Harga roadtax kereta perodua viva

Harga roadtax kereta viva. Kereta perodua viva adalah tidak asing lagi kerap berada di atas jalan raya. Pengguna kereta viva ini tentunya mendapat kadar penjimatan minyak yang sangat tinggi.

Sekarang jika anda memiliki kereta viva sekadar digunakan untuk ke tempat kerja adalah sangat digalakkan serta berbaloi.

Maklumlah zaman ini harga minyak juga boleh tahan satu bebanan lebih-lebih lagi kepada penduduk di bandar yang menghadapi trafik yang tinggi.

Pemilihan kereta viva merupakan pilihan kedua selepas motosikal. Ia berkelebihan dari terkena hujan di musim dan waktu tak terjangka.

Namun, apakah harga roadtax kereta tahunannya juga berbaloi seiring dengan penjimatannya?

Berapakah harga roadtax kereta perodua viva ?

Kereta perodua viva mempunyai 3 variasi kuasa enjin berbeza. Ia terdiri daripada :

  1. Perodua Viva 660
  2. Perodua Viva 850
  3. Dan juga Perodua Viva 1.0

Ketiga-tiga variant perodua viva ini adalah berbeza dari segi cc enjinnya. Tapi adakah harga roadtax kereta ini juga berbeza-beza?

Adakah perodua viva 1.0 lebih mahal dari harga roadtax kereta viva 660?

Jawapannya adalah harga roadtax bagi kesemua jenis cc kereta perodua viva keluaran baru dan juga lama adalah sama iaitu RM20 sahaja untuk 12 bulan atau 1 tahun.

Manakala, harga roadtax viva untuk setengah tahun atau 6 bulan adalah sebanyak rm10 sahaja.

Adakah berbaloi untuk membeli kereta secondhand perodua viva ?

Berbaloi itu adalah merujuk kepada banyak aspek. Ada orang katakan ianya berbaloi kerana penjimatan minyak untuk digunakan ke tempat kerja.

Ada orang kata ia tak berbaloi sebab kereta viva dah lama. Namun, jika seseorang itu tahu serba sedikit tentang kereta dan membuat servis berkala dengan baik, kereta lama pun boleh jadi macam baru.

harga roadtax kereta viva

Bergantung kepada apa keperluan dan kepentingan kita nak beli kereta viva 2nd ini. DIbandingkan nak beli kereta baru dan jimat minyak, kereta viva sekarang harga dah murah.

Boleh dibeli secara tunai atau cash, kemudian sediakan sedikit duit untuk servis dan tukar barangan wear & tear dimasa kecemasan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga roadtax kereta perodua viva”

  1. […] seseorang pemilik kepada kereta perodua viva tentunya nak tahu berapakah harga roadtax kereta viva […]