Harga cermin depan wira double layer. Pada waktu ini, pengguna kereta proton wira di atas jalan raya adalah antara kereta yang masih gagah.
Jangan pandang rendah kepada pemilik kereta wira ini. Hal ini kerana, enjinnya yang tahan lasak serta memberi kemudahan dari segi penjimatan minyak.
Malah, ada yang turut mengubah suai dan overhaul seperti ianya baru keluar kilang. Cat pun masih lagi cantik.
Manakala, kos selenggara kereta wira ini sangatlah murah dan mudah untuk didapati barangan sparepart. Tapi, bagaimanakah dengan harga cermin depan wira ini ?
Adakah ia masih lagi mahal? Adakah harga cermin depan wira jauh lebih mahal dibandingkan kereta terkini ?
Berapakah harga cermin depan wira double layer ?
Sebanarnya tidak menjadi masalah untuk anda sebagai pemilik kereta wira ini dalam mendapatkan cermin depan yang baru.
Stok pada kedai cermin kereta untuk cermin depan wira tentunya mudah di dapati. Apakah pula dari segi harganya?
Untuk pengetahuan anda, setiap dari cermin kereta adalah terdiri daripada double layer. Selain dari cermin depan kereta, hanya 1 layer sahaja digunakan termasuklah cermin belakang wira.
Harga cermin depan wira double layer boleh mencecah Rm400 sahaja. Ia di kategorikan sebagai murah kerana cermin kereta wira tersebut merupakan cermin yang lebar.
Harga tersebut belum termasuk lagi upah memasangnya. Anggaran siap sahaja pasang cermin depan wira lebih kurang RM500 sahaja.
Bagaimana harga cover windscreen insurans kereta wira ?
Jika anda mengambil insuran 1st party bagi kereta wira ini, anda boleh mengambil cover windscreen atau cermin tambahan dalam insurans.
Cover yang boleh anda ambil adalah lebih kurang RM700. Ini bermaksud nilai yang perlu anda tambah untuk cover cermin depan wira adalah sebanyak RM111 sahaja.
Ia agak berbaloi dengan hanya membayar RM111 untuk cover cermin RM700 tersebut.
Mengapa cover windscreen insuran perlu buat lebih tinggi dari harga asal beli diluar ?
Perlindungan insurans bagi harga cermin depan wira double layer diletakkan lebih tinggi adalah kerana prosesnya jauh lebih mudah.
Jika anda mempunyai perlindungan insurans cermin kereta, bila berlaku sebarang retak atau pecah pada cermin depan kereta, anda hanya perlu hantar kereta ke bengkel cermin kereta.
Selebihnya pihak bengkel akan menguruskan claim pada syarikat insurans anda. Dibandingkan dengan tidak mempunyai cover insurans cermin, anda wajib mencari sendiri cermin kereta tersebut.
Selepas dah dapat cermin, anda perlu mencari kedai cermin kereta yang sesuai dan berdekatan kediaman anda.
Cover insurans cermin adalah lebih berbaloi dengan hanya mengeluarkan duit rm111 berbanding rm400 yang belum termasuk kos upah .
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.