Anggaran roadtax dan insurans kereta. Berapakah harga roadtax dan insurans kereta yang sepatutnya anda bayar terutamanya tahun ini merupakan kali pertama anda hidupkannya?
Di artikel ini, akan aku kongsikan beberapa perkara buat anda yang bukan sahaja pertama kali nak hidupkan roadtax dan harga insuran kereta.
Namun juga artkel ini bagi sesiapa yang hampir terlupa dan ingin mengingati kembali proses buat serta anggaran roadtax dan insurans kereta yang sepatutnya dilakukan.
Tambahan pula, terdapat persaingan antara syarikat-syarikat insurans di negara kita yang berlumba-lumba memberikan tawaran harga roadtax dan insurans kereta yang terbaik.
Terbaik bermaksud dengan harga yang boleh didengar dan diserta dengan kebaikan dan kelebihan yang diperlukan oleh pemilik kereta semasa melalui masalah di atas jalan raya.
Roadtax kereta paling murah
Bila bercakap mengenai anggaran roadtax dan insurans kereta, anda pasti menginginkan harga yang murah.
Roadtax kereta paling murah kalau nak dibandingkan adalah berdasarkan cc enjinnya yang paling kecil dalam kalangan kereta-kereta yang ada di negara kita.
Contohnya kereta kancil, viva, axia dan kelisa mempunyai kapasiti cc enjin yang kecil dalam masa yang sama setiap tahun pemiliknya dapat menghidupkan roadtax kereta paling murah.
Namun, zaman sekarang sudah meningkat naik dengan kehadiran kereta yang mempunyai cc enjin kecil disertakan dengan turbo.
Walaupun cc enjinnya kecil, tetap kuasa kudanya jauh berbeza disebabkan kewujudan turbo yang sedia ada dipasang pihak pengilang kereta tersebut.
Contohnya, kereta Nissan Almera yang mempunyai cc enjin 1.0cc turbo. Kereta ini merupakan antara kereta yang besar rangkanya dan sesuai untuk kereta keluarga kecil memiliki roadtax kereta paling murah bagi segmennya.
Secara anggaran roadtax dan insurans kereta keseluruhannya bagi kereta Almera ini, untuk harga roadtax adalah berjumlah RM20 sahaja. Manakala, harga insuran kereta ini tetap tinggi berdasarkan market value serta NCD yang memainkan peranan.
Walaupun ia mempunyai roadtax kereta paling murah, bila melihat anggaran roadtax dan insurans kereta ini tetap menjadikan harga keseluruhan yang tinggi perlu anda belanjakan setiap tahun.
Roadtax dan insurans Axia
Antara penyumbang kepada penjimatan seharian dari segi minyak kereta tentunya memiliki sebuah kereta perodua Axia.
Namun, apakah anggaran roadtax dan insurans kereta bagi Axia ini turut membantu memberikan kelebihan sama seperti penjimatan minyaknya?
Roadtax dan insurans Axia sangat jimat untuk dihidupkan setiap tahun. Anggaran roadtax dan insurans kereta bermula dari RM1100 dan minima hingga rm270 sahaja.
Harga permulaan di atas merupakan harga insuran kereta first party untuk keluaran baru. Manakala, harga insuran kereta minima tersebut adalah sekiranya anda telah menggunakan kereta Axia melebihi 9 tahun tanpa sebarang claim insurans dibuat.
Roadtax dan insurans Bezza
Berbeza pula dengan roadtax dan insurans Bezza ini. Kereta Bezza didatangi dengan 2 variasi pilihan enjin keretanya iaitu :
- Perodua Bezza 1.0cc
- Perodua Bezza 1.3cc
Anggaran roadtax dan insurans bagi kedua jenis enjin kereta Bezza ini adalah berlainan. Paling kurang pun dari segi harga roadtax dan insurans kereta pasti akan menjarakkan sehingga RM100 hingga RM300.
Bergantung juga kepada spec kereta Bezza yang anda gunakan. Namun, paling ketara dari segi harga roadtaxnya memberi jarak sebanyak RM50.
Roadtax dan insurans Myvi 1.5
Bagi aku untuk anggaran roadtax dan insurans kereta ini tidaklah semurah yang disangka. Roadtax dan insurans Myvi 1.5 boleh menjangkau dengan permulaan dari RM1500 untuk baru beli.
Manakala, roadtax dan insurans Myvi 1.5 untuk minimumnya akan mencapai sehingga RM390 untuk tahun ke 9 dan ke atas selepas pembelian.
Insuran dan roadtax kereta 2.0
Kelebihan memiliki kereta berenjin 2.0cc adalah tentang kuasa enjin kereta itu berkuasa lebih-lebih lagi untuk kereta rangkanya kecil.
Tidak terlupa juga secara tahunan insuran dan roadtax kereta 2.0 juga menanti setiap tahun. Dengan harga roadtax kereta yang agak tinggi dan kekal selama mana anda gunakan kereta tersebut.
Manakala, harga insuran kereta akan menjadi rendah dari tahun ke tahun. Namun, ia akan mempunyai limit rendahnya anggaran roadtax dan insurans kereta berdasarkan jenis kereta yang anda gunakan.
Bayaran roadtax dan insurance kereta
Proses bagi membuat bayaran roadtax dan insurance kereta sebenarnya berasingan. Roadtax kereta dibayar kepada pihak JPJ, manakala insurans kereta perlu dibayar kepada syarikat insurans.
Jika nak mudah, anda boleh dapatkan anggaran roadtax dan insurans kereta melalui online dan juga pejabat pos.
Bayaran roadtax dan insurance kereta sekaligus dapat diselesaikan di tempat yang sama tanpa perlu anda naik turun JPJ dan syarikat insurans.
Tidak terlupa juga bayaran roadtax dan insurance kereta mudah dibuat pada pihak agent insurans berdaftar yang menyediakan khidmat siap sekali dengan roadtax kereta.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.