Cara batalkan roadtax kereta

Cara batalkan roadtax kereta. Roadtax kereta merupakan cukai jalan atau dikenali juga sebagai Lesen kenderaan motor (LKM) satu kertas yang dikeluarkan oleh pihak JPJ Malaysia.

Kertas roadtax kereta adalah wajib dipamerkan pada setiap dari kereta yang anda miliki. Jika anda ada 13 buah pelbagai jenis kereta, setiap dari satunya mempunyai roadtax kereta.

Setelah menghidupkan insuran kereta, anda barulah boleh membuat roadtax kereta di JPJ atau mana-mana cawangan yang berdaftar di bawah JPJ. Salah satu contoh cawangan lain selain JPJ seperti pejabat pos dan juga secara online seperti di Myeg.

Jika anda nak batalkan roadtax kereta, proses ini perlulah diterbalikkan seperti batalkan roadtax kereta dahulu, kemudian baru boleh batalkan insuran kereta.

Sebab nak batalkan roadtax kereta

Namun, ada juga yang berhasrat ingin membatalkan roadtax kereta atas beberapa sebab. Roadtax kereta perlu dibatalkan dengan perkara-perkara tertentu iaitu :

  • Anda ingin menjual kereta tetapi roadtax kereta masih hidup
  • Anda ingin menukar jenis insurans atau syarikat insuran atas sebab-sebab tertentu.

Sebab ingin menjual kereta adalah faktor utama kita nak batalkan roadtax kereta. DIbandingkan dengan menukar jenis insurans atau syarikat insurans adalah sangat jarang berlaku.

Paling tidak, seseorang itu akan menghabiskan tempoh waktu roadtax kereta yang ada, kemudian barulah meneruskan hasrat menukar jenis insuran yang akan digunakan.

Apa akan jadi jika roadtax kereta tak dibatalkan ?

Memandangkan syarat wajib untuk menukar nama adalah membatalkan roadtax kereta (jika ada). Proses menukar nama tidak dapat diteruskan.

Jika roadtax kereta tersebut tidak dapat dipulangkan atas alasan hilang, anda perlu membayar denda roadtax hilang terlebih dahulu.

Kemudian, barulah tukar nama kepada pemilik baru dapat dibuat.

Proses turutan cara batalkan roadtax kereta

  1. Cabut roadtax kereta yang telah ditampal pada cermin kereta sebelum ini.
  2. Buat salinan kad pengenalan pemilik lama.
  3. Pergi ke bank untuk mengambil penyata bank yang telah disahkan cop oleh pihak bank itu sendiri.
  4. Pastikan nama anda serta nombor akaun adalah sama untuk pengesahan pihak bank.
  5. Bawa roadtax kereta serta dokumen di atas ke JPJ terdekat.
  6. Duit refund akan diproses dalam masa 1 bulan (bergantung) dan akan ditransfer ke akaun anda.
  7. Dapatkan resit daripada JPJ.
cara batalkan roadtax kereta

Jika tiada resit atau resit daripada JPJ telah hilang, usah kuatir. Yang penting dalam sistem telah disahkan bahawa anda telah membuat pembatalan roadtax kereta.

Leave a Reply