Senarai harga windscreen kenderaan di Malaysia

Senarai harga windscreen kenderaan di Malaysia. Di artikel ini kita dapat mengetahui harga cermin kereta yang sesuai mengikut kereta yang anda miliki atau gunakan.

Harga windscreen adalah sama dengan harga cermin kereta. Namun ia adalah fokus kepada cermin kereta depan.

Windscreen kereta mempunyai 2 layer. Tiada lagi istilah windscreen kereta itu hanya 1 layer. Kebanyakkan dari kereta akan mempunyai ketebalan cermin kereta depan yang tebal.

Ia berfungsi menahan rintangan angin, hujan dalam masa yang sama dapat menghadapi objek keras yang kecil seperti batu-batuan, kayu serta banyak lagi.

Ianya adalah terhad kepada kadar kelajuan kereta anda semasa pelanggaran objek tersebut terjadi. Malah, berat objek turut memainkan peranannya.

Serta permukaan objek yang tajam atau tumpul semasa pelanggaran pada windscreen kereta itu dialami.

Namun, bukan itu yang kita nak bincangkan disini. Fokus kita adalah lebih kepada harga windscreen sesebuah kereta itu sendiri sekiranya dah terjadi cermin kereta pecah.

Harga windscreen mengikut kereta

1. Harga windscreen Axia

Terdapat dua model yang berbeza bagi harga windscreen axia. Ianya terbahagi kepada windscreen axia lama dan windscreen axia baru (d74a).

Harga windscreen axia lama atau gen 1 adalah berjumlah sekitar RM500 hingga RM600. Manakala, harga windscreen axia baru pula sekitar RM600 hingga RM800 sahaja.

2. Harga windscreen Myvi

Harga windscreen Myvi untuk model lama adalah jauh lebih murah kerana telah banyak keluaran cermin kereta bagi kereta Myvi ini di pasaran negara kita. Untuk harga windscreen Myvi ini bermula dengan RM500 hinggalah mencapai RM600.

Harga windscreen Myvi 2018 merupakan dari model kereta myvi baru. Namun, untuk model myvi baru juga telah lama ianya dilancarkan serta telah ramai orang membeli. Harga windscreen Myvi 2018 adalah dalam anggaran RM1000 hingga RM1300 jika ianya disertakan sensor.

3. Harga windscreen Bezza

Kepada anda pemilik kereta Bezza yang nak tukar cermin kereta perlu membayar bayar harga windscreen Bezza ini bermula dari RM600 hingga RM800.

Harga windscreen Bezza tidaklah terlalu mahal kerana cermin kereta itu agak lebar sedikit sesuai dengan harganya termasuk upah.

4. Harga windscreen Alza

Selain itu, harga windscreen Alza boleh anda dapati terlebih dahulu sebelum membuat penukar cermin kereta yang baru.

Harga windscreen Alza adalah dalam lingkungan RM800 hingga RM1000 sahaja.

5. Harga windscreen Ativa

Kereta suv bersaiz kecil iaitu perodua ativa menggunakan windscreen yang sederhana besar.

Harga windscreen ativa adalah berjumlah dari RM1000 hingga RM1200 sahaja.

6. Harga windscreen Exora

Tambahan pula, harga windscreen Exora sejak awalnya adalah mahal kerana saiznya yang lebar dan agak panjang.

Namun, dari tahun ke tahun harga windscreen Exora telah menjadi agak murah dan berjumlah kadar RM800 hingga RM1000 sahaja.

7. Harga windscreen Saga

Kereta proton saga yang ada di pasaran mempunyai berbeza-beza saiz mengikut model seperti saga lmst, saga blm, saga fl, saga flx, dan saga vvt.

Harga windscreen saga adalah bermula dari RM350 hingga RM800 mengikut model kereta yang digunakan.

8. Harga windscreen Iriz

Bagi anda yang memiliki kereta Proton Iriz, harga windscreen Iriz dari model dulu hingga sekarang adalah sama saiznya.

Harga windscreen Iriz adalah berjumlah sebanyak RM700 hingga RM800 sahaja siap sekali dengan upah.

9. Harga windscreen Persona

Proton persona setakat ini mempunyai dua versi atau model iaitu proton persona lama dan juga proton persona yang baru dimana keduanya memiliki saiz windscreen yang berlainan.

Harga windscreen persona lama adalah sekitar RM500 hingga RM700. Manakala, harga windscreen persona baru pula adalah bermula dari RM600 hingga RM1000.

10. Harga windscreen S70

Antara model terkini dari proton iaitu proton s70 menggunakan teknologi terkini pada windscreen kereta s70.

Harga windscreen s70 adalah berjumlah dari RM1500 hingga RM2000 sahaja.

11. Harga windscreen X50

Manakala, untuk proton x50 pula adalah sebuah suv yang menggunakan saiz windscreen yang agak besar dan lebar.

Harga windscreen x50 adalah bermula dari RM1500 hingga RM2000.

12. Harga windscreen x70

Para pemilik kereta proton x70 terutamanya perlu mengetahui harga windscreen x70 yang berada di pasaran.

Proton x70 windscreen price ini perlulah dirujuk secara purata sebelum anda pergi untuk menukar cermin kereta x70 yang baru di kedai cermin kereta.

13. Harga windscreen X90

Kereta proton x90 adalah antara model SUV yang paling besar diperkenalkan oleh pihak proton.

Harga windscreen x90 adalah bermula dari RM2000 hingga RM3000 sahaja.

14. Harga windscreen Vios

Harga windscreen toyota Vios agak berbeza sedikit dibandingkan dengan harga windscreen kereta tempatan di atas.

Oleh itu, harga windscreen Vios boleh dibuat pada pusat servis yang boleh tukar cermin kereta. Pastikan anda bertanya terlebih dahulu pusat servis centre toyota.

Ada pusat servis toyota tidak menyediakan tukar cermin kereta. Sekiranya tiada, anda boleh dapatkan harga windscreen Vios di kedai cermin kereta berdaftar berhampiran rumah anda.

Harga windscreen Vios adalah bermula dari RM1300 hinggalah RM1500 sahaja.

15. Harga windscreen Toyota Corolla / Corolla Altis (sedan)

Toyota corolla altis dahulunya yang kini telah dijenamakan semula menjadi toyota corolla versi sedan.

Harga windscreen toyota corolla ini adalah berjumlah RM2000 hingga RM2500 sahaja.

16. Harga windscreen toyota Corolla Cross

Berbeza pula untuk toyota corolla cross, ianya merupakan sebuah kereta suv yang makin diminati ramai.

Harga windscreen toyota corolla cross adalah bermula dari RM2200 hingga RM2700 sahaja.

17. Harga windscreen toyota Hilux

Kereta pacuan toyota hilux sememangnya ramai penggunanya di atas jalan raya negara kita.

Harga windscreen toyota hilux adalah bermula dari RM2500 hingga RM3000 sahaja.

18. Harga windscreen toyota Alphard

Kereta mpv besar iaitu toyota alphard kini sudah ramai yang memiliki kereta ini bagi urusan harian hingga perjalanan yang jauh.

Harga windscreen toyota alphard adalah berjumlah RM3000 hingga RM3500.

19. Harga windscreen toyota Vellfire

Begitu juga dengan kereta toyota vellfire yang sejak dari dahulu dipilih sebagai sebuah kereta yang selesa dan mewah.

Harga windscreen toyota vellfire ini juga bermula dari RM3000 hingga RM3500.

20. Harga windscreen Honda Jazz

Honda Jazz adalah sebuah kereta yang kecil dan selesa digunakan di atas jalan raya.

Jika windscreen honda jazz pecah, menggantikan yang baru merupakan jalan terbaik.

Harga windscreen honda jazz adalah sekitar RM1200 hingga RM1500 sahaja.

21. Harga windscreen Honda City

Bagi anda yang memiliki sebuah honda city sama adalah model gm2.gm6, mahupun gn2, windscreen yang digunakan adalah sedikit berbeza antara satu dengan lain.

Harga windscreen honda city antara model adalah tidak jauh yang bermula dari RM1300 hingga RM1800 sahaja.

22. Harga windscreen Honda Civic

Sebuah sedan segmen c iaitu honda civic mempunyai beberapa model dan bergenerasi di negara kita.

Harga windscreen honda civic ini tidak sama mengikut generasi dan anggarannya adalah bermula dari RM2000 hingga RM2500 untuk model terkini dan RM800 hingga RM1000 bagi model sedikit lama.

23. Harga windscreen Honda Wrv

Pelancaran honda wrb memenuhi permintaan sebuah suv yang kecil namun mempunyai grounding yang tinggi.

Harga windscreen honda wrv ini adalah bermula dari RM1300 hingga RM1600 sahaja.

24. Harga windscreen Honda Brv

Honda brv yang kini ramai gunakan sejak dari ianya dilancarkan dan pengeluarannya telah pun dihentikan.

Harga windscreen honda brv adalah sekitar RM1200 hingga RM1500 sahaja.

25. Harga windscreen Honda HRV

Honda hrv sekarang terbahagi kepada dua generasi iaitu honda hrv 1.8 dan honda hrv 1.5 .

Harga windscreen honda hrv bagi 1.8 atau model yang lama bermula dari RM1500 hingga RM1800.

Manakala, harga windscreen honda hrv 1.5 atau model terkini pula bermula sekitar RM2000 hingga RM2300 sahaja.

26. Harga windscreen Honda CRV

Manakala, untuk keluaran honda crv juga mengikut model dan generasinya bila ianya dilancarkan.

Anggaran harga windscreen honda crv adalah bermula dari RM2000 hingga RM3000 sahaja.

Kesimpulan

Kesimpulannya, senarai harga windscreen kenderaan di Malaysia perlu anda ketahui sebelum anda merujuk kedai cermin kereta bagi mengelakkan anda ditipu.

senarai harga windscreen kenderaan di malaysia
Harga windscreen


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Senarai harga windscreen kenderaan di Malaysia”

  1. […] Harga cermin depan kereta atau harga windscreen […]

  2. […] harga windscreen dengan mengetahui kadar yang sebetulnya bagi mengelakkan anda mengeluarkan duit terlalu […]

Leave a Reply