Harga roadtax kereta bezza. Perodua Bezza merupakan sebuah kereta jenis sedan yang menjadi pilihan ramai orang di Malaysia.
Keluaran bagi kereta bezza mempunyai 2 jenis kuasa kuda enjin. Bezza cc berapa sebenarnya ? Ianya terdiri daripada 1000cc dan juga 1300cc.
Kemudahan kereta keluarga ini mempunyai kelengkapan pada bonetnya yang luas dan besar memudahkan bagi mengisi pelbagai barang keperluan.
Di artikel ini, kita akan perkatakan tentang salah satu maintainan iaitu roadtax kereta bezza.
Namun, adakah pilihan kereta bezza ini tepat bertepatan dengan harga roadtax kereta perodua bezza ini? Adakah harga roadtax bezza ini mahal? Atau roadtax bezza sangat berpatutan ?
Berapakah harga roadtax kereta bezza ?
Lihat jadual di bawah untuk membezakan harga roadtax kereta bezza untuk 6 bulan dan 12 bulan mengikut bezza berapa cc.
Perodua Bezza | Roadtax 6 Bulan | Roadtax 12 Bulan |
1000cc | RM10 | RM20 |
1300cc | RM35 | RM70 |
Nilai di atas adalah mengikut ketetapan roadtax kereta perodua bezza tidak kira model pertama sehingga model terkini.
Tiada beza model lama dan baru dari segi enjinnya. Ia hanya perubahan kepada design aspek luar dan dalam bahagian aksesori kereta.
Terdapat 2 kategori dalam road tax bezza 1.3 dan road tax bezza 1.0 .
Harga roadtax 1.3 cc dan 1.0cc adalah dalam kategori harga yang sangat berpatutan bagi cukai jalan.
Cara nak buat roadtax kereta bezza dengan mudah
Ikuti langkah-langkah di bawah bagi anda yang baru nak buat roadtax kereta bezza sendiri :
- Hidupkan insurans kereta bezza anda.
- Survey harga insurans kereta bezza di beberapa tempat.
- Buat insurans kereta bezza perlu dibuat dengan cara pergi ke branch insurans yang anda mahu atau dicadangkan oleh ahli keluarga atau rakan.
- Jika tidak buat pada branch insurans, anda boleh buat di pejabat pos, agent-agent insurans yang berdaftar kecuali JPJ.
- Pastikan anda jelas dengan terma dan syarat sebelum bersetuju hidupkan insuran kereta bezza.
- Dah selesai buat insuran, dapatkan polisi insuran atau covernote insurans kereta bezza anda.
- Pergi ke JPJ untuk buat roadtax kereta bezza anda.
- Di JPJ tidak disediakan insurans jadi anda perlu membuat insuran di luar sebelum hadirkan diri ke JPJ terdekat.
- Bawa kad pengenalan dan polisi insurans ke JPJ.
- Anda boleh membuat pilihan untuk buat roadtax 6 bulan atau 1 tahun.
- Buat pembayaran dengan harga roadtax kereta bezza mengikut jenis cc kereta bezza anda.
- Dapatkan roadtax kereta bezza anda.
- Selesai.
Adakah boleh buat cukai jalan kereta bezza di pejabat pos ?
Boleh. Roadtax kereta bezza boleh dibuat di pejabat pos. Tambahan pula, anda boleh juga buat kedua insurans serta roadtax kereta bezza anda terus di pejabat pos.
Terdapat beberapa cas tambahan yang akan perlu anda bayar bila buat roadtax di pejabat pos. Ia tidaklah mahal yang penting roadtax anda siap.
P/s : Terkini, pihak pejabat pos menghentikan seketika untuk anda mendapatkan harga roadtax kereta bezza 1.3 dan 1.0 . Ianya akan diberitahu sehingga kelak.
Namun, tetap harga insuran kereta bezza 1.3 dan 1.0 boleh anda buat di pejabat pos.
Bila waktu atau tempoh sebaiknya hidupkan roadtax kereta bezza ?
Tempoh nak hidupkan roadtax kereta bezza anda sebaiknya adalah seminggu sebelum ianya tamat. Kenapa tidak boleh buat awal ?
Untuk pengetahuan, anda boleh membuat roadtax seawal 2 bulan sebelum ianya tamat. Namun, terdapat beberapa sebab yang aku beri cadangan supaya buat seminggu sebelum ianya tamat.
Kalau buat sehari sebelum tamat bolehkah? Boleh. Cumanya bagi mengelakkan anda teratur dalam nak buat roadtax, adalah sebaiknya seawal seminggu.
Contohnya pengalaman yang terjadi kepada aku, esok harinya roadtax kereta aku tamat. Jadi, bila nak buat roadtax bezza 1.3 tu datang la ke JPJ.
Dengan berbekalkan harga insurans kereta bezza 1.3 yang telah dibuat, waktu petang aku hadirkan diri ke JPJ, tiba-tiba begitu ramai orang membuatkan aku tak sanggup untuk menunggu.
Ramai itu bukan biasa-biasa punya ramai. Ia diluar jangkaan aku pada waktu itu.
Sebab itu aku sarankan buat awal seminggu bagi mengelakkan perkara ini. Tambahan pula, terdapat sebab-sebab lain yang membuatkan roadtax kereta itu boleh menjadi tertangguh.
Harga roadtax dan insurans kereta bezza
Untuk melengkapkan keseluruhan harga roadtax dan insurans kereta bezza, akan terdapat 2 gabungan harga.
Kedua gabungan itu adalah bezza road tax price dan juga bezza road tax insurance price.
Contoh mudahnya adalah roadtax kereta bezza 1.3 dicampurkan dengan insurans kereta bezza 1.3 .
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.