Renew roadtax motor lebih setahun

Renew roadtax motor lebih setahun. Masih boleh lagikah untuk anda nak renew roadtax motor yang mati lebih setahun dari tarikh tamat LKM atau lesen kenderaan motor ?

Tempoh sepatutnya anda renew roadtax motor adalah sebaik sahaja ianya tamat. Namun, mungkin terdapat beberapa perkara yang menjadi penyebab mengapa roadtax motor anda tidak dihidupkan sehingga melebihi tarikh luput lkm.

Seperti yang anda tahu renew roadtax motor hanyalah maximum untuk 1 tahun atau 12 bulan sahaja.

Di artikel ini aku nak kongsikan baru-baru ini aku berpengalaman nak renew roadtax motor lebih dari setahun. Maksudnya roadtax motor yang dah mati lebih setahun atau roadtax motor tamat lebih setahun.

Biasalah bila dah beli motor baru, motor lama tu aku dah tak hidupkan roadtax sebabnya aku tidak gunakan lagi atas sebab perlu di overhall keseluruhan bahagian enjin.

Proses renew roadtax motor lebih setahun

Sebenarnya proses renew roadtax motor lebih setahun sangatlah mudah. Mudah macam mana ? Semudah urusan renew roadtax motor sama seperti roadtax motor baru tamat tempoh roadtax.

Maksud mudahnya, anda hidupkan insurans motor, kemudian renew roadtax motor lebih setahun seperti biasa di mana-mana seperti JPJ, pejabat pos, agent roadtax, myeg mahupun roadtax motor secara online.

Mengapa tidak perlu lagi melakukan inspection puspakom untuk renew roadtax motor lebih setahun ?

Pihak kerajaan telah pun memberi kelonggaran kepada semua pemilik motosikal supaya renew roadtax motor sekiranya masih di bawah 3 tahun dari tarikh tamat tempoh LKM.

Sebenarnya ia merupakan pengetahuan yang baru aku dapat semasa nak hidupkan roadtax pada agent roadtax motor.

Mereka memberitahu bahawa perubahan ini telah dibuat dari 1 tahun kepada 3 tahun dari tamat tempoh LKM.

Lalu aku pun berasa lega kerana proses renew roadtax motor lebih setahun tidak perlu lagi bagi urusan pemeriksaan puspakom.

Adakah kelonggaran pemeriksaan puspakom kepada tahun ke 3 ini akan berkekalan ?

Perubahan ini adalah tertakluk kepada pihak kerajaan di negara kita sendiri. Bagi aku, gunakan sebaiknya kelonggaran ini supaya boleh renew roadtax motor lebih setahun ini dimanfaatkan.

Tak perlu korang nak cuba tangguhkan renew roadtax motor kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain juga terutamanya kepada anda yang masih menggunakan motor walaupun roadtax motor tidak dihidupkan.

renew roadtax motor lebih setahun

One comment

Leave a Reply