Insurans konvensional itu apa?

Insurans konvensional. Apakah sebenarnya maksud disebalik insurans konvensional ini? Pernahkah anda terfikir perbezaan takaful dan insurans konvensional ini?

Dalam artikel ini adalah penerangan lebih kepada insurans konvensional yang memainkan peranan terhadap perlindungan kenderaan yang berada di jalan raya negara kita.

Ia tidak termasuk pada maksud lain selain insurans kenderaan.

Maksud konvensional

Dalam artikel ni juga merupakan pendapat dan pengalaman selama berurusan bersama syarikat insurans konvensional selama 5 tahun.

Maksud mudah apa itu insurans konvensional ini adalah seperti biasa insurans kenderaan yang lain.

Syarikat insurans konvensional yang mengelola pengurusan, akaun hingga ke proses kerja adalah tidak mengikut syariat yang di tetapkan oleh Islam.

Namun, syarikat-syarikat ini giat tumbuh terlebih dahulu sebelum syarikat takaful insurans dibangunkan.

Maksud skim insurans konvensional

Skim ini adalah berasal daripada luar negara. Skim-skim yang dibentangkan juga memberi kebaikan contohnya memberi perlindungan kemalangan bagi insurans kenderaan.

Malah, terdapat juga skim tambahan perlindungan cermin kenderaan ditambahbaik secara berperingkat dari semasa ke semasa.

Bercakap mengenai skim ada juga dalaman (pihak syarikat konvensional) itu sendiri. Skim luaran turut menjaga pengguna dan pembeli insurans tersebut.

Ia juga membawa maksud insurans konvensional dari luarannya tetap memberikan kebaikan kepada pembelinya.

insurans konvensonal
Insurans konvensional

Riba dalam insurans

Ada yang bertanya mengenai perkara ini. Namun, seperti yang kita tahu syarikat insurans ini bebas dari melakukan segala pelaburan lain yang tidak kita tahu unsurnya.

Riba, maisir (judi) dan juga ghahar (tidak ketentutan) adalah terdapat dalam aliran dalaman syarikat insurans takaful ini.

Namun, bergantung kepada pengguna itu sendiri untuk ambil kisah ataupun tidak tentang hukum insurans konvensional.

Tukar insurans kepada takaful

Pilihan adalah terletak kepada diri sendiri untuk tukar insurans konvensional kepada takaful. Syarikat insurans takaful dalam negara pun dah mula melopori.

Bahkan, syarikat-syarikat konvensional sudah tahu perbezaan insurans konvensional dan takaful ini memberi kesan kepada perniagaan mereka.

Oleh itu, mereka turut mula mendaftarkan perniagaan dalam usahasama takaful.

Jadi, tak perlu anda risau lagi kerana skim takaful adalah lebih terjaga.

Contoh syarikat insurans konvensional yang mempunyai takaful di Malaysia

Contoh insurans konvensional ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Dalam satu nama syarikat insurans, anda boleh membuat perbezaan takaful dengan insurans konvensional sebaiknya menerima harga

Lakukan penyelidikan tentang takaful vs insurans konvensional lebih mendalam. Sebenarnya di artikel ini anda sudah boleh membuat keputusan manakal insurans konvensional vs takaful yang lebih bagus terutamanya yang mengikut syarak.

Berikut merupakan contoh syarikat insurans yang memberikan dua jenis insurans konvensional dan takakul secara berasingan :

  1. Etiqa takaful
  2. Zurich takaful
  3. Takaful Malaysia
  4. Hong leong msig takaful

Hukum pampasan insurans konvensional

Ada yang mengatakan insurans konvensional haram malah ada juga yang mengatakan tidak. Bagi seseorang itu.

Lebih-lebih lagi bagi seorang umat Islam diwajibkan untuk membuat kajian dan bertanya kepada ahli agama yang mahir tentang hukum ambil insurans konvensional terlebih awal.

Hal ini kerana supaya tidak menjadi persoalan kepada hukum pampasan insurans konvensional yang anda dapat.

Kesimpulannya, jangan saja anda bandingkan harga insurans yang murah. Bahkan, yang lebih baik diutamakan dulu syarikat takaful dibandingkan konsep insurans konvensional dalam membeli insurans kenderaan.


Posted

in

by

Comments

One response to “Insurans konvensional itu apa?”

  1. […] hairan ia juga dikenali sebagai perbezaan insurans konvensional dan […]