Tempoh hayat bateri kering kereta

Tempoh hayat bateri kering kereta. Apakah tempoh bagi jangka hayat bateri kereta terutamanya untuk bateri kering sesebuah kereta yang anda gunakan seharian, mingguan atau jarang anda gunakan ?

Ada beberapa situasi yang aku nak sampaikan mengenai jangka hayat bateri kereta sel kering yang sedang anda gunakan.

Atau sekiranya anda sedang nak konsider atau nak cuba bateri kereta kering boleh ikut di artikel ini. Apakah tempoh hayat bateri kering kereta ini mengikut kehendak yang anda perlukan ?

Apa yang penting adalah pastinya anda ingin mendengarkan perkara yang bagus disebalik pilihan anda tentang bateri kereta kering ini.

Tempoh hayat bateri kering kereta

Ada tiga situasi bagi anda buat rujukan bergantung kepada cara anda gunakan bateri kereta anda yang akan memberi kesan tempoh hayat bateri kering kereta anda iaitu :

1. Kereta untuk kegunaan harian

Bateri kereta untuk kegunaan harian adalah dari kesan kereta anda gunakan hari-hari tidak kisah walau ke manapun anda pergi.

Contohnya, anda gunakan kereta untuk ke tempat kerja dan balik kerja. Manakala, ada juga gunakan kereta sebagai runner ke sana ke sini semasa waktu bekerja.

Jangka hayat bateri kereta kering yang boleh yakin kegunaan untuk situasi ini adalah secara maximum iaitu selama 2 tahun hingga 3 tahun.

Hal ini kerana, penggunaan bateri kereta dari segi elektrik mengalir dengan baik kerana ianya tidak habis digunakan sia-sia tanpa digunakan.

2. Kegunaan bateri kereta secara mingguan

Jika anda hanya menggunakan kereta anda secara mingguan seperti weekend drive ada kemungkinan jangka hayat bateri sel kering kereta anda ada sedikit kesan.

Kesannya bergantung kepada sepanjang minggu tersebut adakah anda masih start enjin kereta untuk dipanaskan atau hanya dibiarkan.

Bila nak gunakan kereta pada hujung minggu baru anda start dan menggunakan bateri kereta sepenuhnya pada hujung minggu sahaja.

Justeru, bagi perkara ini akan menyebabkan hayat bateri kering kereta akan sedikit terjejas dari segi tempoh kepada setahun setengah sehingga 2 tahun.

tempoh hayat bateri kering kereta
Jangka hayat bateri kereta kering

3. Kegunaan bateri kereta mengikut kekerapan penggunaan yang sangat jarang

Bagi situasi ini pula, penggunaan kereta yang sangat jarang tentu sekali memberi kesan kepada fungsi bateri kereta turut berkurangan.

Kereta yang sentiasa parking di rumah dan dibiarkan tanpa start dan bawa ianya berjalan. Sehingga melebihi 6 bulan boleh menyebabkan bateri kereta sangat cepat rosak mahupun habis.

Jangka hayat bateri kering kereta menjadi cepat lemah dan habis oleh kerana cas elektrik tersebut tidak digunapakai walaupun bateri baru dipasang.

Cara bagi memanjangkan tempoh hayat bateri kering kereta

Jangka hayat bateri kereta kering lebih rendah dibandingkan bateri basah. Namun, sekiranya anda mengambil berat tentang cara menjaga hayat bateri kering kereta, ianya boleh memanjangkan jangka hayat bateri kereta sel kering.

Hal ini demikian , adalah dengan cara :

  1. Sentiasa memanaskan enjin kereta 2 hari sekali atau seminggu 2 kali paling kurang.
  2. Menjaga servis minyak hitam kereta bagi setiap 6 bulan(diutamakan) atau 10,000km sekali.
  3. Membuat check hayat bateri kering kereta di kedai bateri kereta untuk mengetahui baki cas elektrik yang tinggal.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Tempoh hayat bateri kering kereta”

  1. […] anda menggunakan bateri kereta jenis dry (kering), kadar jangka hayat bateri kereta kering adalah selama satu tahun setengah (1 1/2 tahun) tidak kira berapa besar saiz bateri yang digunakan […]

Leave a Reply