Proton x70 windscreen price

Proton x70 windscreen price. Berapakah nilai bagi setiap kali anda hendak tukar cermin depan kereta yang baru untuk kereta proton X70 ?

Penggunaan windscreen atau cermin kereta hadapan adalah bertujuan bagi menahan rintangan yang datang dari arah depan.

Rintangan pada windscreen seperti angin memberikan pemanduan anda berjalan semakin baik lebih-lebih lagi ketika pada kelajuan yang tinggi.

Namun, windscreen juga tidak terlepas dari terkena dari sebarang batu-batuan serta halangan yang tidak dapat dijangka ketika anda parking kereta mahupun semasa memandu.

Hal ini menyebabkan, cermin kereta depan anda perlu ditukar kepada yang baru bagi mengelakkan dari ianya mengganggu pandangan dari arah hadapan.

Dapatkan harga windscreen dengan mengetahui kadar yang sebetulnya bagi mengelakkan anda mengeluarkan duit terlalu banyak.

Apakah sebab boleh berlaku windscreen kereta retak dan pecah ?

Sebab boleh berlaku windscreen retak atau pecah ini ada beberapa perkara kejadian contoh seperti berikut :

  1. Parking kereta di bawah pokok yang mempunyai ranting kering atau yang mempunyai buah seperti buah kelapa.
  2. Semasa memandu terkena batuan kecil yang datang dari arah kenderaan hadapan yang singgah ke cermin depan kereta.
  3. Batu-batuan yang datang dari aktiviti mesin rumput di tepi jalan.

Banyak lagi kes yang boleh mengakibatkan windscreen kereta anda retak atau pecah. Ianya tidak boleh anda ketahui dan apa yang boleh anda lakukan hanyalah mengambil langkah berjaga-jaga.

Tempat untuk tukar cermin kereta Proton x70

Ada orang tidak begitu pasti dimana nak rujuk sekiranya windscreen proton x70 anda pecah.

Antara tempat yang boleh anda rujuk untuk menukar cermin kereta proton x70 yang baru adalah :

  1. Pusat servis center proton
  2. Kedai cermin kereta specialist
  3. Kedai halfcut menjual barangan terpakai

Untuk anda yang ingin mendapatkan cermin kereta windscreen secara halfcut, ianya agak susah untuk mendapatkannya kerana model kereta proton x70 adalah terlalu baru di pasaran.

Namun, ianya masih boleh dicuba untuk mendapatkan harga windscreen x70 yang lebih murah dan berbaloi.

Berapakah Proton X70 windscreen price jika membayar secara tunai ?

Harga cermin X70 terutamanya harga windscreen X70 adalah berjumlah sebanyak RM2000 sahaja.

Proton X70 windscreen price ini adalah dalam lingkungan tersebut termasuk dengan kadar upah memasang windscreen proton x70.

Jumlah ini boleh anda sediakan secara tunai sebaik sahaja cermin kereta proton x70 anda sudah siap dipasang.

Kebanyakkannya sekiranya anda menggunakan tunai, deposit perlu diberi dari awal untuk pihak kedai cermin kereta membuat order cermin kereta x70 anda.

Bagaimana ingin menggunakan claim insurans cermin kereta X70 ?

Insurans cermin kereta merupakan satu alternatif selain dari anda menggunakan duit secara tunai.

Ianya sangat membantu untuk anda yang mengalami masalah cermin kereta pecah tanpa perlu mengeluarkan wang tunai dari poket anda.

Namun, pembelian insurans cermin kereta seharusnya dibeli semasa anda menghidupkan insurans kereta atau boleh ditambah ketika cermin kereta anda belum berlaku pecah atau retak.

Bagi anda yang ingin menggunakan claim insurans cermin kereta proton x70, rujuk cara di bawah :

  1. Datang atau telefon tempat untuk anda tukar cermin kereta seperti pusat servis proton atau kedai cermin kereta.
  2. Tanya berkenaan adakah boleh untuk menguruskan tukar cermin kereta menggunakan insurans cermin.
  3. Jika boleh, maka anda boleh datang untuk tukar cermin kereta x70 dan berikan dokumen kepada pihak pusat servis atau kedai cermin kereta yang dikehendaki.
  4. Pihak kedai cermin kereta sendiri akan membuat claim kepada syarikat insurans yang anda gunakan.
  5. Selesai.

Berapa lamakah proses untuk tukar cermin kereta Proton X70 yang baru ?

Setiap tempat untuk anda tukar cermin kereta tidak akan menyimpan stok cermin kereta lebih-lebih lagi cermin kereta proton x70.

Urusan tukar cermin kereta perlu anda mulakan dengan membuat panggilan di tempat yang ingin anda tukar cermin kereta.

Buat booking cermin kereta proton x70 dan tunggu sehingga cermin tersebut sampai.

Bawa kereta proton x70 anda ke kedai cermin kereta tersebut untuk urusan tukar cermin kereta yang mengambil masa selama 1 jam hingga 2 jam sahaja.

Proton x70 windscreen price

Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Proton x70 windscreen price”

  1. […] Proton x70 windscreen price ini perlulah dirujuk secara purata sebelum anda pergi untuk menukar cermin kereta x70 yang baru di kedai cermin kereta. […]

Leave a Reply