Cara Claim Insuran Cermin Kereta Pecah

Cara claim insuran cermin kereta pecah perlu diikuti beberapa aturan atau step. Kebanyakkan orang tidak biasa membuat claim insurans cermin kereta ini.

Ia tidaklah susah. Asalkan anda tahu beberapa step ini.

Punca cermin kereta pecah

Banyak punca cermin kereta pecah ini. Kes yang selalu terjadi adalah :

1. Cermin kereta pecah kena batu

Entah datang dari mana ia datang. Tiba-tiba saja sudah terjadi. Perkara punca cermin kereta pecah begini sukar dielak.

Ada juga kerana kita mengikut secara rapat lori yang membawa muatan batu. Walaupun lori tidak membawa batu, sering terjadi punca cermin kereta pecah dari batu-batuan kecil tayar lori tersebut yang mengutip serta melempar batu kecil ke belakang.

Secara terus cermin kereta pecah kena batu menjadi antara faktor yang perlu pemandu kereta mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjarakkan kereta dengan kenderaan lori.

Nasib cermin kereta pecah ni memang benda yang tak disangka. Tiada siapa yang minta berlaku cermin kereta pecah kena batu ini terjadi.

2. Cermin kereta pecah kena mesin rumput

Situasi ini boleh terkena kepada sesiapa saja. Tengah asyik memandu melalui kawasan pembersihan kawasan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai lebih-lebih lagi kepada pemilik yang tidak mempunyai claim cermin kereta.

Jangan risau, jika anda terlibat dalam kemalangan dan punca cermin kereta pecah akibat terkena serpihan batu dari mesin rumput, anda boleh membuat claim ke atas syarikat yang melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut.

Perkara paling perlu paling alert selepas berlaku kejadian ini adalah, tangkap beberapa gambar sebagai bukti seperti gambar objek yang terpelanting, serta gambar cermin kereta pecah.

Kemudian, buat report polis dan beri contoh report polish cermin kereta pecah pihak pengurusan kerja-kerja bersihan kawasan (kontraktor) supaya claim dapat dibuat.

cara claim insuran cermin kereta
cara claim insuran cermin kereta

3. Cermin kereta pecah sendiri

Banyak juga mengalami kes cermin kereta pecah sendiri. Kereta parking di tepi jalan tiba-tiba boleh terjadi cermin kereta pecah sendiri.

Berkemungkinan besar juga punca cermin kereta pecah sendiri penyebabnya datang dari kenderaan sekeliling yang melalui kawasan parking tersebut.

Punca cermin kereta pecah ini pernah berlaku berdasarkan pengalaman aku sendiri. Apa yang aku syak bila cermin kereta dah kena air, kemudian di bawah pancaran matahari, walaupun terkena batuan kecil boleh menjadi punca cermin kereta pecah.

Dokumen untuk claim insurans cermin kereta

Sediakan dokumen ini untuk anda claim insurans cermin kereta. Dokumen ini adalah untuk keperluan kedai buat cermin kereta yang anda ingin baiki tersebut.

Pihak kedai yang akan berurusan terus dengan pihak syarikat insurans kita.

Dokumennya adalah seperti di bawah:

  1. Kad pengenalan pemilik (salinan pun boleh)
  2. Salinan geran kereta ( jika tiada, boleh klik disini)
  3. Salinan polisi insurans yang masih valid.

Claim insurans cermin kereta ini adalah kepada sesiapa yang sudah tambah insurans cermin kereta.

Bagi sesiapa yang tidak tambah insurans cermin kereta perlu keluarkan duit dari poket sendiri.

Claim Insuran Cermin Kereta Pecah

Cara claim insuran cermin kereta etiqa

Tiada sebarang beza samaada anda nak claim insurans cermin kereta etiqa ataupun claim insurance cermin zurich mahupun claim cermin kereta insuran takaful malaysia.

Tak perlu anda nak pening memikirkan perbezaan mereka.

Yang penting asasnya anda datang ke kedai cermin kereta yang berdaftar sebagai contohnya panel cermin takaful malaysia.

Sudah pasti claim insurans cermin kereta sudah mudah sebab panel cermin takaful sendiri akan berurusan dengan pihak bengkel.

Harga repair cermin kereta pecah

Untuk anda yang hanya nak claim bagi harga repair cermin kereta pecah, ianya sepatutnya tidak boleh anda baiki lagi.

Jika masih boleh anda repair lagi, pastikan produk gam cermin kereta pecah (retak) yang anda gunakan itu berfungsi dengan baik dan ada warrantly dari pengguna-pengguna sebelum ini.

Bila dah berlaku situasi cermin kereta pecah, anda adalah diwajibkan untuk tukar cermin kereta yang baru. Tidak perlu lagi anda tahu tentang harga repair cermin kereta pecah.

Hal ini, adalah merugikan pihak anda sekiranya mengeluarkan duit untuk claim harga repair cermin kereta pecah lebih-lebih lagi soal keselamatan semasa memandu.

Harga ganti cermin kereta pecah

Harga tukar cermin kereta ini sudah termasuk dalam perkiraan semasa anda tambah insurans cermin kereta.

Contohnya harga tukar cermin kereta (Cermin hadapan) untuk myvi bernilai rm800, ia sudah termasuk kos upah di bengkel panel itu.

Anda juga boleh membuat claim bagi cermin belakang kereta pecah menggunakan insurans. Ikuti senarai harga cermin belakang kereta bagi memudahkan urusan claim anda.

Bagaimana pula jika cermin sisi kereta pecah? Jadi jika anda sudah claim sekali untuk cermin sisi kereta pecah, anda mesti terfikir ada baki duitnya kn?

Rm800 itu adalah untuk sekali claim sahaja. Jangan risau, pihak bengkel pun tidak boleh claim penuh rm800.

Ikuti harga bagi cermin kereta depan (windscreen) mengikut insurans di bawah :

1. Harga cermin depan myvi

Cermin kereta myvi pecah pada bahagian depan boleh berlaku kepada siapa-siapa sahaja. Benda yang paling wajib kepada anda adalah segera tukar cermin kereta myvi pecah kepada yang baru walaupun hanya berlaku retak panjang.

Harga bagi cermin hadapan kereta myvi adalah dari RM600 hingga RM700. Bayaran pada insurans adalah bermula hanya sebanyak RM95 sahaja.

2. Harga cermin depan wira

Kereta wira antara mempunyai banyak permintaan dan harganya sudah tidak terlalu mahal berbanding dulu. Kalau anda cover insurans, bolehlah anda cover sebanyak RM700 hingga RM800.

Harga yang perlu dibayar pada insurans adalah bermula sebanyak RM111 sahaja.

3. Harga cermin depan kereta vios

Kereta vios bagi yang ingin membuat claim insurans, anda boleh membeli cover dengan bermula harga sebanyak RM1000-RM1200.

Maka, minima anda perlu membayar pada insurans adalah sebanyak RM159.

Harganya agak tinggi kerena ia merupakan jenama import. Jika jenama dalam Malaysia, harga jauh lebih murah.

4. Harga cermin depan kancil

Jika anda memiliki kereta kancil yang mempunyai cover 1st party, tentunya anda boleh membuat tambahan insurans cermin.

Cover paling rendah boleh dibuat iaitu sebanyak RM500 sahaja bagi seunit cermin depan kancil ini.

Jika bayar pada insurans semasa menghidupkan insurans, anda hanya perlu membayar sebanyak RM79 sahaja.

5. Harga cermin depan waja

Kereta jenama Proton Waja ini sudah berkurangan di jalan raya. Namun, masih ada yang menjaga baik kereta waja ini dan menghidupkan insurans 1st party.

Kelebihan jika kereta waja ini menghidupkan 1st party adalah boleh membuat cover cermin.

Cermin kereta waja ini agak besar dan lebar. Jadi memerlukan cover sebanyak RM700 hingga RM800 bagi seunit cermin depan.

Tambahan yang boleh anda bayar pada insurans iaitu hanya RM111 sehingga RM127 sahaja.

6. Harga cermin depan iswara

Harga cermin depan bagi kereta iswara ini lebih kurang sama depan harga cermin kereta wira. Jadi, untuk insurans andalah boleh menambah RM111 sahaja untuk cover keseluruhan cermin depan sebanyak RM700.

Harga after market juga anda boleh dapat di luar dari panel insurans. Namun, anda perlu rajin mencari stok tersebut.

Rajin bertanya anda masih boleh jumpa cermin yang baik dengan harga yang murah jika anda tidak menggunakan claim insuran cermin.

7. Harga cermin depan kelisa

Bagi pemilik kereta kelisa, kereta yang dikenali dengan enjin yang lasak ini masih gagah berada di atas jalan raya. Kereta kelisa ini kerap kali digunakan sebagai kenderaan jarak dekat.

Ia memberi kelebihan penjimatan minyak yang ketara sama seperti kereta kancil.

Jadi, cover bagi cermin kereta ini pun sama seperti kereta kancil iaitu RM500 dengan hanya perlu membayar pada insurans sebanyak rm79 sahaja.

8. Harga cermin depan honda civic fd

Kereta jdm bagi orang muda mahupun senior di Malaysia ini antaranya menjadi kegemaran mereka. Harga market yang telah pun turun membuatkan ramai peminat-peminatnya sudah memiliki untuk menjadikan koleksi.

Namun, berapakah harga cover bagi cermin depan kereta honda civic fd ini?

Kereta yang mempunyai saiz kelebaran yang lebih ini membuatkan harga cermin depannya turut tinggi. Lebih-lebih lagi kereta ini merupakan kereta jenama import.

Cover insurans untuk cermin adalah sebanyak RM1500 sehingga RM2000.

Jadi, harga yang perlu dibayar kepada insuran adalah dari RM238 hingga RM318.

9. Harga cermin depan axia

Kereta axia dari model lama hingga kini mengekalkan bentuknya. Jadi harga untuk cover cermin depan kereta axia ini adalah tidak tinggi iaitu hanya RM500 sahaja.

Jika anda hidupkan insurans premium, ia adalah tidak termasuk kos bagi tambahan cover cermin ini. Anda perlu menambah hanya RM79 sahaja.

Kalau nak buat cover RM600 pun boleh tiada masalah. Biar lebih sedikit jangan kurang. Nanti tak perlu anda nak tambah duit jika kosnya sedikit meningkat.

10. Harga cermin depan bezza

Kereta bezza adalah kereta sedan mampu milik yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Jika anda ingin menambah cover untuk windscreen, anda perlu membuat pembayaran lain sebanyak RM111.

Harga ini akan meliputi keseluruhan cermin depan kereta bezza anda sebanyak RM700. Kalau anda tak tambah cermin lagi, anda buat la di branch insurans anda yang terdekat.

Tapi dengan syarat. Bawa kereta tersebut tanpa sebarang pecah atau keretakan pada cermin itu.

11. Harga cermin depan honda city

Kereta city mempunyai beberapa model keluaran. Tak kira baru ataupun lama, harga cermin kereta ini tetap dalam harga range cover dalam RM1000 hingga RM1200.

Biasalah cermin kereta ni agak mahal dibandingkan kereta sama saiznya yang lain dek kerena jenama dan stoknya.

Pembayaran boleh dibuat semasa menghidupkan insuran kereta anda dengan membayar wang tambahan bermula dengan sebanyak RM159.

12. Harga cermin depan r34 gtr

Nissan skyline r34 siapa yang tak kenal. Kereta ini merupakan kereta idaman semua orang. Zaman sekarang dikira skyline ni sebagai kereta rare.

Maka harga cerminnya juga turut rare iaitu dengan cover sebanyak rm8000. Rasa-rasa nak bayar kat insurans berapa agaknya?

Untuk cover sebanyak rm8000, anda perlu membayar sebanyak RM1272 sahaja. Untuk harga cermin sahja tidak termasuk insuran kemalangan.

Cermin kereta pecah mengikut bahagian cermin

Cermin depan kereta pecah

Cermin depan kereta merupakan cermin yang mempunyai 2 lapisan (2-layer) permukaan cermin. Permukaan cermin depan sangat tebal bagi melawan rintangan angin serta air hujan yang lebat.

Namun, cermin depan kereta ini sangat sensitif bila terkena objek yang tajam dan berat. Situasi cermin depan kereta pecah boleh berlaku sekiranya kereta dalam keadaan bergerak.

Di tambah lagi dengan kelajuan objek yang datang ke permukaan cermin kereta tersebut boleh menyebabkan cermin depan kereta pecah dengan lebih teruk kerana tidak dapat menahan objek tersebut.

Jika berlaku cermin depan kereta pecah, anda wajib untuk tukar cermin kereta yang baru. Gunakan claim insurans cermin kereta atau bayar secara tunai jika cermin kereta tersebut tidak dilindungi insurans.

Cermin kereta belakang pecah

Bagi situasi cermin kereta belakang pecah agak jarang sekali berlaku. Namun, ianya boleh terjadi dalam apa pun sekali keadaan yang kita tak jangka.

Cermin kereta belakang pecah boleh berlaku contohnya disebabkan :

  • Parking kereta di bawah pokok, kemudian buah jatuh menimpa bahagian cermin kereta belakang.
  • Tanpa sengaja anak-anak bermain lempar mainan seperti guli dan mengakibatkan cermin belakang kereta pecah.
  • Dan lain-lain lagi.

Bila fikirkan memang tidak masuk akal, namun, benda dah terjadi cermin belakang kereta pecah sudah pun berlaku.

Cermin tingkap kereta pecah

Mengikut pengetahuan aku, tak banyak situasi berlaku sekiranya cermin tingkap kereta pecah ini. Mari kita lihat faktor cermin tingkap kereta pecah disebabkan apa :

  • Cermin tingkap kereta pecah disebabkan terpaksa dipecahkan kerana kes kereta secara automatik terkunci dalam masa yang sama kunci kereta tertinggal di dalam kereta.
  • Kes kecurian cermin kereta kena pecah. Cermin tingkap kereta pecah dijadikan tumpuan disebabkan oleh pencuri ingin mendapatkan barang berharga di dalam kereta.
  • Kemalangan yang tertumpu pada bahagian cermin tingkap kereta.

Cermin sisi kereta pecah

Bila bercakap tentang cermin sisi kereta pecah sudah pasti kita tahu ianya adalah cermin side mirror pada bahagian kiri dan kanan kereta.

Kemalangan semasa trafik yang tinggi kerap jadi punca terjadinya cermin sisi kereta pecah. Hal ini disebabkan, penunggang yang membawa motosikal terlanggar dan mengakibatkan cermin sisi kereta pecah.

Ini juga berpunca dari sikap pemandu kereta itu sendiri kerana tidak menyediakan ruang yang mencukupi kepada para penunggang motor yang melalui lorongan antara kereta dikala trafik tinggi berlaku.

Apa pun faktor ini sangat kuat berlakunya cermin sisi kereta pecah dan kita wajib tukar kepada yang baru kerana cermin sisi sangat penting kita gunakan semasa pemanduan.

Cara claim insuran cermin kereta

Caranya sangat simple dan mudah.

Ikuti contoh cara claim insuran cermin kereta dibawah :

1. Cari bengkel panel cermin kereta kurnia.

Jika anda membuat insuran kurnia, boleh anda cari kedai claim cermin kereta itu di bengkel berdekatan rumah.

Caranya senang nak tahu ia panel insurans atau tidak. Anda boleh rujuk di website kurnia insurans untuk tahu panel kedai cermin yang telah didaftar.

Atau anda boleh call bahagian claim kurnia insurans dan bertanyakan kedai panel yang berdaftar berdekatan rumah anda.

2. Buat booking di bengkel tersebut.

Booking perlu dibuat lebih awal sebelum claim insurance cermin kereta anda dilakukan. Cuma bagi mengelakkan tiada stok sedia ada di bengkel tersebut.

Kalau di kedai tu dah ada stok, baru anda boleh datang bawa kereta dan buat penukaran pada hari yang telah ditetapkan oleh pihak kedai.

3. Datang bawa kereta di bengkel

Bawa kereta ke bengkel bagi ganti cermin kereta pecah lebih awal bagi mengelakkan anda kerugian masa. Jika lewat mungkin akan mengganggu temujanji orang lain pula.

Jangan risau, kedai tukar cermin kereta semestinya menyediakan tempat menunggu yang selesa bagi masa 1-2jam kepada anda.

4. Bawa dokumen untuk claim insurans cermin

Bawa dokumen yang lengkap bagi mudahkan urusan bengkel membuat claim kereta pecah. Jika kita mudahkan urusan kedai, maka urusan tukar cermin kita pun turut menjadi mudah.

Tukar cermin kereta berapa lama ?

Jika tukar cermin depan kereta anda akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Manakala, jika cermin tingkap kereta pecah mengambil masa lebih kurang setengah jam mengikut bilangan pintu.

Manakala, untuk cermin bahagian belakang mengambil masa 1 jam. Proses ini terletak juga pada kakitangan kedai cermin kereta yang anda hantar.

Cermin yang diganti baru telah siap

Setelah selesai tukar cermin kereta, anda akan dinasihati supaya tidak menjemur kereta selama 3 jam bagi melengkapkan proses menguatkan gam cermin hanya dari rumah.

Kesimpulannya, cara claim insuran cermin kereta pecah ini boleh dipelajari dengan mudah kemudian boleh dipraktikkan dengan ilmu dan pengalaman yang dapat dipelajari disini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Cara Claim Insuran Cermin Kereta Pecah”

  1. […] dan cara claim insuran cermin kereta pecah merupakan pengalaman yang tidak semua orang […]