All driver insurans kereta. Apakah disebalik maksud all driver insurans kereta ini? Adakah ia mempunyai kelebihan tersendiri yang disediakan? ataukah ia membawa kepada kerugian kepada pemilik kereta?
Maksud sebenar all driver insurans kereta adalah melindungi semua pemandu yang memandu sesebuah kereta walaupun ianya bukan miliknya. Justeru, urusan bagi membuat claim kemalangan adalah dibolehkan tanpa perlu membayar sebarang denda bagi insurans kereta.
Contoh mudah bagi all driver insurans kereta
Anda meminjam kereta kawan bagi melakukan urusan sesuatu kerja. Semasa memandu, anda secara tidak sengaja telah melanggar kereta lain dihadapan. Setelah membuat laporan polis bagi tujuan claim ke atas kemalangan kereta tersebut, didapati anda perlu membayar sebanyak rm400.
Hal ini kerana, insurans kereta kawan anda tidak membeli cover bagi all driver. Duit rm400 perlu dibayar terlebih dahulu, kemudian baru kerja-kerja claim insurans kereta kawan anda boleh diteruskan dan diluluskan oleh pihak syarikat insurans kereta.
Jika dari awal kereta kawan anda sudah mengambil cover bagi all driver semasa renew insurans kereta, sudah pasti tiada sebarang pembayaran perlu dilakukan bagi meneruskan claim insurans kereta.
Harga menurut survey bagi dua syarikat insurans
Berdasarkan kajian mengenai quotation harga insurans bagi syarikat liberty insurans dan etiqa takaful, rujuk table di bawah :
Liberty insurans | Etiqa takaful insurans |
Perlu menambah nama bagi setiap driver yang menggunakan sebuah kereta | All driver sudah auto termasuk dalam quotation insurans kereta |
Merujuk perkara di atas, syarikat liberty insurans menawarkan bagi memasukkan setiap nama dan nombor kad pengenalan bagi setiap penama yang ingin membawa sebuah kereta selain dari pemilik.
Penama kedua adalah percuma. Bagi penama ketiga perlu membayar rm10 dan seterusnya rm10 bagi setiap penama. Bagi memudahkan orang ramai, all driver boleh ditambah dengan membayar hanya rm20 sahaja.
DIbandingkan perlu membayar setiap penama rm10, lebih baik anda membeli all driver dengan harga rm20, maka sesiapa saja boleh membawa kereta anda.
Bagi etiqa takaful insurans pula, all driver telah auto disediakan bagi setiap kali anda ingin menghidupkan insurans kereta. Tetapi, harga basic liberty insurans dan etiqa takaful agak berbeza.
Ada yang lebih berpendapat ambil liberty insurans dan tambah saja all driver, malah ada juga tak nak pening kepala terus ambil etiqa takaful insurans walaupun ianya agak sedikit mahal.
Namun, ia merupakan kajian yang aku buat. Pilihan di atas tangan anda. Jika anda rajin membuat survey, kemungkinan ada lagi syarikat insurans lain yang memberikan harga yang lebih bagus.
Cara nak lihat berapa denda yang dikenakan oleh syarikat insurans
Caranya anda boleh rujuk semula pada covernote insurans kereta anda atau orang panggil polisi insurans kereta tu. Lihat pada bahagian harga yang disertakan.
Cari tulisan “Excess” pada covernote insurans tersebut. Excess atau ekses insurans itulah yang merupakan kadar harga denda yang perlu dibayar jika anda tidak membuat cover bagi all driver.
Cara nak tambah all driver jika masih belum buat
- Rujuk agent insurans anda, jika anda membuat insurans pada agent insurans.
- Minta untuk membuat tambah untuk all driver cover.
- Tertakluk kepada perubahan terma sesuatu syarikat.
- Jika tidak boleh membuat tambahan all driver semasa insurans masih hidup, anda boleh membuat demikian pada tahun seterusnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.