Beza insurans dan takaful kereta
Perbezaan takaful dan insurans kereta. Konsep perbezaan takaful dan insurans ini terbahagi kepada dua jenis iaitu insurans adalah syarikat insurans yang terlibat dalam insurans am (general) untuk kenderaan.
Manakala jenis kedua dalam perbezaan takaful dan insurans iaitu takaful kenderaan mempunyai kedua konvensional dan insurans takaful. Jadi anda mempunyai pilihan.
Perkara di bawah adalah lebih kepada insurance kereta Malaysia yang menjadi antara bualan sebelum nak hidupkan sesebuah insuran setiap tahun.
Perbezaan takaful dan insurans kereta ini perlulah anda ambil kira dalam membuat pemilihan cara pilih insuran kereta yang betul.
Insuran takaful kereta
Bila dengar sahaja takaful insurans kereta, setiap dari kita terdetik dengan cara pengurusan duit yang dilakukan oleh pihak dalaman syarikat.
Walaupun dalam objektif yang sama iaitu insurans perniagaan, ia tetap membawa perbezaan jika cara berbeza.
Terdapat banyak kebaikan takaful dalam Islam. Yang penting kita terdedah ataupun tidak dengan kebaikan takaful itu sendiri.
Insuran takaful kereta memberikan pilihan kepada pengguna secara terang lagi bersuluh agak dapat memberikan manfaat kepada pembeli itu sendiri.
Perbezaan takaful dan insurans konvensional
Jangan hairan ia juga dikenali sebagai perbezaan insurans konvensional dan takaful.
Seperti yang anda tahu sebelum cukai jalan diperbaharui, insurans perlu dihidupkan terlebih dahulu. Anda perlu tahu apakah perbezaan insuran dan takaful ini sebelum pembelian diteruskan.
Adakah salah satunya mempunyai kelebihan? Adakah hanya 1 pilihan antara perbezaan insurans dan takaful adalah terbaik? Atau adakah masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri?
Perbezaan antara sistem takaful dan insurans
Apa beza insurans dan takaful? Sebenarnya perbezaan takaful dan insuran mereka hanya pada pelaburan yang syarikat ni laburkan. Orang kata aliran tunai dalaman mereka. Adakah mengikut syariat ataupun tidak.
Kata mudahnya, syarikat berlandaskan insurans konvensional ni kita tak tahu urusan dalaman akaunnya dan kadar interestnya berjalan bagaimana. Itu maksud mudah beza takaful dengan insurans.
Manakala, syarikat takaful anda dengan yakin boleh membuat insurans mereka. Hal ini kita sudah tahu dari segi pelaburan kewangan berlandaskan Islam yang menolak interest berlebihan kepada pengguna.
Contohnya, Liberty insurans adalah sebuah syarikat insurans konvensional. Etiqa takaful pula berasaskan takaful yang menggunakan konsep tolong menolong antara penyumbang tabung takaful.
Kelebihan perbezaan insurans dan takaful kereta
Perbezaan insurans dan takaful adalah kedua syarikat insurans ini turut berlumba-lumba memberikan servis yang terbaik dalam pengurusan tuntutan semula melibatkan insurans kemalangan, kebakaran dan kecurian kenderaan pemegang polisi insurans.
Contohnya, Liberty insurans memberikan “free towing” sejauh 150km kepada pemegang insurans yang membeli polisi komprehensif ( 1st party ). Manakala etiqa takaful yang dahulunya memberikan 50km “free towing” telah membuat penambahbaikan kepada 200km.
Kalau anda tanya apa beza takaful dan insurans dari segi kelebihan takaful berbanding insurans secara dasarnya lebih kepada pengurusan dalaman dan ditambahbaik pula dengan servis yang jauh lebih bagus.
Ramai yang mempunyai pendapat yang berbeza. Ada yang lebih percaya kepada insuran kereta takaful malah ada yang tak kisah pada konvensional.
Pemilihan ini turut bergantung kepada cara check insurans kereta yang bersandarkan ke arah manakah duit yang bakal anda bayar.
Malah cara memilih insurans kereta turut menjadi mudah dengan mensasarkan takaful insurans kereta sebagai matlamat utama.
Kekurangan dalam perbezaan insuran dan takaful kereta
Namun, ada juga tawaran syarikat takaful ini tidak menyediakan seperti syarikat konvensional. Contoh syarikat takaful tidak mengambil kereta lama untuk 3rd party insurans. Manakala syarikat insurans konvensional menyediakan 3rd party insurans ini. (*tertakluk kepada perubahan terma tahunan)
Dapatkan dulu sebutharga insurans dengan membuat perbezaan setiap syarikat insurans.
Walau bagaimanapun, beza insurans dan takaful ini mahu atau tidak anda terpaksa menggunakan konvensional juga disebabkan tawaran syarikat takaful yang terhad. Kalau tidak buat insurans, roadtax pula tidak boleh buat. Jadi, tiada pilihan lain.
Perbezaan takaful dan insurans mempengaruhi sesebuah keputusan ramai orang di Malaysia. Ada yang tahu dengan beza insurans dan takaful kereta ia akan lebih memilih.
Manakala, ada yang tak tahu tentang perbezaan insurans dan takaful terus memilih dari segi kelebihan servis yang diberikan.
Terpulang kepada diri anda nak ambil tahu atau tidak perbezaan insuran dan takaful atau hanya memilih kepada kebaikan servis dan majoriti yang memilih sesebuah syarikat insurans.
Perbezaan takaful dan insurans kereta kepada individu
Setiap individu yang memikirkan akhirat akan menolak insurans konvensional. Ada juga yang tidak begitu ambil berat dalam memillih takaful insurans kereta.
Bagi mereka insuran takaful bukan pilihan utama. Benda yang mereka utamakan adalah harga yang murah. Contohnya insurans kereta etiqa seringkali akan melebihi harga liberty insurans.
Namun,itu dari aspek harga. Ia mahal sedikit dan semestinya didatangi bersama kelebihan insuran kereta etiqa takaful itu sendiri.
Dua perkara memberi kesan terhadap perbezaan takaful dan insurans
- Ilmu pengetahuan – Kita perlu membuat research dulu sebelum membuat keputusan insurans mana yang lebih baik bukan saja dari segi harga, malah dari segi dana yang digunakan.
- Sikap – Segala apa yang dibelanjakan memberi kesan terhadap kehidupan diri kita.
Kesan perbezaan takaful dan insurans kepada masyarakat
Sebagai umat Islam kita harus menyokong produk takaful dan bersih dari segi syarak.
Ia juga akan disalurkan ke jalan yang betul seiring kehendak agama.
Sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menggalakkan rakan dan keluarga menerangkan perbezaan takaful dan insurans ini terutama sekali adalah konsep takaful dalam Islam.
Pihak etiqa insurans kereta yang berasal dari Malaysia setiap tahun memberikan kelebihan yang bagus kepada pengguna.
Kesan jangka panjang perbezaan takaful dan insurans kepada negara
Negara yang majoriti dihuni oleh penduduk Islam seperti Malaysia harus menerapkan segala pembelian berdasarkan pelan takaful.
Bukan saja orang Islam, malah orang selain Islam sangat terbuka untuk turut serta dalam pelan takaful. Perbezaan takaful dan insurans ini mampu membangunkan negara-negara terutamanya negara Islam.
Ia bukan saja mengelakkan kegiatan riba, malah menjadikan sesebuah negara itu membangun dengan berkat dan telus.
Bolehkah orang bukan Islam membuat insurans takaful untuk kereta mereka?
Insurans yang berasaskan konsep takaful adalah dibenarkan dan terbuka kepada orang ramai tidak mengira bangsa dan agama.
Disini kelebihan jenis insurans takaful tidak memilih agama pengguna yang sedikit sebanyak mempunyai ilmu dalam bidang takaful.
Mereka percaya terhadap ketelusan dalam pengurusan dan tiada sebarang syak dalam pelaburan kewangan yang dijalankan.
Adakah kita boleh menukar insurans kereta dari konvensional kepada takaful?
Kepada pengguna insurans kereta yang sedang menggunakan insurans konvensional, anda boleh menukar kepada insurans kereta takaful.
Sebaik saja tamat insurans konvensional yang lama, anda boleh membuat survey harga pada beberapa syarikat insurans takaful antaranya Zurich takaful dan Etiqa takaful.
Memang dari segi pengalaman dari segi harga terdapat sedikit mahal, namun, apa yang kita belum tahu, kita perlu selidik dan bandingkan semula kelebihan insurans takaful.
Contohnya ada orang pernah bertanya insurans kereta zurich ok ke? Berita baiknya insurans zurich ok ke bagi aku adalah ianya sudah terbaik kerana di bawah satu syarikat Zurich, anda boleh memilih untuk membeli zurich insurans dan zurich takaful.
Hari demi hari persaingan syarikat-syarikat takaful sengit bagi menyediakan khidmat takaful kenderaan terbaik.
Mari kita lihat persoalan dibawah ini.
Kenapa harga insurans kereta takaful mahal ?
Harga insurans kereta takaful mahal dibandingkan insurans biasa? Kenapa boleh jadi begitu? Sebenarnya jika kita betul-betul kaji, harganya adalah lebih kurang dengan insurans konvensional.
Kenapa boleh mahal? Hal ini kerana insurans konvensional hanya memberikan harga premium. Ini bermaksud, bila anda semak harga insurans terus dapat kelebihan yang biasa.
Kelebihan biasa insurans itu adalah hanya untuk claim untuk kemalangan kereta, claim bagi kes jika kereta anda dicuri dan juga bagi kes jika kereta anda terlibat dalam kebakaran.
Anda wajib bandingkan dulu kelebihan yang diberikan kerana tidak semua perkara kita tahu. Contohnya, Etiqa takaful memberikan auto dalam harganya pengecualian excess.
Maka, all driver wajib diberikan kepada pengguna insurans kereta kereta ia tidak akan menjadi isu semasa membuat claim insurans pada kemudian hari.
Masalah ini tampak remeh, namun, pihak insurans takaful sudah mengkaji dari awal supaya tiada sebarang penindasan semasa kita ingin membuat claim kemalangan kereta.
Hal ini bukan bermakna syarikat insurans konvensional berniat untuk menindas pengguna. Ia adalah bergantung kepada ilmu seseorang sebelum membeli insurans.
Jika anda tidak tahu menahu dan baru tentang insurans kereta, hal ini akan menjadi seperti sudah jatuh, ditimpa tangga.
Apakah ramai yang memilih insurans kereta takaful ?
Dari semasa ke semasa, pemilihan bagi insurans kereta takaful adalah menjadi keutamaan orang ramai dalam Malaysia.
Syarikat-syarikat insurans yang pesat membangun yang dahulunya menyediakan insurans konvensional, ternyata menambahbaik perniagaan mereka dengan mendaftar takaful dalam insurans general (kenderaan).
Agent-agent insurans turut lebih banyak memberi cadangan bagi membuat insurans kereta takaful kerana ia lebih menyediakan manfaat kepada pengguna iaitu pemilik kereta.
Masalah mengenai takaful insurans kereta
1. Urusan membuat claim insurans takaful kereta
Bagi pengguna atau pembeli insurans takaful kereta, hampir tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka.
Ada beberapa perkara yang telah syarikat insurans takaful kereta kaji terlebih awal dibandingkan syarikat insurans konvensional yang hanya mengutamakan harga yang murah.
Jadi, anda tak perlu risau walaupun harga insurans takaful sedikit mahal, namun bila terjadi sesuatu, masalah anda mengenai claim akan selesai.
2. Memilih kriteria tertentu
Kelebihan yang disediakan syarikat insurans takaful adalah terhad kepada beberapa kriteria. Tidak semua jenis kriteria yang mereka pilih atas sebab-sebab menjaga dan menangani risiko.
DIbandingkan insurans kovensional, hampir semua jenis kriteria boleh dihidupkan insurans. Tetapi perlu diingatkan ianya mempunyai risiko terhadap pengguna itu sendiri.
Pihak insurans kereta takaful menangani perkara ini lebih awal bagi mengelakkan masalah yang lebih besar.
Contohnya, insurans undervalue market. Pihak insurans konvensional menyediakan undervalue market insurans kepada pengguna yang ingin membuat insurans kereta 1st party tetapi dengan harga yang rendah.
Namun undervalue market ini perlulah pengguna berhati-hati kerana mempunyai had dalam membuat claim insurans kemalangan.
Atas sebab ini, pihak insurans kereta takaful tidak menyediakan kriteria ini supaya tidak memudaratkan pengguna kelak.
Sebab perlu lebih yakin dengan insurans kereta takaful
Antara sebab yang kukuh anda perlu yakin sebelum membeli insurans kereta takaful adalah ia sendiri adalah berasal dari dalam negara kita.
Syarikat-syarikat konvensional lain berasal dari luar negara hanya melebarkan sayapnya di Malaysia. Jika terjadi apa-apa kepada syarikat luar ini, bila-bila masa mereka boleh menutup branch mereka disini.
Jadi, dimanakah tempat untuk kita lindung dan boleh rujuk mengenai proses membuat claim pada tahun itu?
Kebaikan dan keburukan insurans
Terdapat kebaikan dan keburukan insurans dalam seharian hidup kita terutamanya kepada kenderaan yang kita gunakan untuk ke tempat kerja mahupun kegunaan bagi hujung minggu.
Anda boleh mendapati kebaikan dan keburukan insurans berdasarkan pandangan anda sendiri yang menjadi pengguna dan membuat bayaran terhadap sesuatu transaksi setiap tahun untuk menghidupkan insurans kereta.
Kebaikan insurans | Keburukan insurans |
Melindungi kereta atau motor anda sekiranya berlaku kemalangan. | Jika anda mengambil insurans selain 1st party, anda tidak boleh membuat claim kemalangan. |
Memberi perlindungan sekiranya kereta atau motor anda hilang dicuri. | Anda tidak akan mendapat apa-apa pampasan terhadap kehilangan kereta atau motor anda sekiranya mengambil insurans 3rd party. |
Pampasan claim untuk kes kehilangan kereta atau motor berbaloi dengan perlindungan yang dibuat. | Proses bagi kes kecurian dan kehilangan mengambil masa 6 bulan dan ke atas untuk mendapatkan pampasan. |
Urusan claim menjadi cepat sekiranya anda menyediakan dokumen yang diperlukan syarikat insurans segera. | Jika dokumen yang disediakan oleh anda tidak lengkap, proses claim insurans akan menjadi lambat. |
Kelebihan Zurich insurance kereta
Berdasarkan pengalaman, aku pernah menggunakan zurich takaful insurance kereta. Kelebihan zurich insurance kereta yang disediakan adalah perkhidmatan free towing sejauh 150km tidak termasuk kos tol.
Perkhidmatan free towing ini memudahkan urusan sekiranya anda mempunyai masalah kereta kemalangan atau berlaku breakdown (kerosakan) di tepi jalan raya.
Call sahaja nombor yang disedikan zurich insurance perkhidmatan 24jam tersebut dan mereka akan membantu anda mendapatkan trak tunda paling hampir dengan kawasan anda.
Di samping itu, kelebihan zurich insurance kereta ini telah menyediakan 2 jenis insurans iaitu insurans kereta biasa dan juga insurans takaful kereta.
Sudah tentu tidak menjadi sebarang masalah sekiranya untuk anda memilih zurich takaful sebagai syarikat insurans kereta anda pada tahun ini.
Pengiraan insuran kereta takaful
Sebelum anda nak hidupkan sesuatu insurans kereta, pastikan dulu anda tahu arah tuju anda memilih sesebuah syarikat insurans terlebih dahulu.
Sekiranya anda memilih etiqa takaful atau zurich takaful, pastikan pengiraan insuran kereta takaful anda tahu terlebih dahulu supaya tidak menjadi sebarang kemusykilan kelak.
Anda yang membuat survey terhadap 2 jenis insurans dan takaful ini mempunyai harga insurans kereta yang berbeza.
Jika anda dapati harga takaful insurans adalah lebih tinggi, percayalah ianya adalah mempunyai kelebihan yang tiada pada insurans kereta biasa.
Kebanyakkan orang ramai memilih insurans kereta biasa kerana inginkan harga insurans jauh lebih murah tanpa mengira kekurangan perlindungan yang bakal dilalui.
Bila berlaku sesuatu contohnya kereta breakdown, baru tahu tiada sebarang free towing yang disediakan untuk kereta anda.
Beza Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia
Terdapat beza takaful ikhlas dan takaful Malaysia yang merupakan 2 syarikat insurans bertapak di negara kita.
Beza takaful Malaysia dan takaful ikhlas utamanya adalah merupakan dari segi kelolaanya yang berasal dari berbeza peraturan dan kelebihan.
Kelebihan takaful Malaysia dan takaful ikhlas objektifnya adalah sama iaitu menyediakan khidmat insurans kenderaan berasaskan takaful tanpa melibatkan campuran unsur duit yang tanpa diketahui sumbernya.
Kedua, beza takaful ikhlas dan takaful Malaysia ini adalah dari segi towing free yang diberikan. Untuk takaful ikhlas free towing adalah sejauh 100km. Bagi syarikat takaful Malaysia pula adalah 50km free towing.
Kesimpulannya, perbezaan takaful dan insurans ini sedikit sebanyak mengubah mindset seseorang. Hal ini bergantung juga kepada ilmu dan kesedaran yang perlu kita sebarkan terutama sesama umat Islam.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.