Harga insurans vios berapa ?

Harga insurans vios. Adakah anda mahu mengetahui berapakah harga bagi insurans kereta toyota vios yang sedang hangat menjadi pilihan ramai ?

Dari dahulu lagi keluaran bagi model-model kereta toyota vios adalah merupakan antara kereta laris dalam pasaran di negara kita.

Baik reka cipta lama dan juga design paling terbaru pasti akan mendapat sambutan orang ramai.

Bagaimana pula dengan harga insurans kereta toyota vios 1.5 ini pula ? Adakah ianya merupakan harga yang cukup ekonomi bagi pemiliknya ?

Berapakah harga insurans vios ?

Harga insurans kereta toyota vios di bawah merupakan dari pengalaman aku sendiri membuat insurans setiap tahun.

Model kereta vios yang aku gunakan sekarang adalah model 3rd gen vios yang merupakan model terakhirnya pada tahun 2018.

Pada tahun yang sama juga terdapat model terbaru keluar dari kilang. Tapi aku memilih model sebelumnya kerana terdapat banyak diskaun yang diberikan pada waktu itu.

harga insurans vios
Jadual 1

Harga insurans vios di atas merupakan harga tahun ke tiga aku menghidupkan insurans. Dengan market value sebanyak rm52,000 dengan diskaun NCD sebanyak 30% memberikan nilai harga insurans vios berjumlah rm1116.80 sahaja.

Harga insurans vios ini tidak termasuk harga roadtax kereta vios. Manakala, tiada sebarang tambahan insurans seperti windscreen atau insurans bencana alam di ambil.

Jika aku mengambil tambahan tersebut, maka harga insurans vios akan bertambah dari harga asal di atas.

Bagaimanakah nak dapatkan harga insurans vios yang lebih murah ?

Bagi pendapat aku, harga insurans vios di atas adalah agak tinggi bagi tahun ke 3 penggunaan kereta ini. Antara cara aku nak dapatkan harga insurans vios lebih murah adalah seperti di bawah :

1. Guna market value bukan agreed value

Nilai bagi agreed value adalah lebih tinggi dari market value semasa. Contohnya agreed value aku adalah rm52,000 , jika market value berkemungkinan cover perlindungan adalah hanya rm47,000 hingga rm49,000.

Jadi jika anda membuat cover perlindungan kemalangan mengikut market value, harga insurans vios anda akan menjadi agak rendah sedikit dibandingkan harga di atas.

Akan tetapi terdapat kekurangan sekiranya anda memilih market value dibandingkan agreed value.

2. Tangguhkan sementara membuat insurans tambahan

Pemilihan bagi insurans tambahan seperti personal accident (PA) atau windscreen adalah terletak di pihak anda sebagai pemilik.

Sekiranya anda ingin membuat insurans vios yang murah, anda boleh menangguhkan hasrat untuk menambah insurans tersebut.

Namun, sekiranya anda mempunyai budget dalam tahun tersebut, anda boleh membuat tambahan insurans secara asing.

3. Membuat insurans vios secara undervalue market

Undervalue market merupakan cover perlindungan kemalangan yang paling rendah dibuat tidak mengikut market value semasa.

Perkara ini dikategorikan tidak salah namun mempunyai risiko terhadap pemilik kereta.

Selain itu, pihak syarikat insurans jarang membuat offer terhadap undervalue market ini kerana kelak akan memberikan masalah kepada pemilik kereta sekiranya jumlah claim kemalangan adalah melebihi dari cover perlindungan yang rendah tersebut.

Contohnya market value kereta vios anda adalah rm49,000 , tetapi anda hanya cover perlindungan sebanyak rm10,000 sahaja.

Pihak pemilik kereta tidak boleh mendakwa pihak syarikat insurans kerana semasa membeli insurans tersebut, pemilik sendiri yang bersetuju ingin membeli undervalue market.

One comment

Leave a Reply