Renew road tax kereta mati lebih setahun

Renew road tax kereta mati lebih setahun. Cukai jalan atau nama sebetulnya Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau roadtax kereta ini merupakan cukai jalan wajib dikenakan oleh setiap pemilik kereta.

Pemilik kereta yang gagal menghidupkan cukai jalan atau roadtax ini adalah tidak dibenarkan menggunakan kereta tersebut di atas jalan raya.

Hal ini kerana, tiada roadtax bermaksud tiada juga perlindungan insurans. Bukan kesemuanya tiada perlindungan insuran, ada juga yang mempunyai perlindungan insurans, tetapi tiada roadtax atas sebab-sebab tertentu.

Sudah tentu rotex mati lebih setahun mempunyai tiada sebarang perlindungan dan boleh membahayakan kereta lain.

Roadtax kereta mati lebih setahun dan roadtax motor mati lebih setahun tidak boleh kita pandang remeh walaupun kita sudah mempunyai perlindungan insuran.

Sebab insuran hidup, roadtax mati

Antara sebab perkara ini berlaku adalah insurans dari awalnya telah dibuat, tetapi bila nak buat roadtax, tidak boleh disebabkan ada saman.

Saman tiada road tax ini mempunyai dua jenis, iaitu sudah dalam senarai hitam (blacklist) ataupun belum dalam senarai hitam.

Saman blacklist atau senarai hitam mewajibkan anda untuk selesaikannya dulu membayar saman. Tiada kompromi atau pelepasan bagi kes ini.

Pihak pdrm atau jpj menegaskan perkara ini. Kebanyakkan saman-saman blacklist merupakan saman yang telah lama.

Saman-saman yang baru dikeluarkan jarang sekali dalam senarai blacklist kecuali bagi kes berat. Maka, bila nak hidupkan roadtax, roktek kereta anda akan tersangkut di kaunter disebabkan saman.

Namun, ada juga sebab saman yang bertukar menjadi blacklist kerana ianya terlalu lama dibiarkan tanpa bayaran.

Tidak kira saman tiada cukai jalan, tiada lesen, kesalahan melanggar lampu trafik ianya akan menjadi saman blacklist bila sudah lama tidak diselesaikan.

Saman blacklist antara sebab roadtax tidak boleh dibuat, ada juga sebab lain. Contohnya, insurans terkurang juga faktor roadtax tidak cukup tempoh untuk buat minima 6 bulan.

Jadi, wujudlah masalah bagi roadtax mati lebih setahun ini. Dan nasib baik jugalah renew roadtax mati lebih setahun telah dianjakkan kepada 3 tahun.

Bagaimana nak renew road tax kereta yang mati lebih setahun ?

Apakah cara paling mudah untuk hidupkan road tax kereta mati lebih setahun ini ?

Ikuti step di bawah bagi mudah untuk anda faham cara nak renew roadtax kereta mati lebih setahun :

  1. Hidupkan insuran kereta anda.
  2. Bawa geran salinan atau polisi insuran yang mempunyai maklumat kereta anda ke pejabat insuran terdekat.
  3. Hidupkan insurans tidak kita ianya 1st party, 3rd party atau 3rd party fire and theft sekalipun.
  4. Dapatkan polisi insurans yang baru dibuat itu.
  5. Pergi ke pejabat pos atau JPJ terdekat untuk hidupkan roadtax kereta anda.
  6. Bawa kad pengenalan dan polisi insurans baru dibuat tadi.
  7. Buat bayaran mengikut tempoh roadtax yang ingin anda buat sama ada 6 bulan atau 12 bulan.
  8. Dapatkan kertas roadtax yang baru.
  9. Selesai bagi cara hidupkan roadtax kereta mati lebih setahun.

Jika dahulu, anda perlu ke jpj roadtax mati lebih setahun sebaik sahaja puspakom dibuat. Sekarang sudah tidak lagi.

renew road tax kereta mati lebih setahun
Renew road tax kereta mati lebih setahun

Mengapa renew roadtax kereta mati lebih setahun tidak perlu membuat puspakom ?

Berdasarkan kelonggaran roadtax kereta yang diberikan pihak JPJ, kereta yang tidak renew setahun tidak wajib menjalani inspection puspakom.

Sebelum ini, inspection puspakom merupakan antara penyebab kereta-kereta yang tidak renew lebih 1 tahun tidak menghidupkan roadtax.

Puspakom roadtax kereta mati lebih setahun telah dibaik pulihkan dan telah dipanjangkan tempoh masanya.

Namun, bukan bermakna puspakom roadtax mati lebih setahun ini menandakan kelonggaran dari sudut pemeriksaan setiap kenderaan.

Manakala, bagi yang sedang dalam tempoh roadtax mati 2 tahun, anda masih lagi berpeluang menghidupkan rotek kereta.

Maximum masa yang diberikan adalah selama 3 tahun. Sebelumnya adalah setahun, namun pelepasan roadtax telah ditukar kepada menjadi tidak melebihi 3 tahun.

Kewajipan bagi anda menghantar kereta menjalani pemeriksaan puspakom roadtax mati lebih 3 tahun.

Jadi, jika anda masih tidak renew roadtax kereta untuk setahun masih lagi berpeluang menghidupkan roadtax atau cukai jalan seperti biasa.

Proses hidupkan insurans serta roadtax adalah sama seperti kereta-kereta lain. Tetapi dengan syarat anda perlu pastikan segala sebab roadtax anda yang tidak boleh dibuat diselesaikan terlebih dahulu.

Kereta dah lama tak renew roadtax

Jika anda rasa kereta dah lama tak renew roadtax, perkara pertama anda perlu buat adalah semak semula tarikh luput roadtax kenderaan anda.

Kenal pasti tarikh ini supaya anda tidak terlepas peluang hidup kan rotex kereta seperti biasa sekiranya anda masih diluar dari syarat wajib pemeriksaan puspakom kereta.

Jika road tax mati lebih 3 tahun, ikuti langkah mudah di bawah bagi memudahkan untuk anda faham.

Cara renew roadtax kereta yang dah lama mati

Sudah pasti cara renew roadtax kereta yang dah lama mati ini berbeza dengan langkah-langkah yang dikongsikan cara renew roadtax kereta di atas.

Roadtax kereta mati setahun sekarang sudah mudah untuk diselesaikan.

Manakala, road tax kereta mati lebih 3 tahun ini ada juga sehingga 10 tahun tidak hidupkan cukai jalan. Berikut berupakan cara renew roadtax kereta yang dah lama mati :

  1. Baiki kereta jika terdapat kerosakan terutama pada lampu signal, lampu brek.
  2. Tukar tayar kereta jika telah nipis bunganya.
  3. Dapatkan tarikh temujanji pemeriksaan puspakom secara online.
  4. Bawa kereta ke puspakom yang telah anda daftarkan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
  5. Hidupkan insurans kereta.
  6. Baharui roadtax cukai jalan kereta di JPJ terdekat.
  7. Selesai.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Renew road tax kereta mati lebih setahun”

  1. […] Baca juga : Renew road tax kereta mati lebih setahun […]