Jangka hayat bateri kereta berapa lama ?

Jangka hayat bateri kereta. Mari kita lihat melalui beberapa aspek yang menjadi penyebab bateri kereta tahan lama. Semakin banyak aspek kita tahu, semakin lama untuk faktor bateri kereta kong.

Jangka hayat bateri kereta

Bagi yang belum berpengalaman dan baru saja memiliki kereta, semestinya anda tertanya-tanya berapa lama jangka hayat bateri kereta sebenarnya ? Adakah hayat bateri kereta ini boleh digunakan selama mungkin yang boleh?

Adakah 1 tahun? 2 tahun? Adakah sehingga boleh mencecah 5 tahun?

Bateri kereta merupakan alat “wear and tear” yang dalam bahasa mudahnya bermaksud pakai dan buang.

Jangka hayat bateri kereta boleh ditentutkan dengan cara berikut :

1. Jenis bateri dry atau wet mengikut jangka hayat bateri kereta

Jika anda menggunakan bateri kereta jenis dry (kering), kadar jangka hayat bateri kereta kering adalah selama satu tahun setengah (1 1/2 tahun) tidak kira berapa besar saiz bateri yang digunakan sama ada 40L mahupun 60L.

Manakala, jika anda menggunakan bateri jenis wet (basah) , akan lebih berkemungkinan tahan dalam masa 2 tahun hingga 2 tahun setengah. Namun, ia mengikut kepada cara penjagaan bateri tersebut dengan selalu check kadar air dalam bateri.

Jangka hayat bateri kereta
Jangka hayat bateri kereta

Baca juga : Jangka hayat bateri kereta basah

2. Kadar penggunaan kereta

Faktor ini juga mempengaruhi sesebuah bateri kereta boleh tahan berapa lama. Semakin kerap anda menggunakan kereta, semakin panjang hayat bateri. Ini merupakan pandangan dan pengalaman sendiri.

Namun, anda boleh mencubanya. Manakala, jika kereta sering tidak digunakan (parking) berserta tidak di panaskan enjin setiap hari, ia akan menjadi semakin cepat lemah.

Anggaran hayat bateri kereta untuk kes ini adalah berkemungkinan di bawah 2 tahun hingga 1 tahun penggunaan sahaja.

3. Penjagaan maintenance mengikut waktu yang betul

Para mekanik berpendapat, jika anda tidak membuat maintenance pada kereta tepat pada waktunya, menjadi salah satu faktor berapa lama bateri kereta tahan.

Bateri kereta akan cepat terhabis jika anda tidak begitu menitik beratkan hal berkenaan dalaman kereta terutamanya bahagian enjin kereta.

Ini bermakna, penggunaan elektrik pada bateri akan digunakan sepenuhnya jika kereta dalam keadaan tidak bagus dari segi penjagaan minyak hitam.

Tempoh hayat bateri kering kereta ataupun basah bukan sahaja berdasarkan pada itu, ia bergantung juga kepada faktor-faktor lain.

Cara berhemah memilih bateri kereta yang bagus dan tahan lama

Pilih bateri kereta yang mempunyai warrantly. Kebanyakkan warrantly akan diberi untuk 1 tahun. Namun, perlu diingat,warrantly antara faktor bateri cepat lemah boleh ditukar kepada baru.

Ia juga boleh di claim jika berlaku kesan-kesan bateri kembung mahupun terjadi litar pintas. Namun, ianya bukanlah mudah.

Pelbagai proses perlu anda lalui bagi membuat claim warrantly ini. Memang betul faktor ketahanan bateri kereta menjadi persoalan, namun jika nasib kurang baik, ia bukan disebabkan bateri itu sendiri. Malah berbalik semula kepada faktor kereta anda sendiri.

Jangka hayat bateri kereta mengikut jenama bateri

1. Jangka hayat bateri kereta Amaron

Jenama Amaron dikira meningkat naik popular di negara kita. Dengan kelebihan warrantly 1 tahun setengah membezakan servis yang diberikan dengan jenama bateri kereta lain.

Namun, adakah jangka hayat bateri kereta Amaron ini sejajar dengan kelebihan warrantly yang diberikan? Berdasarkan perkongsian rakan aku kongsikan penggunaan bateri kereta Amaron boleh bertahan sehingga 2 tahun setengah hingga 3 tahun.

Ianya merupakan jangka hayat yang agak panjang dan sesuai digunakan kepada kereta heavy duty.

2. Jangka hayat bateri kereta Century

Siapa saja tidak mengenal jenama bateri Century ini? Jenama Century ini sangat terkenal di negara kita. Boleh dikatakan disetiap kedai bateri kereta mempunyai bateri kereta Century ini.

Jenama bateri kereta Century ini aku sendiri berpengalaman menggunakannya hampir 4 tahun dengan 2 kali tukar bateri kereta.

Jangka hayat bateri kereta Century ini boleh dikatakan standard dengan anggaran 2 tahun hingga 2 tahun setengah penggunaan.

Masuk saja tahun ke 2, aku sudah standby untuk tukar kepada bateri Century yang baru. Walaupun warrantly hanya 1 tahun, tetapi 2 tahun penggunaan memang tiada memberi sebarang masalah kepada kereta yang aku gunakan.

jangka hayat bateri kereta century
Jangka hayat bateri kereta century

Jangka hayat bateri kereta mengikut jenis kereta

1. Jangka hayat bateri kereta Axia

Jika memiliki kereta jenama perodua Axia pasti anda sedang atau telah menghadapi masalah bateri kong pada jangka hayat bateri kereta axia yang boleh dijangka.

Sudah tentu jangka hayat bateri kereta axia adalah lebih kurang 2 tahun hingga 3 tahun bergantung kepada jenis bateri yang digunakan sama ada basah atau kering.

2. Jangka hayat bateri kereta Myvi

Jangka hayat bateri kereta Myvi adalah lebih kurang sama dengan jenama kereta di atas. Saiz bateri yang digunakan kereta myvi iaitu NS40ZL memberikan ketahanan yang agak lama walaupun ianya bersaiz kecil.

Namun, tentunya jangka hayat bateri kereta myvi akan berkurang sekiranya adalah tidak menggunakan bateri tersebut secara sepenuhnya.

3. Jangka hayat bateri kereta Honda City

Walaupun kereta Honda City berenjinkan 1.5cc, namun jangka hayat bateri kereta honda city ini boleh anda tetapkan di bawah 2 tahun setengah.

Bila sudah mencapai 2 tahun, anda sudah boleh siapkan budget bagi mengeluarkan wang untuk tukar bateri kereta yang baru.

4. Jangka hayat bateri kereta Persona

Terdapat dua jenis keluaran model proton Persona yang lama dan juga terbaru. Namun, keduanya menggunakan saiz bateri kereta yang sama.

Perbezaannya adalah model lama kurang penggunaan teknologi elektroniknya dibandingkan model terbaru.

Jadi, jangka hayat bateri kereta persona ini memberi kesan sekiranya maintainence dibuat secara baik dan berjadual.

5. Jangka hayat bateri kereta Hybrid

Sesebuah kereta Hybrid tentunya memerlukan sebuah bateri kereta biasa sebagai sokongan. Kereta hybrid hanyalah membantu dalam penjimatan minyak serta mengurangkan pencemaran pada udara.

Jangka hayat bateri kereta hybrid sama sahaja tempoh waktunya. Bila tiba waktu ianya tamat, anda perlu tukar bateri kereta ini sama seperti kereta biasa yang lain yang menggunakan petrol.

Jadi, jangka hayat bateri kereta hybrid ini mampu bertahan di bawah 3 tahun paling maximum ianya digunakan.

6. Jangka hayat bateri kereta Aruz

Jangka hayat bateri kereta Aruz boleh memberi perbezaan mengikut cara penggunaan pemiliknya. Turut membantu dalam panjangnya jangka hayat bateri kereta Aruz adalah kualiti bateri kereta yang dipercayai ramai.

Namun, anda tidak boleh anggap jangka hayat bateri kereta Aruz ini boleh tahan sehingga 3 tahun dan ke atas. Setiap kereta pasti mempunyai had jangka masanya ia akan tamat.

Kesimpulannya, bagi menjawab berapa lama bateri kereta boleh bertahan ia adalah bergantung kepada faktor yang telah dihuraikan di atas.

7. Jangka hayat bateri kereta bezza

Siapa yang tidak kenal lagi kereta antara pilihan yang bagus terutama kepada keluarga yang kecil ini iaitu kereta perodua bezza.

Kelebihan pada keluasan bonet belakangnya antara pilihan utama mengapa kereta bezza ini patut dimiliki. Malah, bukan sekadar itu, penjimatan minyaknya yang sangat memberansangkan anda sebagai pemilik.

Namun, bagaimana pula dengan jangka hayat bateri kereta bezza ini ? Adakah turut memberi respon yang baik kepada setiap pemiliknya ?

Sangat memuaskan. Jangka hayat bateri kereta bezza boleh bertahan hingga 3 tahun sekiranya anda menggunakannya secara baik.

Dengan baik bermaksud tidak mengerah terlalu kuat penggunaannya dengan tidak mengubahsuai dari aspek wiring dengan membuat penambahan pelbagai aksesori yang berkait rapat dengan penggunaan bateri kereta.

Bila perlu tukar bateri kereta

Waktu yang sesuai bila perlu tukar bateri kereta anda perlu ketahui mempunyai 2 cara yang terdiri daripada :

1. Tukar bateri kereta sebelum bateri kereta kong atau habis

Terdapat tanda-tanda kecil bila perlu tukar bateri kereta yang boleh anda kenal pasti. Antaranya adalah :

  • Susah nak start enjin kereta di pagi hari.
  • Lambang bateri kereta menyala seketika sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan.
  • Tempoh penggunaan bateri kereta sudah melepasi 2 tahun hingga 2 tahun setengah.

Jika anda telah kenal pasti perkara-perkara di atas, anda boleh tukar bateri kereta yang baru sebelum ianya tidak boleh digunakan lagi.

Ini adalah langkah terbaik lebih-lebih lagi anda menggunakan kereta jenis auto. Bila perlu tukar bateri kereta ? Secepat mungkin.

2. Tukar bateri kereta sebaik sahaja kereta tidak boleh dihidupkan

Perkara ini perlulah anda elak kerana ianya memberikan masalah tambahan kepada anda sekiranya anda perlukan kereta untuk ke sesuatu tempat dengan urgent.

Jika anda mempunyai kereta lain, tidak mengapa. Jika hanya satu kereta sahaja pasti meninggalkan kesan yang tidak baik.

Bila perlu tukar bateri kereta bagi kes ini ? Proses perlu di lalui dengan perlu meminta pertolongan ahli keluarga atau rakan-rakan untuk membeli dan memasang bateri kereta yang baru.

Malah, jika bernasib baik bateri kereta tersebut masih boleh digunakan lagi dengan cara menggunakan khidmat jumper dari kereta ke kereta.

Sebaik sahaja enjin kereta dapat dihidupkan, secepat mungkin anda ke kedai bateri kereta untuk tukar bateri kereta yang baru tanpa tangguh lagi.

Tukar bateri kereta berapa lama ?

Tukar bateri kereta berapa lama. Di artikel ini membincangkan tentang berapa lamakah untuk anda menukar bateri kereta yang sedang anda gunakan kepada yang baru.

Apakah tanda-tanda yang perlu anda kenal pasti sebelum membuat tukar bateri kereta? Malah langkah apakah yang perlu anda perlu lakukan sebelum, semasa dan selepas tukar bateri kereta ini ?

Tempoh ketahanan bateri sebelum nak tukar bateri kereta

Bila bercakap berkenaan ketahanan, sudah pastinya kita akan terfikir akan berapa lamakah sesebuah bateri kereta tersebut boleh digunakan?

Berapa lama jangka hayat bateri kereta mampu anda gunakan semaksimum mungkin sebelum tukar kepada bateri kereta baru ?

Bagi pengalaman aku sendiri, sesebuah bateri kereta paling maximum akan bertahan 2 tahun hingga 2 tahun setengah.

Itu adalah maximum. Bagaimana dengan minimum ketahanan bateri kereta?

Paling minimum bateri kereta anda boleh bertahan adalah 1 tahun. Itu jika tiada sebarang masalah lain melainkan tempohnya sudah berakhir.

Tukar bateri kereta jika sudah melepasi tempoh hayat bateri kereta maximum

Secara asasnya 2 tahun penggunaan tempoh hayat bateri kereta dikira sebagai sudah lama penggunaannya.

Namun, sekiranya bateri kereta berfungsi dengan baik, dinasihatkan kepada anda pengguna kereta untuk tukar bateri kereta yang baru jika sudah menggunakan melebihi 2 tahun setengah.

Hal ini adalah kerana, bagi mengelakkan sebarang masalah apabila anda sedang memandu kereta tersebut.

Siapa boleh sangka tiba-tiba kereta tidak boleh start bila berhenti di sebuah R&R lebuhraya. Lebih-lebih lagi jika anda hadapi perkara ini pada waktu malam.

Ini adalah contoh. Kan lebih mudah untuk anda tukar bateri kereta bila tiba tempohnya pada awal waktu sebelum ianya mendatangkan masalah kelak.

Tanda-tanda sebelum nak tukar bateri kereta baru

  1. Sudah melebihi 2 tahun setengah.
  2. Nak start kereta perlukan 2 kali cubaan dan ke atas.
  3. Terdapat nyalaan simbol bateri pada meter kereta.
  4. Ada kereta bila membunyikan hon, ia tidak memberikan respon lemah pada bunyi.

Ikut tempoh masa tukaran bateri kereta untuk lebih selamat

Adalah wajar untuk anda mengambil langkah awal. Sebaiknya jika kita tidak mahu sebarang masalah terhadap bateri kereta, tukar bateri kereta bermula 1 tahun setengah hingga 2 tahun.

tukar bateri kereta berapa lama
Tukar bateri kereta berapa lama

Waktu tukar bateri kereta berapa lama yang bagus? Satu tahun setengah sudah baik. Ia akan menjaga sistem elektrik dalaman kereta supaya tidak memberikan kerosakan lain.

Tambahan, mengekalkan optimize kepada ketahanan kereta anda.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Jangka hayat bateri kereta berapa lama ?”

  1. […] hayat bateri kereta kering. Apakah tempoh bagi jangka hayat bateri kereta terutamanya untuk bateri kering sesebuah kereta yang anda gunakan seharian, mingguan atau jarang […]

  2. […] Baca juga : Jangka hayat bateri kereta […]