Geran kereta hilang, apa nak buat ?

Geran kereta hilang. Sering kali kita memerlukan geran kereta dengan sebab-sebab tertentu. Bila tak perlukan, ada di depan mata.

Bila dicari, waktu tu pulalah geran kereta hilang. Kita boleh lihat geran kereta dulu dan sekarang adalah berbeza. Geran kereta dulu sangat teliti dibandingkan geran kereta baru.

Tambahan pula, geran kereta baru yang dikeluarkan pihak JPJ merupakan cetakan terbaru yang dikenali sebagai VOC. Apa itu VOC?

VOC merupakan singkatan kepada Vehicle of Certification. Bahasa mudahnya adalah sijil kenderaan.

Apa perlu buat jika geran kereta hilang ?Cara memohon geran kereta yang hilang boleh dibuat dalam beberapa keadaan.

Baca juga : Cara nak dapatkan geran kereta

Geran kereta baru

Geran kereta baru tampak lebih mudah dan simple. Dibandingkan geran lama, dari segi saiznya adalah 2 kali lebih kecil.

Kalau geran lama bersaiz a4, bagi geran kereta yang baru ini adalah saparuh darinya. Ia lebih mudah dibawa kemana-mana.

Namun, bila saiznya kecil, mudah pula untuk ia hilang.

Ikuti perbezaan di bawah mengenai geran kereta baru tidak sama dengan yang lama :

Geran kereta baruGeran kereta lama
Saiznya kecilBersaiz besar
Hanya maklumat kenderaan tertera
pada geran
Terdapat maklumat kenderaan dan juga
maklumat tempoh roadtax dihidupkan
Maklumat pemilik terkini sahajaTerdapat maklumat pemilik dari awal
sehingga terkini siapa pembelinya
Cetakan berwarnaCetakan hitam dan putih
Tiada tertera sama ada masih mempunyai
loan bank
Tertulis mempunyai loan pada bank
atau telah selesai loan bank (cop batal)

Baca juga : Cara ambil geran kereta di bank

Geran kereta yang hilang hanya boleh didapati di JPJ

Macam mana nak dapatkan geran kereta ? Terutama sekali cara dapatkan geran kereta yang hilang.

Rujuk Jpj untuk mendapatkan geran kereta yang hilang. Di tempat lain memang tidak boleh sama sekali untuk print geran kereta anda.

Cara nak buat geran kereta hilang tidaklah susah jika anda memenuhi syarat yang diperlukan. Cara print geran kereta di JPJ ini sama seperti urusan-urusan lain di JPJ.

Anda boleh sahaja ke kaunter untuk minta geran kereta atas alasan ganti geran yang hilang. Semestinya memerlukan sedikit pembayaran sebagai denda.

Bolehkah dapatkan geran kereta hilang online ?

Salah satu cara dapatkan geran kereta yang hilang adalah menerusi kiosk JPJ.

Kiosk iaitu mesin dari pihak JPJ sendiri juga boleh anda gunakan untuk print geran kereta yang hilang. Kiosk ini akan diletakkan di dalam kawasan JPJ tersebut.

Anda boleh gunakan mesin kiosk ini. Bezanya adalah anda perlu uruskan dan ikuti tata cara mesin kiosk secara sendiri.

Tambahan pula, pembayaran nak print geran kereta hilang di kiosk adalah melalui kad kredit atau kad debit.

Cara print geran kereta di kiosk adalah seperti berikut :

Masukkan kad pengenalan original dan kemudian buat thumbprint (cap jari).

Setelah selesai memasukkan maklumat diri yang diperlukan, masukkan kad debit anda untuk mesin kiosk scan kad debit anda.

Kemudian, tertera di paparan screen harga yang perlu dibayar. Masukkan nombor kata laluan (password) kad debit anda untuk meneruskan pembayaran.

Tunggu sehingga geran kereta baru dan resit pembayaran keluar. Selesai.

Syarat penting untuk buat geran kereta yang baru jika hilang

1. Pemilik kereta

Pemilik kereta yang sama seperti namanya dalam geran wajib hadirkan diri ke JPJ. Jika wakil yang hadir, maka, geran baru tidak boleh dibuat.

Berdasarkan pengalaman sendiri, walaupun pemilik berada diluar negara, maka geran tersebut tidak boleh dibuat di mana-mana Jpj. Pemilik perlu balik ke Malaysia dan datang ke Jpj sendiri bagi urusan print geran yang hilang.

2. Kad pengenalan

Kad pengenalan wajib dibawa semasa datang ke JPJ. Tidak kira urusan anda di kaunter JPJ atau pun di kiosk, pihak JPJ memerlukan kad pengenalan bagi setiap apa jua urusan.

3. Cap jari (thumbprint)

Cap jari adalah diperlukan bagi pengesahan setiap dari geran yang hilang diprint baru. Tanpa cap jari pengesahan, maka geran kereta tidak boleh dikeluarkan.

Bagaimana jika cap jari rosak? Perkara ini memerlukan surat pengesahan pihak dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyatakan cap jari anda ada masalah.

Surat tersebut amatlah penting pada situasi ini. Jadi, ambil siap-siap jika anda mempunyai masalah pada cap jari.

Bagaimana sekiranya geran kereta hilang owner meninggal ? Ikuti artikel di bawah.

Contoh geran kereta

contoh geran kereta
Contoh geran kereta

Geran kereta hilang owner meninggal

Geran kereta hilang owner meninggal. Ada beberapa urusan yang memerlukan geran kereta. Waris yang perlu ketahui dimanakah terletaknya maklumat penting owner yang meninggal.

Jika geran kereta didapati hilang mungkin owner atau pemilik simpan di satu tempat yang tidak diketahui waris. Bila nak uruskan perkara seperti tukar nama geran kereta ia menjadi sukar.

Namun, jika owner dah meninggal bagaimanakah nak dapatkan geran kereta yang hilang ?

Apa yang perlu dibuat jika geran kereta hilang dalam masa yang sama owner dah meninggal ?

Perkara ini tentunya anda telah dapat agak, mungkin pada perkongsian pengalaman ini dapat membantu sedikit sebanyak urusan anda mendapatkan geran kereta hilang.

Geran kereta adalah sangat privasi dan ia merupakan maklumat penting tentang pemilikan seseorang terhadap sesebuah kereta.

Dalam geran menyatakan maklumat pemilik serta maklumat kereta tersebut. Jadi, jangan hairan jika geran kereta yang hilang wajib merujuk JPJ negeri anda.

Selain dari JPJ negeri, tiada cara lain untuk anda dapatkan geran kereta yang hilang terutamanya bagi kes pemilik sudah meninggal.

Cara mudah dapatkan geran kereta hilang bagi kes pemilik telah meninggal dunia

  1. Waris hendaklah hadirkan diri ke JPJ negeri terdekat
  2. Dapatkan borang JPJ K7 dan isikan maklumat seperti di bawah.
  3. Geran kereta atau dikenali sebagai Perakuan Pendaftaran Kenderaan.
  4. Isikan maklumat pengakuan pemohon anda sebagai waris.
  5. Pastikan anda membawa kad pengenalan anda.

geran kereta hilang owner meninggal
geran kereta hilang owner meninggal
geran kereta hilang owner meninggal
geran kereta hilang owner meninggal

Dokumen wajib yang diperlukan untuk dapatkan geran kereta baru yang perlu disedikan oleh waris

  • Kad pengenalan waris
  • Surat kematian pemilik meninggal untuk pengesahan

Sekiranya owner masih hidup, tiada menjadi sebarang masalah bagi geran kereta hilang.

Adakah memerlukan laporan polis jika nak buat geran kereta yang baru untuk kes pemilik meninggal ?

Laporan polis tidak perlu dibuat. Pihak JPJ tidak mewajibkan laporan polis kerana hanya waris sahaja diberi kebenaran untuk dapatkan geran kereta yang baru.

Waris terdekat perlu kemukakan beberapa bukti. antaranya adalah sijil nikah jika suami isteri. Jika anak anda boleh kemukakan surat beranak yang bertulis nama pemilik yang meninggal.

Selepas mengisi borang, anda perlu berjumpa dengan Pengarah JPJ Negeri bagi urusan mendapatkan geran hilang owner meninggal ini.

Sebaik sahaja mendapat kebenaran Pengarah JPJ Negeri, geran baru akan dikeluarkan dan urusan tukar nama anda boleh diteruskan.

3 comments

Leave a Reply