Harga insuran kereta saga 1.3 berapa ?

Harga insuran kereta saga 1.3 . Adakah anda boleh anggarkan harga insuran kereta saga 1.3 yang bakal anda hidupkan sama ada buat pertama kali ataupun seterusnya ?

Malah, jika anda telah hidupkan dengan harga insurans kereta proton saga yang agak kurang munasabah, iaitu kurang atau lebih, anda sekadar nak semak semula harga insuran kereta saga 1.3 yang dah dibayar tersebut.

Tidak perlu lagi anda rujuk senarai harga insuran kereta mengikut cc kerana kehadiran anda disini sudah pasti dah tahu cc kereta proton saga 1.3 anda.

Hairan juga jika terlalu mahal anda bayar untuk proton saga insurance. Bahkan, jika terlalu murah pula akan menjadi tanda tanya sekiranya ada sebarang penipuan dalam membeli insurans kereta. Minta dijauhkan.

Jika anda dah membeli insurans, maka anda boleh teruskan dengan proses seterusnya iaitu renew roadtax saga 1.3

Berapakah harga insurans kereta saga 1.3 yang boleh anda pastikan ianya adalah betul ?

Berapa harga insurans kereta saga 1.3 yang mengikut aspek-aspek yang perlu didahulukan oleh anda ?

Aku beri contoh untuk kereta yang aku sedang gunakan iaitu saga model baru 1.3cc enjinnya tahun 2018. Quotation di bawah merupakan harga insurans kereta saga 1.3 aku pada tahun ke 3 aku hidupkan.

Harga insurans kereta ini adalah bergantung kepada beberapa aspek atau faktor. Cuma anda boleh buat rujukan berdasarkan apa yang aku cuba kongsikan di bawah tentang anggaran harga insuran kereta saga.

harga insuran kereta saga 1.3
Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan harga insuran kereta saga 1.3 yang aku buat pada agent insurans berdaftar. Quotation harga yang diberikan adalah dari 2 jenis syarikat insurans untuk insurance proton saga.

Pastikan anda check market value kereta saga anda ini dengan betul. Jangan anda pelik sekiranya insurans kereta saga baru berbeza market valuenya dibandingkan saga tahun sebelumnya.

Terdapat 2 market value iaitu RM23,000 dari syarikat liberty insurans dan RM20,000 untuk am general insurans.

Walaupun ianya berbeza dari harga renew insurance kereta, namun, liberty memberi 150km free towing manakala 100km free towing free dari am general insurance.

Banding tahun lepas market value merupakan rm25,000. Jadi, jika memilih market value am general insurance ianya terlalu rendah.

Jadi, harga market value untuk cover rm23,000 adalah merupakan harga insuran kereta saga 1.3 pada tahun ini yang paling sesuai dipilih.

Kira insurans kereta saga anda dengan mencatat market value beserta harga yang perlu dibayar.

Check harga insurans kereta terlebih dahulu

Tidak kira anda buat dimana pun insurans kereta saga 1.3 anda, pastikan anda check harga insurans kereta terlebih dahulu.

Bagaimana caranya nak check harga insuran kereta saga 1.3 ini ?

Sebelum anda bersetuju dengan harga quotation insurans kereta, anda perlulah check maklumat kereta yang telah dimasukkan tadi.

Jika hidupkan insurans sendiri, anda boleh check sendiri, manakala jika anda buat pada agent insurans, agak susah sikit nak check maklumat kenderaan anda.

Tetapi anda boleh check harga insurans kereta sebaik sahaja bersetuju menghidupkan insurans. Polisi insurans yang telah dihidupkan akan menyatakan maklumat kereta anda.

Pastikan maklumat kereta saga 1.3 anda adalah betul terutamanya :

  • Nombor plat kereta.
  • Nombor kad pengenalan anda.
  • CC enjin anda dimasukkan dengan betul. Contohnya saga 1.3 adalah 1332cc.
  • Market value kereta saga 1.3 anda adalah seperti dalam quotation yang telah dipersetujui.
  • Peratusan NCD (No Claim Discount) anda adalah betul.

Sebut harga insurans kereta saga 1.3 terlalu mahal atau terlalu murah

Jika anda dapati sebut harga insurans kereta saga 1.3 anda terlalu mahal dibandingkan tahun sebelumnya atau terlalu murah, pastikan anda buat semak semula pada maklumat kereta anda.

Harga insuran kereta saga 1.3 anda sebaiknya adalah tidak menaik dari harga tahun sebelumnya, malah juga tidak akan turun terlalu rendah.

Jika tiada masalah pada maklumat kereta anda, anda perlu was-was dengan apa yang ditawarkan oleh pihak syarikat insurans kereta tersebut.

Boleh jadi, terdapat kekurangan contohnya tentang free towing yang ditawarkan. Berapa kilometer (km) yang diberikan towing trak tunda kepada anda.

Selain itu, adakah towing tersebut adalah termasuk sekali jika mempunyai masalah breakdown atau kereta rosak tepi jalan?

Ada juga tawaran khidmat towing free hanya boleh anda gunakan jika berlaku kemalangan sahaja tetapi bukan untuk kereta breakdown.

Banding harga insurans kereta

Anda diwajibkan untuk buat perbandingan harga insuran kereta saga 1.3 ini. Tak kiralah kereta anda jenis saga flx atau blm atau pun model baru saga yang terkini.

Yang penting kereta insurance saga yang anda gunakan mempunyai cc enjin 1.3. Buat banding harga insurans dengan beberapa syarikat insurans berbeza.

Memang agak leceh nak banding insurans kereta saga anda, namun hasilnya pasti berbalik kepada anda sendiri sebagai pengguna.

Namun, perlu diingatkan supaya elakkan memilih insuran kereta paling murah dan tidak memberi manfaat kepada anda. Pilih harga insurans murah namun ianya masih berbaloi untuk anda lebih-lebih lagi semasa kecemasan.

Antara contoh syarikat insurans yang boleh anda check insuran kereta adalah :

  1. Etiqa takaful insurans
  2. Liberty insurans
  3. Zurich takaful insurance
  4. Am general insurance
  5. Kurnia insurance
  6. Takaful Ikhlas insurans

Harga insuran kereta saga 1.3 adalah terkawal dan tidak akan terlalu jauh dari harga kos insurans kereta sebelumnya kecuali jika anda membuat tambahan seperti di bawah :

  • Cermin windscreen kereta
  • Personal Accident (PA)
  • Perils (insurans bencana alam seperti banjir, dihempap pokok)

2 comments

Leave a Reply