TOWING KERETA PERCUMA YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT INSURANS

Setiap syarikat insurans mempunyai panel “towing service” tersendiri. Ia terdiri daripada syarikat-syarikat yang perniagaan utamanya adalah menunda atau towing kereta pelbagai.

Syarikat-syarikat ini telah didaftarkan terlebih dahulu sebelum menjadi wakil sah towing panel kepada syarikat insurans.

Pendek kata khidmat towing kereta percuma yang disediakan oleh syarikat insurans adalah tidak dapat diragukan lagi.

Pemegang polisi insurans yang membuat insurans secara komprehensif (1st party) wajib mengambil tahu kelebihan yang disediakan oleh syarikat insurans ini. Contohnya syarikat Liberty Insurans memberikan sebanyak 150km untuk percuma penundaan (free towing) bagi kenderaan kereta.

Manakala, syarikat Etiqa Takaful Car Insurance memberikan sebanyak 200km “free towing” kepada pemegang polisinya.

Selain itu, pemegang polisi perlu menyimpan nombor telefon syarikat insurans/ hotline 24jam supaya jika berlaku kecemasan di jalan raya seperti kereta rosak(breakdown) ataupun jika berlaku kemalangan jalan raya.

Hal ini demikian, pemegang polisi boleh membuat panggilan kecemasan tersebut secara terus (direct) kepada syarikat insurans dan kemudian syarikat insurans akan menghantar trak penunda panel yang berdaftar secara sah di lokasi kejadian.

tunda kereta

Aliran proses nak gunakan trak towing kereta secara percuma

Berlaku kerosakan kereta (breakdown) / kemalangan -> membuat panggilan secara terus (direct) hotline 24jam syarikat insurans -> syarikat insurans mengambil laporan dan lokasi kejadian -> syarikat insurans menghantar towing trak panel yang sah berdekatan tempat kejadian -> towing trak akan tunda kereta pemilik ke bengkel kereta panel insurans yang berdekatan lokasi pemilik atau ke pusat servis (bagi kereta baru) -> pemilik polisi perlu menandatangani bagi menandakan proses towing telah selesai.

Pastikan tiada sebarang wang yang dikeluarkan atas sebab towing trak telah berdaftar dengan syarikat insurans. Segala apa yang berlaku pemilik perlu pastikan dahulu khidmat towing trak percuma ini disediakan untuk berapa banyak kilometer perjalanan, dan jika berlaku di highway, pemilik polisi hanya perlu menangung kos tol sahaja.

Jenis-jenis towing truck yang berada di Malaysia

Terdapat beberapa jenis towing trak, antaranya adalah “car carrier flatbed”. Jenis towing ini dibuat secara meletakan kenderaan di atas badan towing trak sepenuhnya.

towing truck

Jenis kedua ialah “car carrier jenis fully down”. Ia menunda hanya tayar depan atau belakang kereta sahaja berada di permukaan jalan.

towing kereta

Dan jenis ketiga ialah “car carrier” menggunakan “baby tyre”. Baby tyre sama juga seperti fully down. Tayar hadapan disangkut pada penyanggah lori towing, mana kala tayar belakang kereta diletakkan anak tayar yang kecil menyokong berat belakang kereta.

Boleh ke nak pilih jenis trak tunda untuk towing kereta kita ?

Jenis-jenis trak tunda seperti di atas adalah mengikut keperluan yang patut diberikan kepada setiap pelanggan towing.

Semasa anda membuat panggilan untuk meminta trak menunda kereta anda, anda akan ditanya berkenaan berapa ramai orang yang ada semasa kereta kemalangan atau breakdown.

Jika tidak ramai, trak jenis car carrier fully down pun sudah mencukupi. Jika ramai orang, anda akan diberikan jenis trak car carrier flatbed. Ini supaya penumpang boleh duduk di dalam kereta tersebut semasa towing dilakukan.

Malah, ada orang dia sendiri minta untuk ambil car carrier flatbed atas faktor kereta mewah. Ikut budget dan jika jenis trak tunda itu masih available pada waktu itu juga.

Senarai talian bebas tol bagi towing insurans

Berikut adalah antara senarai insurans kereta dan nombor telefon towing service panel oleh syarikat-syarikat insurans di Malaysia :

Liberty Insurans : 1-300-888-990

Etiqa Takaful : 1-800-886-491 (etiqa towing)

Kurnia Insurans : 1-800-883-833

Zurich Insurans : 1-300-886-222

MSIG Insurans : 1-300-880-833

Tokio Marine Insurans : 1-800-881-301

Allianz Insurans : 1-800-225-542

Apakah yang dimaksudkan 150km “free towing”?

Ia bermaksud jika berlaku kerosakan(breakdown) atau kemalangan di mana-mana lokasi dan dibawa kereta tersebut ke lokasi seperti bengkel panel insurans atau pusat servis terdekat dengan kediaman pemilik polisi. Jika melebihi 150km, caj yang akan dikenakan adalah bagi setiap kilometer(km).

Manakala jika tempat tuju terlalu jauh yang melibatkan laluan menggunakan “highway”, pemilik polisi perlu membuat persetujuan terlebih dahulu untuk menanggung kadar harga tol (sehaluan).

Ketahui 2 Peranan Free Towing Bagi Kereta Anda Yang Disediakan Pihak Insurans

Apa beza towing free untuk kereta breakdown dengan kemalangan?

Setiap syarikat insurans (car insurance) mempunyai terma dan syaratnya. Ia berubah setiap tahun mengikut kesesuaian kelebihan sesebuah syarikat insurans.

Bagi pengguna 1st party atau comprehensif, sebelum anda menyetujui harga yang diberikan setiap insurans, ambil tahu jarak free towing yang diberikan. Contohnya seperti towing etiqa memberikan sebanyak 200km percuma.

Anda perlu mengambil tahu free towing ini diberikan jika anda dalam beberapa situasi. Contohnya digunakan semasa kereta rosak (breakdown) mahupun kemalangan.

Penggunaan free towing bagi situasi breakdown sangat penting. Terdapat syarikat insurans hanya menyediakan free towing bagi situasi kemalangan sahaja.

towing kereta rosak

Walaupun kereta anda adalah kereta baru, ia tidak terlepas dari kerosakan.

Adakah kereta 3rd party insurans boleh dapat free towing servis ?

Kereta – kereta yang mengambil insurans selain 1st party, iaitu 3rd party fire and theft dan 3rd party biasa adalah tidak disediakan bagi servis towing free ini.

Macam mana kalau berlaku kemalangan atau kerosakan tepi jalan raya ?

Pemilik kereta perlulah mencari sendiri lori towing servis yang berdekatan bagi membawa dari tempat berlaku kerosakan atau kemalangan itu ke tempat bengkel yang ingin anda hantar.

Kebanyakkan lori tunda ini akan mencadangkan kedainya sendiri atau kedai kenalan mereka.

Namun, jangan risau jika anda ingin menolak cadangan itu. Anda boleh saja tunda kereta itu sehingga ke bengkel kedai kenalan anda.

Disini yang membezakan adalah kos yang perlu anda tanggung untuk bawa dari satu tempat ke bengkel baiki kereta.

Orang cakap harga towing kereta ini dikenakan mengikut juga waktu. Kalau waktu tengah malam tu memang mahal.

Waktu-waktu puncak pun harga boleh tahan. Nak murah, sebelum towing dibuat, anda cuba buat nego dulu.

Mereka juga manusia seperti kita mencari makan. Mereka ini tak kejam seperti banyak yang dengar ura-ura di luar sana.

Budi bicara jika ada, anda boleh capai harga towing yang sedikit murah.

Berapa kali boleh guna towing daripada syarikat insurans ?

Umumnya kita perlu tahu, towing servis yang disediakan oleh pihak syarikat insurans ini adalah percuma. Cuma adalah bergantung kepada berapa jauh kilometer yang disediakan oleh mereka.

Semakin banyak kilometer diberikan secara percuma untuk towing, semakin kurang duit akan anda keluar jika ia melebihi limit maximum.

Ada yang 50km, ada 150km, 200km , 350km malah ada juga disediakan unlimited free towing. Dasyat kalau dapat unlimited towing free tu.

Dari Johor nak towing ke Perlis pun free kecuali duit tol.

Namun, berapa kali servis ini boleh digunakan pakai oleh sesebuah pemilik kereta?

Servis ini adalah mengikut syarikat insurans itu sendiri. Sebab syarikat insurans yang bayar pada syarikat servis towing. Ada yang hanya boleh buat 1 kali saja towing. Ada juga 2 3 kali towing free.

Namun, terdapat limit. Kalau dah sampai 5 kali towing setahun, boleh bankrup syarikat insurans nak bayar kerugian. Ada ke orang setahun hadapi 5 kali kemalangan? Minta dijauhkan.

Cara nak dapatkan unlimited free towing

Unlimited free towing ni beri kelebihan kepada pemilik kereta nak tunda ke tempat jauh takyah keluarkan duit.

Kalau lalu jalan dalam tanpa highway, memang jimat duit kita. Waktu berlaku kereta breakdown bila jauh jauh pun kita tak perlu nak risau.

Namun, macam mana cara nak dapatkan kelebihan ini?

Caranya senang. Tak semua syarikat sediakan unlimited free towing. Anda perlu rajin survey syarikat insurans mana yang beri kemudahan ini.

Harganya tak perlu kita berkira sangat. Memang mahal sikit. Tapi ada kelebihan lain.

Ikut pengalaman peribadi. Beli insurans premium dan tambah saja PA insurans / personal accident di Etiqa takaful insurans.

Automatik dapat unlimited free towing dan juga perlindungan pampasan PA sebanyak rm10,000 untuk setiap 5 seater.

Walaupun kena tambah duit, sekaligus dapat 2 kelebihan ini.

Itu tawaran pada tahun 2020 di etiqa takaful insurans. Ada syarikat insurans lain yang beri kelebihan begini namun ikut terma dan syarat mereka.

Ingat, setiap tahun tawaran adalah berbeza-beza. Tanya dulu agent insurans anda sebelum setuju nak buat insurans tu.

Adakah NCD akan ditolak jika guna towing insuran ?

No claim discount (NCD) TIDAK akan ditolak jika anda menggunakan khidmat towing yang diberikan oleh syarikat insurans.

Mengapa ?

Kerana towing servis percuma ini disediakan oleh pihak syarikat insurans anda sendiri. Jadi NCD anda tidak akan terjejas.

Namun, jika towing atau tundaan itu melebihi kilometer yang diberikan, anda hanya perlu menambah wang dan bayar kepada syarikat towing.

Pihak syarikat insurans hanya akan menanggung mengikut dalam polisi insurans sahaja.

Jika NCD anda ditolak, kebarangkalian besar NCD anda sudah di claim oleh kereta lain semasa terlibat dalam kemalangan, bukan disebabkan towing insurans.

Kelebihan dan Kelemahan jika gunakan towing kereta yang disediakan pihak syarikat insurans

Kelemahan jika anda menggunakan towing free ini adalah tidak banyak berbanding kelebihan yang anda dapat.

Pengalaman diriku sebelum ini mengalami kereta breakdown. Call saja syarikat insurans bahagian towing, servis memang terbaik.

Mereka akan melayan anda sebaiknya. Cuma jika tak kena pada waktu lebih-lebih lagi waktu malam, anda harus menunggu lebih lama lori towing yang mempunyai panel insurans anda.

Malah, lori towing yang berbayar akan berpusu-pusu datang lebih cepat. Anda perlu faham, tidak semua lori towing mempunyai panel.

Panel yang berdaftar mempunyai kriteria dan spesifikasi yang lebih baik tentunya dari segi sistem. Urusan akan lebih mudah dan terjaga daripada tertipu.

Tak semua pembawa trak towing jahat, ramai saja yang baik, cuma jika tidak berhati-hati, cas berlipat kali ganda akan dikenakan.

Apa beza towing panel insurans vs towing bukan panel insurans ?

Towing panel insuransTowing bebas tanpa
panel insurans
Free mengikut polisi insurans
yang telah anda persetujui
Bayar pada setiap kilometer
dan jarak
Kereta akan dihantar ke tempat
bengkel panel insurans
Kereta dihantar ke bengkel dimana
di recommend oleh pemandu
Mengambil sedikit masa untuk
tiba di tempat kejadian
Servis sangat cepat kerana
majoriti adalah bukan di bawah panel insurans
Tidak perlu membayar
apa-apa melainkan melebihi
kilometer perjalanan dan tol
Bayar setelah selesai towing dibuat.
Bayaran berbeza mengikut waktu
dan hari.

Kesimpulannya, pastikan free towing ini anda dapat gunakan sebaiknya semasa anda perlukan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “TOWING KERETA PERCUMA YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT INSURANS”

  1. […] towing kereta tinggi atau tidak, kita memang tak kisah sebab dalam keadaan terdesak untuk […]

  2. […] anda, kelebihan lain anda akan dapat adalah free towing service daripada syarikat insuran itu sendiri. Malah ada juga yang memberikan towing […]