Apa Yang Dimaksudkan Dengan Perlindungan Tambahan Cermin (Windscreen) ?

Antara sebab cermin (windscreen) kereta pecah adalah disebabkan terkena batu kecil semasa memandu. Kemalangan kecil yang melibatkan hanya cermin kereta yang pecah atau disebabkan oleh kegiatan jenayah seperti pecah masuk kereta.

Pemegang polisi (pemilik kenderaan) boleh membuat pilihan samaada untuk menambah atau tidak perlindungan tambahan cermin kereta (windscreen car insurance) ini.

Kelebihan membuat tambahan perlindungan ini adalah jika berlakunya cermin retak/pecah, NCD bagi pemegang polisi tidak akan berubah kepada 0%.

Boleh ke buat cover cermin (windscreen) kalau guna insurans 3rd party?

Jawapannya tidak boleh. Hanya pemegang polisi yang membuat insurans komprehensif (1st party) sahaja yang boleh menambah perlindungan cermin (windscreen) ini.

Perlindungan ini merangkumi salah satu daripada bahagian cermin. Contohnya, samaada cermin hadapan , cermin belakang, atau sisi kereta sahaja. Bermakna hanya satu kali tuntutan (claim) boleh dibuat untuk perlindungan ini.

Tuntutan cermin ini boleh dibuat di kedai cermin (specialist) yang merupakan panel berdaftar insurans kenderaan pemegang polisi. Tuntutan ini boleh dibuat dengan merujuk semula agen yang membuat insurans pemegang polisi.

Pihak agen boleh menguruskan tarikh “booking” dan stok cermin yang diperlukan oleh pemegang polisi yang berhampiran dengan kediaman.

cermin kereta

Boleh ke buat claim cermin windscreen dua kali dalam setahun?

Merujuk kepada persoalan sebelum ini, jawapannya adalah claim tukar cermin kereta ini hanyalah sekali sahaja dalam setahun untuk sekali pembelian.

Contoh mudah, jika windscreen bahagian hadapan sudah di claim, dalam masa tahun yang sama tidak boleh claim pada bahagian cermin lain pada kereta anda walaupun anda sudah cover tinggi bagi windscreen ini.

Paling penting, tidak perlu terlalu tinggi anda cover untuk windscreen ini. Jika terkurang, perlu tambah duit. Manakala, jika terlebih, anda akan kerugian.

Bagaimana kalau selepas dah claim, kemudian beli semula windscreen yang baru dalam tahun yang sama?

Boleh. Dengan syarat wajib datang bersama kereta ke branch insurans berdekatan bagi urusan mengambil gambar oleh pihak insurans.

Pengalaman tukar cermin (windscreen car insurance)

Pengalaman ini saya bawakan untuk berkongsi serba sedikit perkara yang boleh digunakan oleh anda jika berlaku cermin kereta pecah seribu mahupun dah retak hampir menunggu untuk pecah.

Kebiasaan para pemandu menggunakan kereta sebagai kenderaan utama pergi dan balik kerja mahupun pergi ke kedai dan juga pemanduan jarak jauh.

Tidak dapat disangkal lagi dimana-mana terdapat risiko akibat terkena batu semasa memandu.

Risikonya baik dari kenderaan lori yang membawa muatan berat seperti batuan kecil, tayar kenderaan dihadapan mengutip batuan di jalan raya dan juga parkir di kawasan tepi jalan berdekatan tapak binaan

Sekecil-kecil batu terkena pada kereta anda, malah juga ada disebabkan kecuaian orang lain.

Di artikel ini saya nak kongsikan bagaimana urusan tukaran cermin kereta saya dilakukan

Cara nak claim cermin kereta pecah

1. Hubungi agent

Hubungi agent yang membuat insurans kereta anda untuk pastikan kereta anda mengambil insurans windscreen ataupun sebaliknya.

Kadang-kadang kita sendiri pun dah lupa kat mana letak covernote insurans untuk check semula senarai yang boleh di claim.

Jika ada, minta bantuan agent jika mempunyai kenalan kedai cermin kereta yang terdekat dan rekomendasi agent agar senang untuk membuat urusan darisegi tetapkan waktu tukar cermin dan order jenis cermin.

2. Kedai ganti cermin kereta

Sebaik saja temujanji dibuat di dr cermin, anda perlu datang membawa kereta ke kedai cermin kereta yang direkomen oleh agent

Atau anda boleh cari sendiri kedai cermin kereta yang berdekatan rumah anda. Pastikan mereka merupakan panel insurans dan pakar cermin kereta.

Tidak perlu anda mencari kedai cermin kereta murah kerana anda menggunakan insurans dalam urusan pembayaran. Segala harga ganti cermin kereta pecah akan diurusakan pihak agent.

Datang tepat pada waktunya jika anda terlewat, anda mungkin perlu menunggu kereta lain

Proses menukar cermin kereta mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit.

3. Membawa dokumen

Sebaik sahaja sampai di kedai cermin, pihak kedai akan meminta dokumen untuk proses selesai sahaja cermin ditukar

Senarai dokumennya adalah :

  • Salinan geran
  • Covernote insurans (bokeh minta pada agent anda)
  • Kad pengenalan
  • Salinan lesen

Pihak kedai akan claim di syarikat insurans dengan menggunakan dokumen yang anda berikan ini

Terdapat plaster yang diletakkan pada keliling cermin kenderaan anda

Selama 3 jam diperlukan untuk mengeringkan gam yang digunakan untuk melekatkan cermin pada kenderaan

Apa Warrantly Yang Diberikan Oleh Pihak Kedai Jika Berlaku Sebarang Masalah Terhadap Cermin Yang Baru Dipasang?

Perkara ini kebanyakkan kedai memberikan warrantly selama 1 tahun

Ia bergantung kepada masalah yang berlaku seperti :

  • Cermin tidak dilekatkan dengan betul membolehkan air menembusi di antara keliling cermin tersebut
  • Terdapat masalah bunyi angin yang masuk ke dalam kenderaan semasa memandu, anda perlu beritahu kepada pihak kedai secepat mungkin

Namun masalah ini jarang sekali berlaku cuma anda perlu alert dengan keadaan cermin tersebut selepas sahaja membawa pulang kereta ke rumah

Manakala perkara yang tidak boleh anda claim warrantly seperti berikut :

  • Cermin kereta pecah
  • Berlaku cermin kereta retak seribu
  • Cermin retak terkena serpihan batu

Warrantly cermin itu tidak boleh di claim kerana berlaku di luar daripada khidmat pihak kedai.

Nak senang cerita ia disebabkan kelemahan daripada pihak kedai, dan ia boleh di claim warrantly.

Baca juga : Cara claim insurans cermin kereta pecah

One comment

Leave a Reply