Berapakah harga roadtax kereta alza ?

Harga roadtax kereta alza. Salah satu kenderaan empat roda menjadi kegemaran segmen berkeluarga adalah kereta perodua alza.

Perodua alza merupakan kereta mempunyai 7 seater yang boleh memuatkan sehingga 8 orang dalam satu masa.

Lapan orang dimana 4 hingga 5 orang adalah terdiri dari anak-anak kecil. Sesuai dengan gelaran kereta keluarga ini dapat menampung sebuah keluarga untuk perjalanan yang jauh.

Berapakah kuasa enjin untuk kereta perodua alza ini ?

Sejak dari model awal dahulu pengeluarannya sehingga pengeluaran terkini, pihak perodua hanya mengeluarkan enjin berkapasiti sebanyak 1500cc.

Ternyata dengan 1500cc ini sangat bersesuaian kepada pembeli-pembeli kereta alza. Enjin kapasiti ini tidak begitu kecil dan juga tidak begitu besar.

Bagi keluarga yang sederhana pendapatan, ia membantu dalam membiaya harga roadtax kereta alza setiap tahun.

Jika nak bandingkan kereta jenama lain 7 tempat duduk, model-model lain kebanyakkan terdiri dari 1800cc hingga 2000cc.

Jadi, pilihan yang tepat kereta alza sangatlah menampakkan keselesaan bagi sebuah keluarga yang ramai dengan kita boleh melihat ianya terdapat banyak di atas jalan raya.

Harga roadtax kereta alza

Tempoh6 Bulan12 Bulan
Harga Roadtax Kereta AlzaRM45RM90
Jadual 1

Jadual 1 di atas menunjukkan perbezaan harga roadtax kereta alza untuk 6 bulan dan 1 tahun atau 12 bulan.

Kebanyakkan pemilik kereta alza akan menghidupkan roadtax terus selama 1 tahun. Untuk 6 bulan roadtax tu, terdapat beberapa sebab contohnya jika berlaku kekurangan waktu insurans.

Jika tempoh insurans kurang dari setahun, pihak JPJ akan mengeluarkan roadtax kereta selama 6 bulan sahaja.

harga roadtax kereta alza

Bagi menghidupkan roadtax seterusnya 6 bulan akan datang, anda diwajibkan menambah waktu insurans yang terkurang di branch insurans kereta anda.

Apa akan jadi jika terlewat renew roadtax kereta alza ?

Roadtax atau cukai jalan adalah wajib dibuat dalam tempoh masa 3 tahun. Jika tidak dihidupkan, maka seterusnya diwajibkan menghantar kereta alza anda membuat inspection terlebih dahulu.

Jika roadtax kereta alza anda lewat dalam sebulan tidak dibuat, ia tidak menjadi masalah. Anda boleh hidupkan roadtax tersebut seperti biasa.

Apa beza hidupkan roadtax awal dan lewat hidupkan roadtax kereta alza ?

Hidupkan roadtax awalHidupkan roadtax lewat
Tempoh roadtax mengikut tarikh tamat
roadtax lama
Anda akan mendapat tempoh tarikh
tamat roadtax yang baru
1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2023
Jika buat awal, tarikh tamat akan dapat
31 Disember 2024
Jika buat melebihi 31 Disember 2023, Contoh pada
1 Febuari 2023, maka tarikh tamat akan
menjadi 31 Januari 2024
Jadual 2

Jadual 2 menunjukkan perbezaan tempoh roadtax yang akan anda dapat. Keduanya tiada kerugian. Anda masih mendapat tempoh waktu 1 tahun berdasarkan apa yang anda bayar.

Leave a Reply