Cara ambil geran kereta di bank

cara ambil geran kereta di bank
Cara ambil geran kereta di bank

Cara ambil geran kereta di bank. Sebenarnya tidak susah pun untuk anda mendapatkan geran kereta sebaik sahaja loan atau pinjaman kereta anda sudah selesai.

Ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan dan berikan perhatian dalam cara ambil geran kereta di bank ini.

Kalau dulu geran kereta yang lama perlukan cop bagi pembatalan pada geran tersebut. Namun, sekarang geran kereta baru yang dikenali sebagai VOC ini semakin mudah untuk anda milikinya.

Geran kereta VOC pada zaman sekarang sewaktu anda beli sahaja kereta baru, anda akan mendapat geran salinan VOC itu sendiri.

Ada juga yang mendapat secara terus geran kereta original sebaik sahaja tandatangan perjanjian pembelian bersama pihak bank semasa kereta baru dikeluarkan.

Bagaimana cara ambil geran kereta di bank mengikut langkah demi langkah

  1. Proses mengambil geran kereta perlu anda dahului dengan membuat panggilan terhadap bank dimana pinjaman loan anda dibuat.
  2. Pastikan tiada baki pinjaman dan bayaran telah diselesaikan berdasarkan semakkan pada panggilan tadi.
  3. Ingat semula branch atau cawangan bank yang sama jika anda terlupa.
  4. Rujukan kepada branch bank yang sama adalah penting kerana disitulah geran kereta anda disimpan selagi ianya masih dibawah pinjaman bank.
  5. Hadirkan diri ke bank dimana loan kereta anda suatu ketika dulu ditandatangani.
  6. Rujuk pada bahagian pejabat branch bank tersebut bagi urusan Batal Hak Milik.
  7. Pihak bank akan berurusan dengan pihak JPJ bagi urusan Batal Hak Milik ini.
  8. Dapatkan geran kereta atau VOC yang original.
  9. Selesai.

Cara ambil geran kereta di bank ini adalah khusus untuk semua bank yang membuat loan pinjaman kereta anda. Ianya cara ambil geran kereta di bank yang tidak mengira Maybank, Cimb, Public Bank serta Ambank yang berada di negara kita.

Baca juga : Geran kereta hilang

Cara ambil geran kereta di Maybank

Begitu juga urusan cara ambil geran kereta di Maybank. Urusan ini sebaiknya anda perlu didahului dengan janji temu pada tarikh yang sesuai oleh anda serta pihak bank.

Sebab itu panggilan adalah sangat digalakkan supaya anda tidak membuat kerja 2-3 kali bagi mengenal pasti beberapa perkara seperti di atas.

Wakil ambil geran kereta di Maybank

Bagi anda yang menjadi wakil adalah tidak digalakkan sama sekali. Urusan mengambil geran kereta original adalah sangat penting dan merupakan privasi pemilik itu sendiri.

Kecuali bagi beberapa sebab yang kukuh contohnya wakil ambil geran kereta di Maybank disebabkan urusan pemilik meninggal dunia.

Cara ambil geran kereta di Ambank

Hal ini kerana, tidak semua staf bank di branch tersebut melakukan kerja-kerja pembatalan hak milik ini. Jadi, cara ambil geran kereta di Ambank juga turut sama mempunyai sistem yang sama.

Ada juga kes tidak membuat panggilan dalam cara ambil geran kereta di Ambank ini, tiba-tiba staf memberitahu yang geran kereta anda telah dihantar ke HQ Ambank di Kuala Lumpur.

Ambil geran kereta di Cimb

Jika anda sudah berpindah rumah jauh dari kawasan di mana branch bank anda dahulu. Contohnya dulu duduk di Johor, namun sekarang sudah berpindah ke Melaka.

Adakah anda boleh mengambil geran kereta di Cimb yang terdekat ? Bukankah Satu negara kita di bawah adalah di bawah sama bank iaitu Cimb ?

Ambil geran kereta di Public Bank

Begitu juga ambil geran kereta di Public Bank. Begitu banyak branch Public Bank diserata negara.

Hal ini adalah tidak dibenarkan anda ambil geran kereta di Public Bank terdekat selain Public Bank yang dahulu anda tandatangai perjanjian loan pinjaman kereta.

Adakah ada cara ambil geran di bank yang lain supaya anda tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh ?

Cara ambil geran kereta di aeon credit

Tambahan pula, pilihan lain selain pinjaman bank adalah pinjaman menggunakan aeon credit. Cara ambil geran kereta di aeon credit adalah tidak sama.

Cuba anda ingat semula di mana tempat anda membuat tandatangan perjanjian loan kereta aeon credit ini?

Adakah di kedai beli kereta atau di aeon credit. Jika di kedai kereta menjual kereta secondhand, anda seharusnya rujuk kembali kepada kedai tersebut bagi mendapatkan geran kereta yang original.

Selepas sebaik sahaja pengesahan tamat pembayaran telah dibuat di aeon credit.

Cara ambil geran kereta di JPJ

Merujuk cara ambil geran di bank seperti di atas. Hal ini adalah disebabkan geran kereta original telah diprint serta disimpan di branch bank yang dahulunya anda menandatangai perjanjian loan kereta.

Geran kereta yang original adalah hanya sekali sahaja boleh di print. Jadi, ianya adalah wajib untuk anda mengambil geran kereta original tersebut di tempat yang sama walaupun terdapat banyak branch bank di serata negara.

Jangan risau. Ada cara lain iaitu cara ambil geran kereta JPJ. Anda boleh ke JPJ yang paling berhampiran anda bagi mendapatkan geran kereta yang original sekiranya anda sudah berpindah dari tempat di mana branch bank anda sign agreement kereta tadi.

Apakah cara ambil geran kereta di JPJ sebetulnya ?Ikuti langkah di bawah :

  1. Buat panggilan kepada pihak branch bank anda yang asal.
  2. Beritahu pihak branch bank anda tadi berkenaan keadaan anda yang jauh dan terhad masa untuk hadir ke bank tersebut.
  3. Minta staf branch bank anda untuk membuat pembatalan hak milik ke dalam sistem JPJ.
  4. Hadirkan diri ke JPJ yang berhampiran sebaiknya JPJ negeri bagi memudahkan urusan.
  5. Print geran kereta original di JPJ tersebut.
  6. Buat pembayaran sebanyak RM50.
  7. Selesai.

Dalam cara ambil geran kereta di JPJ, adalah sangat penting untuk anda memaklumkan pihak branch bank supaya melakukan pembatalan hak milik kepada pihak JPJ.

Hal ini supaya, anda tidak lagi berada di bawah pinjaman bank dalam sistem JPJ itu sendiri.

One thought on “Cara ambil geran kereta di bank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: