Cara dapatkan geran motor aeon

Cara dapatkan geran motor aeon. Bagaimanakah untuk anda sebagai pemilik motor bagi mengambil geran motor terutamanya anda telah selesai pinjaman aeon credit ?

Geran motor aeon adalah sekiranya anda membeli motor menggunakan loan pinjaman dari syarikat aeon credit.

Selama mana ianya mengikut berapa tahun diikat berdasarkan pinjaman yang telah anda persetujui. Jika anda membayar lebih pada setiap bulan, maka makin singkat bulanan bagi bayaran motor anda.

Seterusnya, semakin cepat untuk anda dapatkan geran motor yang original dari pihak aeon. Namun, bila tiba masanya loan aeon anda telah selesai, bagaimanakah cara dapatkan geran motor aeon ini ?

cara dapatkan geran motor aeon
Cara dapatkan geran motor aeon

Cara ambil geran motor aeon credit

Ikuti langkah demi langkah dalam cara ambil geran motor aeon credit anda supaya urusan dari awal hingga selesai dapat dilaksanakan dengan baik :

  1. Buat panggilan kepada syarikat aeon credit berhampiran rumah anda.
  2. Tanyakan kepada staf aeon kredit tersebut berkenaan adakah masih lagi ada baki tertunggak pinjaman motor anda ataupun telah selesai habis dibayar.
  3. Jika sudah selesai habis dibayar, langkah seterusnya adalah anda pergi ke kedai dimana motor anda dibeli duhulu.
  4. Datang bawa kad pengenalan serta salinan geran motor jika ada.
  5. Semasa staf kedai mencari geran motor anda, minta staf tersebut memproses sekali urusan batal hak milik dalam sistem JPJ.
  6. Dapatkan geran motor original.
  7. Tanyakan berapa lama proses batal hak milik itu akan selesai.
  8. Buat follow up kepada pihak JPJ sekiranya pihak kedai motor sudah memaklumkan proses batal hak milik itu telah dibuat.
  9. Jika batal hak milik dah selesai, maka secara penuh motor tersebut adalah milik anda.
  10. Selesai.

Persoalan lain mengenai geran motor aeon

Adakah geran motor boleh diambil di JPJ atas sebab-sebab tertentu

Sebab yang kuat adalah kerana anda telah berpindah dari tempat beli motor dahulu dan berhijrah ke kawasan yang jauh.

Jadi, urusan tidak dapat dibuat di kedai motor tersebut. Maka, ada cara dapatkan geran motor aeon selain menghadirkan diri di kedai motor tersebut.

Iaitu ambil geran motor di JPJ berhampiran rumah anda. Bawakan dokumen yang sama seperti langkah di atas tadi.

Bezanya adalah di JPJ, anda perlu membayar sebanyak RM30 bagi mendapatkan geran motor yang original.

Baca juga : Geran motor hilang


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Cara dapatkan geran motor aeon”

  1. […] Baca juga : Cara dapatkan geran motor aeon […]