Cara nak dapatkan geran kereta

Cara nak dapatkan geran kereta. Apakah proses sebenar dalam mendapatkan geran kereta mengikut beberapa situasi yang anda alami.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, terdapat situasi dalam cara nak dapatkan geran kereta. Ianya juga bergantung kepada keadaan adakah anda masih mempunyai baki pembayaran loan dengan pihak bank atau pinjaman swasta.

Adakah anda nak dapatkan geran kereta tersebut atas sebab beberapa proses penting salah satunya adalah anda sebagai waris kepada pemilik kereta yang telah meninggal dunia?

Manakala, ada juga perlukan geran kereta bagi membuat urusan puspakom disebabkan roadtax kereta telah melebihi tempoh 3 tahun tidak dihidupkan.

Terdapat banyak lagi sebab untuk dapatkan geran kereta. Namun, apakah cara nak dapatkan geran kereta yang sebetulnya ?

Cara dapatkan geran kereta di Jpj

Dalam proses cara nak dapatkan geran kereta adalah wajib untuk anda melaluinya di Jpj. Bagi kes kehilangan geran kereta terutamanya, pastikan anda sebagai pemilik kereta menuju ke Jpj terdekat bagi menjayakan urusan ini.

Bawa dokumen yang penting menandakan anda sebagai pemilik terkini kepada kereta tersebut supaya dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Jika anda sebagai wakil, bagi kes kehilangan geran kereta adalah tidak dibenarkan melalui proses ini kerana syarat wajib adalah pemilik terkini perlu membuat thumbprint atau cop jari bagi pengesahan geran kereta hilang.

Baca juga : Geran kereta hilang

Cara nak dapatkan geran kereta di Jpj adalah seperti berikut :

  1. Anda sebagai pemilik kereta terkini hadirkan diri ke Jpj berhampiran rumah anda.
  2. Ambil nombor untuk urusan dapatkan geran kereta di kaunter Jpj.
  3. Setibanya nombor anda dipanggil, pergi ke kaunter dan beritahu kepada kerani kaunter untuk dapatkan geran kereta original atas sebab hilang.
  4. Berikan kad pengenalan dan thumbprint atau cop jari sebagai pengesahan anda sebagai pemilik kereta.
  5. Berikan nombor plat kereta bagi mengelakkan kesalahan print geran kereta bagi anda yang memiliki lebih dari 1 buah kereta.
  6. Buat pembayaran sebanyak RM50.
  7. Geran kereta original dikeluarkan.
  8. Selesai.

cara nak dapatkan geran kereta

Cara dapatkan geran kereta online

Seterusnya, bagaimanakah cara dapatkan geran kereta online ini? Geran kereta tidak boleh anda dapati sewenang-wenangnya lebih-lebih lagi tanpa pemilik kereta.

Kewujudan pemilik kereta adalah menjadi syarat paling penting agar geran kereta yang original dapat diproses.

Namun, bagaimana nak dapatkan geran kereta online tanpa anda sebagai pemilik kereta menghadirkan diri di Jpj ?

Ianya adalah bergantung kepada situasi anda. Jika anda baru sahaja tukar nama dan anda sebagai pemilik kereta baru yang membuat urusan tukar nama secara online tidak perlu lagi hadirkan diri di Jpj.

Hal ini kerana, agent tukar nama yang berdaftar akan membuat tukar nama secara online, seterusnya menggunakan runner mereka untuk ke Jpj sebaik sahaja urusan tukar nama kereta berjaya.

Hal ini demikian, dibolehkan untuk wakil agent mendapatkan geran kereta untuk anda hanya buat pertama kali sahaja.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Cara nak dapatkan geran kereta”

  1. […] Baca juga : Cara nak dapatkan geran kereta […]