Harga insurans motor lc135

Harga insurans motor lc135. Macam mana jika kita nak tahu harga insuran motor jenis yamaha lc135 ini?

Lebih-lebih lagi kita baru sahaja membeli sebuah motor lc135 dan baru pertama kali nak hidupkan insuran motor ini.

Berapakah modal yang perlu kita keluarkan? Jika dalam anggaran dalam berapa RM ya? Boleh ke kalau kurang budget, tahun pertama nak buat insurans 3rd party dulu tahun depan baru buat 1st party?

Harga anggaran insurans motor lc135 untuk secondhand dan baru

Kebanyakkan kita disini baru nak mula beli dan renew insuran motosikal untuk motor lc135 yang baru dibeli tahun lepas. Terdapat beza untuk harga insurans lc135 yang secondhand atau beli pada tangan orang dengan insurans motor lc135 model baru contohnya v7.

Model yamaha lc135Market value semasaHarga insurans
Model terbaru (keluar kilang)RM6,000.00RM280
Model lama (beli secondhand)RM3000.00RM190

Contoh di atas adalah membezakan jenis motor baru dan secondhand dengan sama syarikat insuran dan juga sama nilai NCDnya iaitu 10%.

Harga di atas merupakan contoh yang pernah aku sendiri buat survey harga quotation. Harga kedua buah motosikal lc135 ini akan semakin berkurang mengikut market semasa menurun dan juga kadar ncd meningkat.

Faktor harga insuran motor lc135 menjadi murah

Kita boleh lihat faktor harga insurans jauh lebih murah adalah disebabkan :

  • No claim discount berada pada tahap maximum iaitu 25% untuk kenderaan motosikal.
  • Market value tahun semasa adalah rendah tetapi ia masih dalam value yang dipersetujui syarikat insurans.
  • Umur motosikal lc135 contohnya v1 lc135
  • Buat insurans jenis 3rd party

Berapakah harga insuran motosikal lc135 3rd party ?

Harga insurans 3rd party 0 sangatlah rendah harganya. Jika ncd anda 25%, harga insurans tersebut bertambah murah.

Motor lc135 yang lama kebanyakkan menggunakan insurans 3rd party kerana ianya sudah makan tahun. Ada yang hanya menggunakan motor tersebut hanya untuk pergi ke kedai sahaja.

Jadi, pemilik menghidupkan insuran 3rd party hanya sekadar nak buat melepasi syarat untuk keluarkan roadtax motor lc135.

Aku pernah hidupkan insurans motor lc135 v1 dengan ncd 25% iaitu sebanyak rm121 sahaja. Pada waktu itu la. Mungkin ada yang dapat lebih murah jika anda rajin survey lain-lain syarikat insurans.

harga insurans motor lc135

Adakah boleh tahun ni buat 3rd party, tahun depan buat 1st party?

Jawapannya adalah boleh. Dengan syarat anda perlulah menghidupkan insurans motor lc135 anda bila tiba waktunya.

Jika sudah terlewat sebulan nak hidupkan insuran motor anda, akan menjadi beberapa masalah yang mungkin sukar untuk anda elakkan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga insurans motor lc135”

  1. […] membeli dengan harga insurans motor lc135 pada agent insurans yang terletak tidak jauh dari […]

  2. […] sendiri boleh rujuk di harga insurans motor lc135 agar lebih jelas tentang insurans motor yang bakal anda buat. Walaupun ianya tidak sama, malah anda […]

Leave a Reply