Roadtax motor mati lebih 3 tahun

Roadtax motor mati lebih 3 tahun. Apakah anda sedang mengalami masalah roadtax motor mati lebih 3 tahun ? Apakah kesan yang akan anda hadapi jika tidak menghidupkan roadtax motor untuk tempoh ini ?

Bagaimanakah cara untuk anda nak renew roadtax motor lebih 3 tahun ini ? Ada ke cara lain yang lebih mudah bagi menyelesaikan masalah roadtax mati 3 tahun ini ?

Terlebih dahulu, anda hendaklah tahu bahawa cukai jalan tamat tempoh lebih 3 tahun ini perlu anda kenal pasti sebaiknya.

Tentukan tarikh terlebih dahulu adakah ianya belum melebihi atau sudah melepasi tahun ke 3 LKM tidak dihidupkan.

Penentuan tempoh roadtax mati ini sangat penting agar anda tidak kepenatan menghadapi situasi ini.

Cara baca tempoh tarikh tamat roadtax motor anda

Macam mana nak check road tax mati bila ? Cara check roadtax mati amatlah mudah iaitu dengan melihat pada kertas roadtax motor.

Rujuk semula pada kertas roadtax motor anda. Pastikan tarikh yang tertera pada roadtax motor itu adalah roadtax paling terakhir ianya dihidupkan.

Berikut merupakan contoh cara baca tarikh tamat roadtax motor anda :

  • Tarikh pada roadtax motor adalah 30/10/2021, maka tarikh yang melebihi 3 tahun adalah 30/10/2024.
  • Tarikh akhir roadtax motor adalah pada 25/06/2021, maka tarikh akhir yang masih anda boleh hidupkan roadtax motor adalah 24/06/2024.

Sebaiknya anda tidak menunggu hingga hampir betul-betul sehari sebelum ianya masuk tahun ke 3. Seminggu sebelum tarikh tersebut anda dah boleh buat roadtax motor tersebut tanpa sebarang masalah.

Ada juga pengalaman membuat roadtax motor ini sehari sebelum ianya masuk tahun ke 3, tiba-tiba terdapat tiga saman blacklist yang perlu diselesaikan dahulu.

Cara renew roadtax motor lebih 3 tahun

Jika sudah melebihi tempoh 3 tahun LKM atau roadtax motor anda tamat, maka proses membuat pemeriksaan puspakom adalah menjadi satu kewajipan untuk anda.

Bagaimanapun, situasi ini tidak sama dengan roadtax motor mati lebih 2 tahun. Ianya tidak sama kerana tempoh roadtax mati puspakom perlulah didahului.

Namun, juga bagi tempoh roadtax motor mati lebih setahun tidak perlu lagi melalui puspakom.

Walaupun insuran motor telah anda buat, bila nak buat roadtax motor akan tersangkut oleh kerana roadtax motor telah melebihi 3 tahun tidak dihidupkan.

Malah, tiba-tiba juga anda baru saja tahu anda mempunyai saman yang wajib dibayar dahulu sebelum membuat roadtax motor.

Oleh itu, sangat penting untuk anda mengikuti cara renew roadtax motor lebih 3 tahun ini supaya anda tidak kerugian masa.

Berikut merupakan cara renew roadtax motor lebih 3 tahun seperti :

  1. Semak sama ada anda mempunyai sebarang saman. Jika saman anda banyak, selesaikan saman senarai hitam sahaja dahulu.
  2. Hidupkan insurans motor anda. Pastika ianya tidak melebihi 2 minggu dari tarikh anda nak buat roadtax di Puspakom atau Jpj.
  3. Buat temu janji pemeriksaan puspakom atau anda boleh buat inspection di Jpj yang menyediakan khidmat PG10 (pemeriksaan LKM lebih 3 tahun).
  4. Lulus sahaja pemeriksaan, buat roadtax motor di puspakom atau di JPJ atau salah satu tempat anda buat pemeriksaan wajib LKM melebihi 3 tahun.
  5. Buat pembayaran.
  6. Roadtax motor telah dikeluarkan.
  7. Selesai.

roadtax motor mati lebih 3 tahun
Roadtax motor mati lebih 3 tahun


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Roadtax motor mati lebih 3 tahun”

  1. […] bukan untuk roadtax motor mati lebih 3 tahun kerana ianya sudah melepasi tempoh roadtax mati yang […]

Leave a Reply