Roadtax motor mati lebih setahun

Roadtax motor mati lebih setahun. Masih boleh lagikah untuk anda nak renew roadtax motor yang mati lebih setahun dari tarikh tamat LKM atau lesen kenderaan motor ?

Tempoh sepatutnya anda renew roadtax motor adalah sebaik sahaja ianya tamat. Namun, mungkin terdapat beberapa perkara yang menjadi penyebab mengapa roadtax motor anda tidak dihidupkan sehingga melebihi tarikh luput lkm.

Seperti yang anda tahu renew roadtax motor hanyalah maximum untuk 1 tahun atau 12 bulan sahaja. Namun, terdapat sedikit perubahan tentang lkm expired ini.

Di artikel ini aku nak kongsikan baru-baru ini aku berpengalaman nak renew roadtax motor lebih dari setahun. Maksudnya roadtax motor yang dah mati lebih setahun atau roadtax motor tamat lebih setahun.

Biasalah bila dah beli motor baru, motor lama tu aku dah tak hidupkan roadtax sebabnya aku tidak gunakan lagi atas sebab perlu di overhall keseluruhan bahagian enjin. Sehinggalah jpj lkm luput pun berlaku kepada aku.

Disini, sedikit sebanyak aku kongsikan cara hidupkan roadtax motor mati lebih setahun bagi kemudahan anda semua. Moga anda yang menghadapi situasi road tax mati lebih setahun mendapatkan jalan penyelesaian.

Proses nak buat roadtax motor mati lebih setahun

Sebenarnya proses buat roadtax motor mati lebih setahun sangatlah mudah. Mudah macam mana ? Semudah urusan renew roadtax motor sama seperti roadtax motor baru tamat tempoh roadtax.

Maksud mudahnya, anda hidupkan insurans motor, kemudian renew roadtax motor lebih setahun seperti biasa di mana-mana seperti JPJ, pejabat pos, agent roadtax, myeg mahupun roadtax motor secara online.

Kalau mengikut prosedur dulu yang memerlukan pemeriksaan puspakom, kemudian perlu hidupkan roadtax motor lebih setahun hanya di JPJ sahaja.

Tetapi kali ini, motor yang roadtax mati lebih setahun sudah tidak perlu lagi dihantar ke puspakom. Terus buat sahaja insurans dan roadtax motor.

Ianya perlu diikuti dengan cara hidupkan roadtax motor mati lebih setahun yang betul agar tidak anda buat kerja 2-3 kali.

Mengapa tidak perlu lagi melakukan inspection puspakom untuk roadtax motor mati lebih setahun ?

Berapa lama roadtax mati yang seharusnya tidak perlu melakukan inspection puspakom atau JPJ ?

Pihak kerajaan telah pun memberi kelonggaran kepada semua pemilik motosikal supaya renew roadtax motor sekiranya masih di bawah 3 tahun dari tarikh tamat tempoh LKM.

Sebenarnya ia merupakan pengetahuan yang baru aku dapat semasa nak hidupkan roadtax daripada agent roadtax motor.

Jadi, berapa lama tempoh renew roadtax motor yang sebenarnya? Mereka memberitahu bahawa perubahan ini telah dibuat dari 1 tahun kepada 3 tahun dari tamat tempoh LKM.

Tempoh renew roadtax motor ini sudah tentu membuka banyak ruang terutamanya kepada anda yang terlepas peluang untuk buat rotex motor mati lebih setahun.

Lalu aku pun berasa lega kerana proses renew roadtax motor lebih setahun tidak perlu lagi bagi urusan pemeriksaan puspakom.

Namun, bagaimana pula dengan kes roadtax motor mati lebih 2 tahun ?

Cara renew roadtax motor lebih setahun

Berikut merupakan langkah dalam cara renew roadtax motor lebih setahun yang sangatlah mudah bagi anda :

  1. Hidupkan insurans motor.
  2. Buat roadtax motor di mana-mana tempat buat roadtax seperti JPJ, pejabat pos, myeg, agent insurans atau secara online beserta insurans di website.
  3. Tidak perlu membawa motor ke JPJ atau puspakom untuk pemeriksaan.
  4. Dapatkan kertas roadtax secara sah sebaik sahaja urusan insurans telah dibuat.
  5. Selesai proses motor roadtax mati lebih setahun.

Cara renew roadtax motor lebih setahun ini sedikit sebanyak sama dengan kenderaan lain seperti kereta. Bagaimana untuk anda renew roadtax kereta mati lebih setahun ?

Baca juga : Renew road tax kereta mati lebih setahun

Adakah kelonggaran pemeriksaan puspakom kepada tahun ke 3 ini akan berkekalan ?

Perubahan ini adalah tertakluk kepada pihak kerajaan di negara kita sendiri. Bagi aku, gunakan sebaiknya kelonggaran ini supaya boleh roadtax motor mati lebih setahun ini dihidupkan serta dimanfaatkan.

Tak perlu korang nak cuba tangguhkan renew roadtax motor kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain juga terutamanya kepada anda yang masih menggunakan motor walaupun roadtax motor tidak dihidupkan.

Jika anda membawa motor roadtax mati lebih setahun pun dah ketakutan jika terjumpa roadblock, adalah lebih baik tidak menangguhkan walaupun motor roadtax mati lebih setahun.

Tempoh roadtax mati adalah begitu singkat jika anda terus bersikap ingin menangguhkan untuk menghidupkannya.

roadtax motor mati lebih setahun

Boleh ke jika roadtax motosikal mati lebih setahun dibuat sementara motor sedang dibaiki ?

Persoalan ini ada juga pernah ditujukan kepada aku. Adakah roadtax motosikal mati lebih setahun boleh dibuat jika motor masih belum dibaiki atau sedang dibaiki dibengkel motor ?

Jawapannya adalah boleh. Pihak Jpj atau tempat buat roadtax motosikal mati lebih setahun tidak mengenakan apa-apa syarat bagi kes anda. Begitu juga dengan roadtax mati lebih 2 tahun.

Tetapi bukan untuk roadtax motor mati lebih 3 tahun kerana ianya sudah melepasi tempoh roadtax mati yang ditetapkan.

Jadi, anda boleh buat roadtax motor sementara motor anda sudah hampir siap dibaiki. Jika nak siapkan motor terlebih dahulu pun dibolehkan.

Kemudian, roadtax motosikal mati lebih setahun dibuat. Apa yang penting jangan melebihi had maximum tempoh renew roadtax motor itu.

Sekiranya sudah melepasi tempoh tersebut, maka puspakom roadtax mati lebih 3 tahun perlu dilalui dari awal proses. Barulah renew roadtax motor lebih 3 tahun dilakukan tanpa sebarang masalah.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Roadtax motor mati lebih setahun”

  1. […] kereta mati lebih setahun dan roadtax motor mati lebih setahun tidak boleh kita pandang remeh walaupun kita sudah mempunyai perlindungan […]

  2. […] juga bagi tempoh roadtax motor mati lebih setahun tidak perlu lagi melalui […]

Leave a Reply