Maksud Excess Sebelum On Insurans Roadtax

Excess insurance (ekses) merupakan amaun (RM) pertama yang pemegang polisi perlu tanggung sendiri bagi setiap tuntutan yang syarikat insurans luluskan.

Apa itu excess dalam insurans? Excess dalam bahasa melayu adalah lebihan yang dikenakan dalam bayaran insurans kenderaan.

Walaupun perkara itu bukan dari keinginan oleh pemegang polisi ini membawa maksud bila excess dah dibayar, claim insurans roadtax baru boleh diproses.

Dalam erti kata maksud excess payment iaitu bayaran lebihan adalah wajib dibuat sebelum claim diluluskan.

Contoh disebalik maksud ekses dalam insurans

Maksud excess dalam insurans wujud bagi memberi pengajaran kepada pemandu yang mengakibatkan kemalangan.

Contohnya, jika kereta pemegang polisi (pemilik kenderaan) dilanggar, dan tuntutan dibuat ke atas syarikat insurans pemilik kenderaan, denda wajib dibayar terlebih dahulu.

Amaun ekses yang tertera di dalam polisi adalah tetap. Pemegang polisi perlu memastikan amaun di polisi etiqa takaful insurance kereta tersebut sebelum mempersetujuinya.

maksud excess
Maksud excess

Bagi takaful car insurance, amaun ekses yang lebih tinggi akan menyebabkan jumlah sumbangan/premium menjadi lebih rendah manakala jumlah sumbangan/premium yang tinggi akan menyebabkan amaun ekses lebih rendah atau tiada sebarangan ekses dikenakan.

Ianya juga dikenali sebagai excess damage claim untuk insurans kenderaan. Excess claim insurance memberi banyak manfaat yang baik secara tidak langsung.

Ekses dikenakan tertakluk kepada penanda seperti berikut :

1. Pemilik atau pemandu kenderaan berumur bawah 21 tahun

2. Pemegang lesen yang kurang daripada 2 tahun (LESEN P)

3. Tidak dinamakan di dalam polisi sebagai pemandu kedua

4. Jenis kenderaan

5. Terma dan syarat syarikat insurans

Ini bermaksud jika tertulis ekses amaun pada polisi rm400, ekses wajib perlu dibayar dengan amaun tersebut sebelum proses tuntutan excess claim dapat diteruskan.

Maksud wujudnya excess (ekses) untuk roadtax insurans ni?

Excess wujud sebab terdapat kenderaan yang berisiko berada di jalan raya. Anda hairan kenapa lain insurans lain harganya. Ada yang murah, ada juga yang mahal.

Namun terdapatnya excess yang tanpa anda tahu. Anda akan tahu kewujudan excess ni bila tiba waktu nak claim insurans.

Contoh kenderaan yang ada excess ni Hilux. Jika bandingkan harga antara 2 syarikat insurans anda mungkin boleh dapati ada harga yang murah (dikenakan excess tinggi), ada yang mahal (dikenakan excess rendah) dan ada juga syarikat insurans yang tak ambil langsung.

Bagaimana nak pilih kenderaan untuk elak excess?

Jenis kenderaan ni tak spesifik. Apa yang boleh dicadangkan kalau betul nak elak denda excess ni dengan cara guna jenis kenderaan majoriti di jalan raya. Setiap excess yang dikenakan ada faktor risiko yang diambil kira syarikat insurans terutama terdedah kepada mudah hilang dan kes kemalangan.

Anda boleh memilih all driver bagi setiap insurans kereta bagi mengelakkan anda dikenakan ekses.

Maksud loading dalam insurans

Apa itu loading dalam insurans ? Loading dikategorikan sebagai bayaran lebihan yang dikenakan oleh pihak insurans semasa anda ingin membuat insurans.

Loading digunakan dalam bentuk kiraan peratus (%) adalah cas tambahan dikenakan terhadap pemilik kereta atau motor dalam insurans atas sebab-sebab tertentu dan risiko bergantung kepada sesebuah syarikat insurans itu sendiri.

Antara faktor-faktor loading dalam insurans adalah :

1. Umur pemilik kereta atau motor

Umur yang terlalu muda menjadi faktor loading insurans kereta dikenakan. Jika dibandingkan harga insurans pemilik kereta berumur 19 tahun dan 25 tahun, adalah disebabkan loading (%) yang dikenakan kepada pemilik berumur 19 tahun.

Manakala, faktor umur di atas 65 tahun juga menjadi pilihan beberapa syarikat insurans mengenakan loading terhadap golongan ini atas faktor risiko mengalami eksiden adalah tinggi.

2. Syarikat insurans itu sendiri

Faktor ini adalah disebabkan oleh syarikat insurans itu sendiri yang mengeluarkan syarat loading terhadap pemilik kereta yang berisiko.

Namun, ada juga syarikat insurans yang tidak mengenakan loading insurans ini jika tahun kedua pemilik kereta tersebut tidak membuat sebarang claim kemalangan.

Jika anda rajin membuat survey dari satu syarikat insurans ke syarikat insurans lain, anda pasti menemui insurans kereta terbaik yang menawarkan kelebihan yang bagus dengan harga yang lebih berpatutan.

Apa itu voluntary excess ?

Dengan kata mudah, maksud voluntary excess adalah nilai lebihan yang perlu dibayar sekiranya claim kemalangan dibuat.

Lebih tinggi voluntary excess dibayar semasa membuat insurans kereta, lebih rendah harga insurans kereta perlu dibayar semasa menghidupkan insurans kereta.

Lebih rendah atau nilainya RM0.00 untuk voluntary excess, maka tinggilah bayaran untuk menghidupkan insurans kereta anda setiap tahun.

Hal ini adalah kerana, bergantung kepada risiko yang ditanggung pihak syarikat insurans terhadap sesuatu kemalangan jalan raya.

Waiver of compulsory excess maksud

Perkataan ini adalah digunakan menandakan nilai lebihan wajib yang telah ditetapkan oleh pihak insurans semasa menghidupkan insurans.

Kiranya, bila berlaku kemalangan, nak buat claim perlu melalui compulsory excess ini terlebih dahulu.

Excess all claim etiqa

Apabila anda dikategorikan sebagai excess all claim untuk insurans etiqa, maka anda terlibat dengan bayaran sebelum ingin membuat claim insurans etiqa takaful.

Namun, kelebihan ketika anda menghidupkan insuran etiqa takaful untuk kategori ini adalah ketika anda ingin membuat renew insurans kereta atau motor, bayaran adlaah lebih murah dibandingkan anda tidak mempunyai excess all claim etiqa.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Maksud Excess Sebelum On Insurans Roadtax”

  1. […] tulisan “Excess” pada covernote insurans tersebut. Excess atau ekses insurans itulah yang merupakan kadar harga denda yang perlu dibayar jika anda tidak membuat cover bagi all […]