikenali sebagai extend insurans.

Jika dah selesai perkara ini, untuk pada tahun hadapan akan datang, anda boleh dapati tarikh roadtax dan insurans tak sama sebelumnya tersebut akan menjadi seiring sama semula.

Cara ini merupakan jalan sebaiknya bagi anda ingin menyelesaikan masalah tarikh roadtax dan insurans tak sama sepatutnya anda lakukan.

Bolehkah bagi anda untuk membiarkan tarikh dan insurans tak sama ini berlarutan ?

Mengikut pengalaman aku sendiri, tarikh roadtax dan insurans tak sama ini akan diselesaikan mengikut tahun berikut dengan sendirinya.

Dalam masa yang sama, dengan pengetahuan di atas, sedikit sebanyak membantu anda bertenang serta dapat selesaikan masalah ini dengan baik tanpa sebarang masalah lain.

Sekiranya anda tak tahu dari awal mengenai kes ini, kesulitan akan anda alami dari segi membuat extend insurans terutamanya.

Baca juga : Extend insurance

tarikh roadtax dan insurans tak sama
Tarikh roadtax dan insurans tak sama


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Tarikh roadtax dan insurans tak sama”

  1. […] anda perlu berhati-hati sekiranya berlaku kes tarikh roadtax dan insurans tak sama boleh memberi kesan masalah lain kepada […]

Leave a Reply