Cara Nak Batalkan Insurans Kereta

Cara nak batalkan insurans kereta. Seperti yang kita persoalkan dan cari, adakah boleh batalkan insuran kereta yang telah dibuat atau baru saja dibuat?

Mudah atau susah cara nak batalkan insurans kereta ini? Adakah anda perlu membayar wang denda atau ada cas bagi pembatalan insurans kereta anda?

Boleh ke batalkan insurans kereta ?

Ia adalah boleh. Anda boleh membuat pembatalan insurans bagi beberapa tujuan tertentu. Ia merupakan hak anda sebagai pengguna atau client.

Tujuan batalkan insurans kereta

  1. Ingin menjual kereta atau motor tersebut.
  2. Ingin menukar syarikat insurans atas sebab tertentu.
  3. Masalah tersalah hidupkan insurans (contoh ingin buat 1st party, tetapi telah buat 3rd party)

Cara batal insurans kereta anda dengan lengkap

Ada dua cara iaitu anda boleh upah agent jika anda sebelum ini buat insurans di tempat agent yang sama. Manakala, anda boleh uruskan sendiri pembatalan insurans kereta ini.

Langkah di bawah ini adalah bagi anda yang ingin menguruskan pembatalan insurans kereta anda sendiri.

  1. Lengkapkan dulu dokumen sebelum anda hantar ke branch insurans asal anda.
  2. Jika roadtax kereta telah dibuat, anda wajib batalkan dulu roadtax tersebut hanya di JPJ terdekat.
  3. Bawa kertas cukai jalan roadtax tersebut ke JPJ. Jika tiada roadtax tersebut, anda tidak boleh batalkan roadtax.
  4. Bawa juga dokumen seperti salinan kad pengenalan dan juga salinan penyata bank.
  5. Penyata bank adalah penting bagi urusan refund atau pulangkan baki dari duit anda keluarkan untuk bayar roadtax tersebut. Penyata tersebut perlu dinyatakan nama penuh anda, nombor kad pengenalan dan juga nombor akaun.
  6. Jika ada baki lagi 6 bulan, maka separuh dari harga roadtax anda akan dipulangkan.
  7. Selesai batal roadtax, maka anda boleh teruskan bagi urusan batal insurans kereta anda di branch setiap negeri.
  8. Prosedur ini anda boleh buat sebaik saja roadtax telah dipulangkan ke Jpj.
  9. Bawa dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan polisi insurans, penyata bank dan juga resit batal roadtax semasa anda di JPJ tadi.
  10. Urusan pembatalan insuran ini adalah sama seperti batal roadtax.
  11. Perlu diingatkan duit refund akan di transfer kepada anda dalam masa 2 hingga 4 minggu.

Beza batal insurans dan batal roadtax kereta

Batal InsuransBatal Roadtax
Boleh dibatalkan oleh agent jika ia masih
lagi baru anda buat insurans
sebelum roadtax dikeluarkan.
Perlu dibuat sendiri oleh pemilik di JPJ
Tidak perlu pulangkan polisi insuransWajib pulangkan kertas roadtax
Boleh terus ke kaunter walk-in branch
insurans di setiap negeri
Telefon dulu bagi pastikan cawangan JPJ
tersebut menerima bagi urusan
pembatalan roadtax atau tidak

Contoh surat pembatalan insurans kereta

Contoh surat pembatalan insurans kereta ini merupakan antara syarat yang perlu anda kemukakan. Tetapi ianya tidaklah terlalu susah untuk anda lampirkan.

Ada juga orang dibahagian insurans akan bantu anda berkenan surat pembatalan ini.

Formatnya adalah mudah dan ringkas sahaja.

cara nak batalkan insurans kereta

Barisan atas sekali anda tulis nama penuh, kemudian sertakan sekali alamat anda terkini. Tulis tarikh pada bila anda nak hadirkan diri ke branch insurans tersebut.

Tak kisah anda ikut seperti format di atas dalam bahasa inggeris pun boleh. Beri alasan yang munasabah. Jangan risau ini adalah bagi penilaian pihak syarikat insuran sahaja.

Ia tidak memberi kesan kepada lulus atau tidak pembatalan insuran anda ini.

Kemudian, berikan tandatangan seperti biasa serta nama penuh di bawah.

Berapakah yang anda perlu bayar bagi membatalkan insurans kereta ini?

Kos bagi membatalkan insuran kereta atau motor anda adalah dikira berdasarkan hanya mengikut kos pemprosesan sahaja.

Anda tidak perlulah berkira mengenai berapa baki secara detail. Asalkan anda dapat menganggarkan ia sudah memadai.

Baki refund yang akan anda dapat telah ditolak terus kos upah ini.

3 comments

    1. Hi..maaf ya slip tu saya dh tak ingat letak di mana..cuma bila tiada resit pun tiada masalah..pihak syarikat insurans akan check dalam sistem mereka dan tele dengan sistem JPJ bahawa pembatalan roadtax telah dibuat.

Leave a Reply