Kereta belum habis bayar boleh trade in ?

Kereta belum habis bayar boleh trade in. Apakah ada cara nak trade in kereta belum habis bayar sekiranya anda nak membeli kereta baru dan menggantikan kereta lama ?

Kebanyakkkan dari kita yang mempunyai kesempatan lebih serta kewangan lebih akan membeli kereta baru dan dalam masa yang sama nak tolak kereta lama.

Trade in kereta secara asasnya membeli kereta baru, dalam masa yang sama menjual kereta lama.

Bolehkah trade in kereta belum habis bayar dibuat sekiranya anda nak tukar kereta baru ? Apakah ada beza cara nak jual kereta belum habis bayar dengan cara nak trade in kereta belum habis bayar ini ?

Sebenarnya ada perbezaan, tetapi di artikel ini kita lebih tekankan mengenai adakah kereta belum habis bayar boleh trade in ?

Baca juga : Bagaimana nak jual kereta yang belum habis bayar

Boleh ke trade in kereta belum habis bayar ?

Sejak dari dahulu lagi kereta belum habis bayar boleh trade in. Akan tetapi proses untuk anda tolak kereta ini perlulah diimbangi dengan baki pembayaran yang paling kurang separuh dari asal.

Jika nak mudah tahu baki pembayaran loan kereta lama anda adalah menerusi tahun kereta tersebut yang telah anda gunakan itu sudah berapa lama.

Contohnya loan pinjaman kereta anda adalah 9 tahun. Maka, jangka masa bagi trade kereta belum habis bayar sebaiknya adalah bermula pada tahun ke 5 kereta tersebut anda gunakan.

Tetapi sebelum itu, pastikan anda juga tidak mempunyai masalah tungakkan kereta lama tersebut bagi memudahkan urusan trade in kereta dilakukan.

Apa yang akan terjadi sekiranya kereta belum habis bayar boleh trade in dibuat sekiranya baru sahaja anda membeli kereta ?

Maksud mudahnya adalah, anda baru sahaja membeli kereta dengan loan selama 9 tahun. Baru 1 tahun penggunaan kereta tersebut, anda berhasrat ingin trade in kereta belum habis loan.

Tiada sebarang masalah bagi anda untuk trade kereta belum habis bayar pada awal tahun loan anda dibuat.

Namun, perlu diingatkan, ada harga yang perlu anda bayar untuk melalui proses ini. Harga ini adalah termasuk kadar interest yang harus anda selesaikan dengan pihak pinjaman anda terutamanya pihak bank.

Kata mudahnya, bank juga tidak mahu rugi disebabkan anda yang baru sahaja membuat loan pada tahun lepas iaitu jangka masa yang sangat singkat.

Cara nak trade in kereta belum habis bayar

Langkah bagi cara nak trade in kereta belum habis bayar adalah seperti berikut :

  1. Kenal pasti baki loan kereta lama anda dengan merujuk pihak bank atau pinjaman kereta anda.
  2. Proses pengiraan oleh pihak bank dibuat berdasarkan loan kereta baru dan loan kereta baru.
  3. Jika loan lulus, penyerahan kereta lama dibuat dengan membuat thumbprint kepada pihak kedai kereta termasuk pembayaran yang diminta.
  4. Segala perkara trade in akan diuruskan pihak kedai kereta baru anda.
  5. Kereta baru siap didaftar di atas nama anda.
  6. Selesai cara nak trade in kereta belum habis bayar anda.

Contohnya, anda nak trade in kereta perodua belum habis bayar, namun, anda membeli kereta baru iaitu proton.

Segala proses trade in ini akan diuruskan oleh pihak penjualan pihak proton iaitu kereta baru anda tadi.

Boleh ke trade in kereta yang belum habis bayar sekiranya anda hampir habis membayar kereta lama ?

Untuk situasi ini, anda sudah hampir habis membayar pinjaman loan bank kereta lama anda. Contohnya, 8 tahun sudah membayar kereta lama anda dengan loan kereta 9 tahun iaitu berbaki hanya 1 tahun sahaja baki loan kereta.

Situasi anda ini adalah sesuai untuk kereta belum habis bayar boleh trade in ini. Ditambah pula jika kereta lama anda masih mempunyai harga market yang tinggi.

Ini bermakna penjualan kereta lama tersebut akan memberikan cash back. Cash back ini akan dimasukkan ke dalam deposit kereta baru anda.

Jadi, kelebihan anda membeli kereta baru sudah pasti memberikan penjimatan dengan pengurangan kadar loan bank kereta baru anda.

kereta belum habis bayar boleh trade in
Kereta belum habis bayar boleh trade in

One thought on “Kereta belum habis bayar boleh trade in ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: