Tukar nama kereta masih ada loan

Tukar nama kereta masih ada loan. Jika anda berhasrat ingin menukar nama kereta kepada orang lain, tetapi kereta itu masih lagi berada dibawah loan bank atau selainnya.

Bagaimanakah caranya untuk anda nak tukar nama kereta tetapi masih dalam loan dengan bank? Adakah ia dibolehkan atau tidak boleh sama sekali berbuat demikian?

Kita mungkin berniat mengelakkan kereta tersebut dari tidak dibayar bulanannya atau monthly installment.

Daripada ianya tidak dibayar, lebih baik kita serahkan kereta tersebut kepada orang yang nak bayar bulanan kereta tersebut dalam masa yang masa tukar nama secara sah.

Adakah dibolehkan tukar nama kereta yang masih ada loan ?

Terdapat 2 jawapan yang mungkin memberikan anda jalan keluar dari situasi ini. Kita faham tidak mungkin untuk kita nak bayar bulanan kereta tersebut sehingga habis.

1. Boleh tukar nama pemilik kereta mempunyai baki loan

Teruskan pembacaan anda. Di sini, ada satu situasi dimana ada dibolehkan untuk membuat tukar nama kepada orang lain yang bersetuju meneruskan bayaran loan kereta anda tersebut.

Dengan cara membuat trade-in. Trade in adalah suatu sistem dimana, anda menjual kereta yang lama, dalam masa yang sama membeli kereta yang baru.

Maksud di sini adalah, pihak bank membenarkan cara ini dengan melihat pada baki loan anda itu mengikut pasaran harga semasa atau tidak.

Jika tidak mengikut harga pasaran tahunan, anda perlu membuat tambahan sedikit, barulah kereta tersebut boleh di trade in.

tukar nama kereta masih dalam loan

Manakala, jika anda terlebih bayar, maka, anda akan mendapat sedikit deposit atau duit lebihan. Selalanya deposit tersebut akan digunakan kepada deposit pada kereta baru.

Di atas ini merupakan contoh anda untuk mudah difahami, bila anda nak trade in kereta, caranya sangatlah mudah. Anda boleh serahkan kepada sales person kereta baru anda menguruskannya.

Kesimpulannya, anda sudah tidak perlu membayar lagi kereta lama, dalam masa yang sama anda perlu membuat bayaran loan baru serta mendapat kereta baru.

2. Tidak boleh tukar pemilik kereta mempunyai loan bank

Situasi kedua ini adalah jawapan kepada tidak dibolehkan untuk anda menukar nama pemilikan kereta kepada orang lain kerana ianya masih dalam loan nama anda.

Adalah tidak boleh sesuka hati untuk membuat tukar nama ini. Sistem di JPJ akan mengesan bahawa kereta ini adalah masih di bawah pembiayaan bank.

Maka, anda wajib merujuk bank dimana anda membuat loan tersebut.

3. Cara lain tukar nama kereta masih dalam pinjaman bank

Cara ini mungkin ada persamaan sedikit dengan cara nombor 1 di atas.

Pemilik baru perlulah membuat submit loan yang baru terhadap kereta yang sama. Ini bermakna, penama loan yang baru akan didaftarkan dan akan meneruskan loan yang baru.

Jangan salah faham, ia bukan menyelesaikan baki loan pemilik lama, ia sekadar membuat loan yang baru. Ini bermaksud, harga interest yang baru akan dikenakan kepada pemilik baru.

Maka, bayaran bulanan akan turut berbeza berbanding loan pemilik yang sebelumnya.

Di sini, pemilik lama akan ditukarkan kepada pemilik baru berdasarkan syarat dan terma loan yang baru. Oleh itu, pemilik lama telah terlepas dari membayar bulanan kereta tersebut dalam masa yang sama tidak memiliki kereta itu.

Ia adalah tidak sama seperti menjual. Jika menjual, maka anda mendapat duit dari penjualan kereta tersebut.

Jika guna cara ini, anda hanya akan terlepas dari bebanan bayaran bulanan, malah tiada sebarang duit anda akan dapat.

Ada ke cara nak tukar nama kereta yang belum habis bayar ?

Sebenarnya tidak kiralah anda masih mempunyai loan bank atau loan kedai, ia tetap tiada cara nak tukar nama kereta yang belum habis bayar.

Selagi mana anda terikat dengan syarikat pinjaman ini, proses tukar nama kereta anda akan terganggu kerana syarikat pinjaman mempunyai ikatan dengan pihak JPJ itu sendiri.

Jadi, cara nak tukar nama kereta yang belum habis bayar perlulah anda selesaikan baki tungakkan pinjaman tersebut terlebih dahulu.

Kemudian, barulah proses tukar nama kereta dapat anda jalankan dengan baik dan lancar.

Bagaimana nak jual kereta yang belum habis bayar ?

Lain pula bagi kes cara nak jual kereta belum habis bayar. Sekiranya anda berhasrat ini menjual kereta tersebut bagi sebab nak trade in ataupun cuma nak jual, ianya adalah dibolehkan.

Cara nak jual kereta yang belum habis bayar adalah lebih mudah. Hal ini kerana, anda perlu melalui beberapa proses.

Tetapi sebelum itu, anda haruslah tahu tempat terlebih dahulu untuk permulaan anda dalam cara nak jual kereta belum habis bayar tersebut.

Kenal pasti kedai yang menjual kereta secara secondhand di kawasan anda. Baru-baru ini, ahli keluarga aku pernah cuba cara nak jual kereta yang belum habis bayar ini sendiri.

Bagaimana nak jual kereta yang belum habis bayar seterusnya ? Selepas anda kenalpasti tempat kedai kereta secondhand, cuba bawa kereta tersebut dan terus bertanyakan untuk jual kereta tersebut.

Kereta tersebut sebaiknya hendaklah melepasi tahun ke 5 sebaik sahaja anda membelinya. Hal ini kerana, segala interest pinjaman anda kepada bank telah pun diimbang.

Pihak kedai kereta secondhand tersebut melakukan beberapa semakkan terhadap kereta dari segi luaran, tayar serta bahagian dalam bonet hadapan. Dan dalam masa yang sama cuba memandu uji kereta tersebut.

Setelah berpuashati, pihak kedai kereta tersebut meletakkan harga dan mengenakan cas sebanyak RM2,500 bagi segala kos untuk jual kereta tersebut kepada mereka yang memandangkan masih berbaki lagi loan kereta.

Proses cara nak jual kereta yang belum habis bayar diselesaikan dengan tukar nama kereta melalui penyerahan kunci kereta serta membuat thumbprint tukar nama.

Baca juga : Kereta belum habis bayar boleh trade in

One comment

Leave a Reply