Geran kereta hilang online. Apakah anda sedang mengalami masalah geran kereta hilang ? Ada ke cara untuk dapatkan geran kereta hilang online buat masa sekarang ?
Ada beberapa kegunaan dalam keperluan geran kereta yang menjadi rujukan penting pihak berwajib terutamanya dalam proses tukar hak milik sesebuah kereta.
Tanpa geran kereta, proses nak tukar nama bagi kereta anda menjadi sulit. Lebih-lebih lagi apabila tersalah dari segi maklumat dalam geran kereta itu sendiri.
Jika tersalah nombor enjin dan nombor chasis badan kereta atau salah satunya, pasti proses tukar nama pemilik kereta menjadi lebih sukar dan pelbagai borang perlu diisi.
Persoalan utama disini, jika geran geran hilang, wujud ke geran kereta hilang online ini ?
Wujudkah geran kereta hilang online ?
Sebenarnya buat masa sekarang, tidak wujud lagi geran kereta hilang online ini. Untuk mendapatkan geran kereta hilang, anda diwajibkan melalui beberapa proses itu sendiri hanya di JPJ.
Di JPJ pula, jika pihak wakil yang datang untuk buat geran kereta hilang tidak dibenarkan. Hanya pemilik kereta sahaja yang boleh mengambilnya.
Kemungkinan pada masa akan datang akan wujud juga geran kereta hilang online yang mudahkan urusan pemilik tanpa perlu ke JPJ.
Cara buat geran kereta hilang
Ikuti cara buat geran kereta hilang di bawah agar urusan anda mudah dari awal hingga akhir :
1. Hadirkan diri ke JPJ negeri terdekat
Anda sebagai pemilik adalah wajib hadirkan diri ke JPJ negeri terdekat. Kalau bukan JPJ negeri pun tidak mengapa.
Asalkan anda buat panggilan dahulu ke JPJ branch daerah terdekat salah satunya seperti JPJ UTC. Panggilan perlu dibuat dahulu supaya anda tahu adakah proses buat hilang geran kereta boleh dilakukan.
2. Sediakan dokumen penting
Bawa beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan original anda. Jika ada geran salinan pun boleh bawa juga bagi memudahkan urusan sekiranya diminta.
3. Cap jari pemilik kereta
Cap jari atau thumbprint pemilik kereta sangatlah berharga dalam cara buat geran kereta hilang. Segala proses tidak dapat dilaksanakan sekiranya cap jari ini tidak dapat dibuat.
Pastikan tiada sebarang luka pada ibu jari anda. Sekiranya ada, rujuk pihak JPN agar anda mendapat surat kebenaran atas kenal pastian kepada pemilik kad pengenalan.
Adakah cukup untuk buktikan salinan geran kereta hilang jika ada datang sebagai wakil ?
Salinan geran kereta hilang adalah tidak mencukupi bagi mendapatkan geran kereta original atau geran kereta baru.
Pihak JPJ sangat bertegas bagi kes ini kerana geran kereta hilang bukanlah perkara yang remeh untuk didapatkan.
Ianya merupakan hak privasi seseorang pemilik kereta walaupun anda sebagai waris paling dekat untuk mendapatkan geran kereta original.
Kecuali bagi kes owner telah meninggal dunia. Sebagai waris perlu menyediakan dokumen kematian pemilik yang telah meninggal dunia kalau geran kereta hilang.
Hal ini untuk mendapatkan geran kereta hilang dengan sebab bagi urusan Amanah Raya Berhad iaitu proses tukar nama kepada waris disebabkan kematian pemilik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.