Harga insuran kereta alza mahalkah ?

Harga insuran kereta alza. Anda nak survey harga insuran kereta alza? Tapi sebelum itu anda wajib pastikan beberapa perkara ini di dalam checklist anda terlebih dahulu.

Anda semestinya baru lagi memiliki kereta alza. Namun, ada juga yang sudah beberapa kali menghidupkan insurans.

Tetapi mungkin cuma nak pastikan harga insuran kereta alza ini adakah ianya boleh menjadi lebih murah dari harga biasanya sebelum anda nak hidupkan roadtax kereta alza.

Atau tiba-tiba harga bertukar menjadi mahal disebabkan beberapa perkara yang akan kita bincangkan di bawah.

Harga insuran kereta alza berapa ?

Untuk harga insuran kereta alza aku sudah masuk tahun ke 5 dari keluarannya. Aku membeli kereta alza baru sewaktu itu.

Namun, disini aku ingin kongsikan harga insurans kereta alza yang telah aku hidupkan semasa baru beli sehinggalah sekarang tahun ke 5 aku miliki kereta tersebut.

TahunMarket valueNCDHarga insuran kereta alza
1RM55,0000%RM1,400 +/- (harga termasuk
deposit semasa beli)
2RM48,00025%RM1,200 +/-
3RM42,00030%RM1,000 +/-
4RM35,00038.33%RM800 +/-
5RM30,00045%RM689
Jadual harga insuran kereta alza

Merujuk jadual 1, harga insurans kereta alza yang aku bentangkan ini merupakan anggaran terdekat yang kau mampu ingat.

harga insuran kereta alza

Sebelum-sebelum ini punya rekod harga quoatation aku tidak simpan secara detail.

Namun, ini merupakan harga insurans kereta alza yang korang boleh rujuk bagi mendapatkan anggaran kasar harga yang bakal anda keluarkan atau belanjakan.

Perbandingan harga insuran kereta alza

Seperti contoh jadual 1 yang telah aku tunjukkan di atas, harga bagi market value dan juga harga insuran kereta alza sebenar adalah tergantung dengan beberapa aspek.

Harga insuran di atas ianya tidaklah begitu murah, namun juga tidak begitu mahal. Ianya adalah dalam sebut harga insuran kereta yang berada di tengah-tengah mengikut dengan kelebihan yang ditawarkan pihak syarikat insurans.

Setiap tahun aku akan membuat perbandingan harga insuran dengan beberapa syarikat insurans. Kadang-kadang syarikat insurans tahun lepas yang aku gunakan tidak sama menawarkan harga yang berpatutan sama macam tahun ini.

Jadi, adalah diwajibkan untuk anda membandingkan harga insurans kereta alza yang manakah sesuai mengikut kelebihan yang diberi.

Semak harga insurans kereta online

Seperti yang anda lihat di atas ini merupakan website insurans kereta online. Sebelum anda dapatkan harga insuran kereta alza anda di luar, anda boleh membuat survey secara online.

Jika anda dapati harga insurans kereta online lebih bagus berdasarkan kelebihan yang ditawarkan, kenapa tidak ?

Manakala, jika sebaliknya harga insurans lebih baik jika anda beli pada agent insurans di luar, ianya juga turut digalakkan.

Yang penting anda sudah mempunyai beberapa harga insuran sebagai rujukan sebelum menghidupkan insurans pada syarikat yang sesuai dan bagus.

Insuran kenderaan murah. Mengapa ?

Ada beberapa faktor yang anda boleh pastikan supaya harga insuran kereta alza anda menjadi jauh lebih murah.

Antara sebab insuran kenderaan murah adalah kerana :

  1. Market value yang diambil rendah sehingga minimum (undervalue market)
  2. Membuat insuran kereta 3rd party
  3. NCD (No claim discount) mencapai maximum iaitu 55%

Market value rendah dan insurans 3rd party merupakan perkara yang boleh anda kawal. Akan tetapi tidak semua syarikat insurans menawarkan perkara tersebut.

Untuk NCD tersebut anda haruslah menjaganya dengan baik. Jika berlaku kemalangan kecil, elakkan untuk menggunakan claim supaya NCD anda meningkat dan juga mencapai peratusan maximum.

Risiko terhadap insuran kenderaan murah dari sepatutnya

Anda adalah wajar memahami risiko jika memilih insuran kenderaan murah berbanding sepatutnya. Hal ini kerana, setiap insurans murah akan mempunyai kekurangan pada bahagian tertentu.

Pastikan anda tahu tentang terma dan syarat jika anda berhasrat membuat insuran undervalue atau insurans 3rd party untuk kereta bawah 5 tahun.

Bukan sahaja murah, jika anda membayar mahal, ianya turut memberikan risiko tidak boleh claim melebihi sepatutnya.

Pastikan juga market value adalah betul dan tidak terlalu tinggi supaya anda membayar harga insuran kereta alza secara berpatutan.

One comment

Leave a Reply